Take a fresh look at your lifestyle.

5 Susu Kucing Terbaik

0 3,111

Susu kucing bukan sahaja untuk kucing korang minum, ia boleh dijadikan supplemen tambahan seperti vitamin kucing.

Ia juga adalah pengganti susu untuk anak kucing jika ketiadaan ibu kucing.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 susu kucing terbaik yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskaan bacaan..

Susu Kucing Terbaik

1. Midalac Goat’s Milk – Milk For Cat & Kitten

Kelebihan

Midalac amat sesuai diamalkan untuk anak kucing, ibu kucing yang tengah mengandung dan juga untuk kucing yang sakit 

Antara kebaikan Midalac Goat’s Milk:

  • Mudah dihadam.
  • Meningkatkan imuniti.
  • Mengandungi vitamin seperti vitamim A, B, C, dan kalsium.
  • Kekalkan kesihatan kucing.

Kekurangan

  • Serbuk cepat habis.
  • Kemungkinan kucing tak suka dengan susu kambing.

Cara nak beri kepada kucing

Untuk anak kucing, korang boleh bancuh 1 sudu ke dalam air panas 200ml.

Untuk kucing dewasa, boleh bacuh 2 sudu susu ke dalam air panas 200ml.

Dengan Midalac Goat’s Milk, kesihatan kucing makin baik dan terjaga.

2. Nekolac Goat Milk For Cat & Kitten

Kelebihan

Antara kebaikan Nekolac Goat Milk:

  • Menguatkan imun sistem.
  • Mencantikan bulu kucing.
  • Menggemukkan kucing.
  • Memperbaiki sistem penghadaman.
  • Menguatkan otot, sendi & tulang.
  • Mengandungi Probiotik & Probiotik.

Kekurangan

  • Serbuk cepat habis 
  • Kemungkinan kucing tak suka dengan susu kambing.

Cara nak beri kepada kucing

Bancuhkan dua sudu susu ke dalam 200ml air suam dan beri kepada kucing.

Korang dah tak perlu bersusah payah nak cari supplemen lain untuk kucing korang memandang Nekolac ialah all-in-one-nutrition.

3. Fuzzy Pet Goat’s Milk

Kelebihan

Fuzzy Pet sesuai untuk anak kucing, kucing mengandung, kucing sakit dan kucing dewasa.

Antara kelebihan Fuzzy’s Pet Goat Milk ialah:

  • Tinggi kalsium untuk menyokong tulang kucing
  • Meningkan kesihatan kucing dan menghalang penyakit
  • Susu mudah diminum oleh kucing

Kekurangan

  • Kemungkinan kucing korang tak suka minum susu kambing ini.

Cara nak beri kepada kucing

Korang bancuhkan sebanyak 10g serbuk susu ke dalam 200ml air suam.

Kucing korang jadi lebih sihat dan lebih berisi selepas minum susu Fuzzy Goat Milk ini.

4. Tura Kitty’s Milk Susu Tepung Milk Powder

Kelebihan

Satu lagi susu serbuk untuk kucing kesayangan korang.

Tura Kitty’s Milk sesuai untuk kucing dewasa dan anak kucing.

Formula dalam serbuk susu ini sangat senang untuk korang bancuh macam bancuh air Nescafe.

Antara kebaikan Tura Kitty’s Milk:

  • Tidak ditambah sebarang bahan pengawet atau bahan lain.
  • Mengandungi nutrien yang penting untuk tumbesaran anak kucing dan kucing muda.
  • Rasa yang enak dan senang dihadam.

Kekurangan

  • Serbuk susu cepat habis.
  • Susah nak dapat dan stok selalu cepat habis

Cara nak beri kepada kucing

Tambahkan 1 paket susu tepung Kitty’s (20g) ke dalam 200ml air suam. Bancuh dan kacau sehingga sebati.

5. PetAg KMR Kitten Milk Replacer 

Kelebihan

PetAg KMR adalah antara yang terbaik di dalam senarai ini. 

Ia sesuai untuk anak kucing (baru lahir – 2 bulan), kucing sakit atau uzur, kucing betina yang sedang mengandung atau menyusu, dan kucing dewasa.

Berikut kebaikan PetAg KMR Kitten Milk Replacer:

  • 100% semulajadi, tanpa bahan pengawet.
  • Susu diformula hampir dengan susu ibu kucing dalam protein, lemak dan karbohidrat.
  • Mempunyai sumber prebiotics dan probiotics yang baik.
  • Mempunyai nutris tambahan untuk meningkatkan perkembangan dan imuniti anak kucing.
  • Sumber makanan yang terbaik untuk kucing yang sakit atau uzur.
  • Supplemen tambahan untuk kucing selepas operate.
  • Mengandungi taurine (untuk menyokong perkembangan otak dan jantung kucing).
  • Mudah dihadam, sangat sedap & mudah dibancuh formula

Kekurangan

  • Sedikit mahal
  • Stok amat terhad memandang produk ini import dari luar negara.
  • Serbuk cepat habis.

Cara nak beri kepada kucing

Untuk anak kucing, korang perlu bancuh 2 sudu besar (30ml) cecair KMR setiap 115g berat badan setiap hari.

Manakala untuk kucing yang mengandung, korang perlu bancuh 2 sudu teh (4g) serbuk KMR setiap 2.2kg berat badan setiap hari.

Terakhir, untuk kucing yang dewasa, korang perlu bancuh 1 sudu teh (2g) serbuk KMR setiap 2.2kg berat badan setiap hari.

Korang dah tak perlu risau nak cari supplemen susu tambahan untuk kucing kesayangan korang dengan hanya satu PetAg KMR sudah cukup.

PetAg KMR sesuai untuk semua jenis kucing dan juga untuk semua jenis keadaan seperti mengandung, sakit, selepas operate dan uzur.

Leave A Reply

Your email address will not be published.