9 Toner Terbaik Di Malaysia
Toner muka penting untuk korang pakai selepas mencuci muka setiap hari. Ia berfungsi untuk relax, haluskan muka korang sebelum korang nak pakai apa-apa makeup.
Terdapat banyak toner di kedai farmasi sampai korang tak tahu pilih mana satu.
Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 9 toner terbaik di Malaysia yang korang boleh cuba.
Teruskan bacaan korang untuk lihat kebaikan toner terbaik tersebut.
Toner muka terbaik di pasaran
1. Nanowhite Refining Treatment Toner
100% produk nanowhite tulen, toner rawatan penapisan Nanowhite (200ml).
Toner rawatan berfungsi mengetatkan dan menghaluskan pori-pori.
Menggunakan teknologi nano, dan diperkaya dengan Omega White C, Allantoin, ekstrak oren dan lemon.
Ekstrak Bilberi di dalam toner ini membantu mengimbangi dan dan berfungsi sebagai astringen atau penyegar.
Ia juga membantu mengecilkan liang pori dan menghilangkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.
Selepas membersihkan muka, gunakan pad kapas untuk sapu toner pada muka dan leher. Nak guna tapak tangan pun boleh juga.
2. Eucerin Pro-Acne Solution
Toner muka ini akan memberikan kesan yang baik pada wajah jika digunakan setiap hari sebagai rutin penjagaan muka.
Formula anti-bakterianya mengandungi 2% bahan aktif Asid Laktik yang membuka pori-pori secara perlahan tanpa mengeringkan kulit muka korang.
Toner ini mengurangkan pertumbuhan bakteria dan membantu mencegah jeragat.
Ia amat berkesan di Zon-T dan kawasan muka lain yang bermasalah.
3. Garnier Light Complete Milky Lightening Dew
Diformulakan dengan susu segar dan diperkaya dengan pati lemon tulen untuk membantu kulit korang lebih licin, cerah, lembut dan kulit lebih sekata.
Ia juga mmenjadikan kulit lembap dan mengekalkan kadar penyerapan pada tahap terbaik.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara guna- sapukan pada muka dengan pad kapas, elakkan terkena mata.
Toner terbaik dari Garnier boleh memberikan hasil yang cepat bila korang guna dengan konsisten.
4. Wardah Lightening Face Toner
Wardah Lightening Face Toner, toner terbaik dengan formula pH balance yang menyegarkan sekaligus menjaga keseimbangan pH kulit.
Dikombinasikan dengan Advanced Niacinamide yang bantu kulit tampak lebih cerah dengan pemakaian teratur.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara penggunaan tuang secukupnya pada kapas, seterusnya tepuk-tepuk ringan pada wajah dan leher yang sudah dibersihkan. Nak guna tapak tangan pun boleh… tak ada masalah.
5. Clean & Clear Essentials Oil-Control Toner
Toner muka dari Clean & Clear memang menjadi pilihan remaja. Ia berfungsi dengan baik untuk menanggalkan minyak dan kotoran secara mendalam.
Kandungan Asid salisilik di dalam toner ini membantu mencegah jerawat dan bintik hitam. Ia juga turut menjaga pori-pori supaya bersih dan tidak tersumbat.
Ia membersihkan kulit muka dan menjadikan ia segar dan cantik.
Mereka yang inginkan kulit yang seimbang dan segar secara semulajadi, elok lah gunakan toner ni.
Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.
Cara guna toner ini sama seperti toner dari jenama lain juga, basahkan bebola kapas atau pad dengan toner then sapukan ke seluruh muka dan leher.
Gunakan dua kali sehari sebagai sebahagian daripada rutin pencuci muka.
Gabungkan dengan CLEAN & CLEAR® Essentials Foaming Facial Wash dan Essentials Moisturizer untuk hasil terbaik.
6. SAFI OxyWhite Penyegar Cerah Sempurna
Liang pori yang terbuka selepas mencuci muka, menyebabkan kulit muka terdedah kepada kotoran dan membawa kepada masalah jerawat dan masalah muka yang lain.
Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak mengecilkan balik liang pori agar kulit wajah bersih dan terhindar dari masalah muka.
Selain itu, ia menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan.
Ia turut memberi kesegaran tanpa meninggalkan kesan melekit dengan formulasi tanpa alkohol.
7. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion – toner muka terbaik
Toner terbaik dari Jepun- Toner Hada Labo ini mengandungi Hatomugi, Houttuynia Cordata, Bunga Chamomile dan ekstrak tumbuhan lain untuk melawan jeragat, melegakan kerengsaan kulit dan menjaga keseimbangan kulit.
Toner ini turut mengandungi Asid Hyaluronic untuk mengunci, menyimpan dan menambah lembapan pada kulit korang supaya menjadi lagi lembut, licin dan anjal dengan ketara.
Buih halus yang membersihkan kotoran dan minyak dengan lembut tanpa mengeringkan kulit dan mengekalkan pH kulit.
8. SK-II Facial Treatment Clear Lotion
SK-II Facial Treatment Clear Lotion mengandungi Pitera dan Alpha-hydroxy Acids (AHA) yang membantu dalam menanggalkan sel-sel kulit mati, mengecilkan pori-pori, dan mengurangkan garis halus pada wajah.
SK-II Facial Treatment Clear Lotion ringan bila korang sapu pada kulit, dan padat dengan bahan bio semula jadi yang mengandungi lebih 50 nutrien mikro seperti vitamin, mineral, asid amino dan asid organik yang menyelaraskan fungsi semula jadi kulit.
9. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Mattifying Toner – Toner muka terbaik
Tea Tree – sesuai untuk kulit berjerawat, membantu membersihkan segala kotoran dan lebihan makeup korang.
Selepas konsisten amalkan toner ini, korang akan mempunyai kulit yang bersih, segar dan lembut.
Toner ini diperbuat daripada ekstrak daun teh yang boleh membantu mengembalikan seri kulit.
Cara pakai seperti toner lain, hanya titiskan pada pad kapas dan dap-dapkan pada muka.