Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Mesin Basuh Terbaik 

0 369

Yang sedang mencari jenama mesin basuh terbaik, korang kena baca ni sampai habis.

Mesin basuh dah jadi satu keperluan dan kepentingan masa sekarang. Tak kira apa saja jenamanya, yang penting ianya berfungsi. Boleh bekerja dengan baik. Dapat basuh baju dengan bersih.

Sekarang ni, mesin basuh bukan sahaja dibeli untuk keperluan sendiri, ramai juga yang jadikan sebagai hadiah kahwin, cabutan bertuah, hadiah anniversary, dan macam-macam event lagi.

Untuk yang sedang mencari, dalam artikel ini, saya senaraikan 7 jenama mesin basuh terbaik.

Mesin Basuh

1. Midea Washer Machine 

Korang tengah bajet untuk beli mesin basuh terbaik? Korang boleh dapatkan Midea washer machine.

Bboleh muatkan baju korang sampai 9 kg atau anggaran kasar dia, dua bangkul baju di dalam mesin basuh ini.

Ia ada dua mod cucian yang sangat berguna untuk korang try seperti tube clean dan sistem air drying.

Kelebihan

  • Boleh muatkan baju korang sehingga 9 kg
  • Ada mode tube clean untuk bersihkan saluran air
  • Ada mode air drying untuk korang terus sental baju di dalam mesin

Kekurangan

  • Tak boleh masuk benda-benda berat seperti karpet, cadar tebal dan sebagainya.

2. Panasonic Top Load Washer 

Korang perlukan mesin basuh yang boleh basuh benda-benda berat seperti cadar tebal, karpet, dan sebagainya?

Korang boleh dapatkan Panasonic Top Load Washer. Ia boleh muatkan pakaian korang sehingga 9.5 kg atau angaran kasarnya, dua bakul baju.

Ia juga turut dipasang dengan sistem Water Bazooka, Active Foam dan Stainmaster.

Kelebihan

  • Saiz mesin yang mesra pengguna
  • Boleh muatkan pakaian korang sehingga 9.5 kg.
  • Benda-benda berat juga boleh dibasuh seperti cadar tebal
  • Mempunyai sistem Water Bazooka, Active Foam, dan Stainmaster

3. Samsung Washing Machine 

Mesin basuh ini mampu memuatkan sehingga 7 kg baju korang atau anggaran kasanya, satu bakul baju.

Ia juga dipasang dengan sistem Turbo Drying, berfungsi untuk sental baju korang sampai korang tak perlu nak jemur dengan lebih lama.

Ia juga mempunyai teknologi Magic Fitler dan Double Storm Pulsator berfungsi untuk buang segala jenis kotoran, hama kecil, dan habuk yang melekat pada baju korang.

Kelebihan

  • Mampu memuatkan baju korang sehingga 7 kg
  • Ada sistem Turbo Drying 
  • Ada teknologi Magic Fitler dan Double Storm Pulsator untuk pastikan baju korang bersih dan baru.
  • Ada 1 tahun waranti

Kekurangan

  • Harga agak sedikit mahal

4. Samsung Top Load Washer With Wobble Technology – Mesin basuh terbaik

Satu lagi adik mesin basuh Samsung iaitu Samsung Top Load Washer With Wobble Technology.

Ia mampu memuatkan sehingga 13 kg baju korang atau anggaran kasar, 2 bakul besar penuh.

Fungsi Wobble Technology ialah untuk elakkan baju korang tercantum atau bergumpal semasa mesin ini tengah basuh. Dan selain itu, ia mempunyai sistem Intensive Wash.

Kelebihan

  • Mampu muatkan sehingga 13 kg
  • Ada fungsi Wobble Technology
  • Ada sistem Intensive Wash
  • Ada 1 tahun waranti  

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

5. Toshiba Inverter Nano Washing Machine

Toshiba Inverter Nano ialah korang perlu tekan satu butang sahaja, mesin terus boleh mula basuh baju.

Ia dipasang dengan Roller Duo aktif berfungsi untuk beri lagi banyak ruang untuk air masuk supaya baju korang bersih dan tak terlalu berkedut.

Selain itu, ia dipasang dengan teknologi Ultra Fine Bubble (UFB), berfungsi untuk lancarkan penyerapan detergen dalam baju korang dan kurang berkedut.

Kelebihan

  • Dengan satu klik, baju korang terus basuh tanpa setting 
  • Ada fungsi Roller Duo
  • Ada teknologi Ultra Fine Bubble

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

6. LG Smart Inverter – Mesin basuh terbaik

Teknologi terkini LG Smart Inverter semakin canggih iaitu BMC Motor Protection. Ia berfungsi untuk kurangkan bunyi dan gegeran apabila mesin tengah membasuh.

Ia dipasang dengan sistem Punch+3. Fungsinya ialah untuk elakkan baju yang korang basuh tak terlalu lembap dan ia akan buang air berlebihan melalui 4 empat aliran air berbeza.

Yang paling best, mesin basuh ini mempunyai teknologi Smart Diagnosis. Kalau korang ada masalah masa korang tengah guna mesin basuh, ia akan tunjukkan apa yang rosak dan problem.

Kalau ada problem, korang boleh imbas logo Smart Diagnosis untuk dapatkan pertolongan dari customer service LG – kalau ada masalah teknikal yang susah untuk korang baiki.

Kelebihan

  • Ada fungsi BMC Motor Protection
  • Dipasang dengan sistem Punch+3
  • Ada teknologi Smart Diagnosis
  • Ada 1 tahun waranti

Kekurangan

  • Tak boleh basuh benda-benda berat seperti karpet, cadar tebal, dan sebagainya

7. Khind Fully Auto Washing Machine 

Korang boleh muatkan sehingga 12 kg baju korang atau anggaran kasarnya, ia dua bangkul baju besar. Selain itu, ia digred 4 star untuk penjimatan elektrik. Korang tak perlu risau kalau bil elektrik melambung bila guna mesin basuh ini.

Ia ada tingkap kecil kat atas untuk korang tengok baju yang sedang dibasuh.

Ia lengkap dengan fungsi child lock. So kanak-kanak tak boleh simply buka mesin basuh ni semasa sedang membasuh. Keselamatan anak-anak korang terjaga.

Ia juga datang dengan mode pencucian yang mudah dan tak terlalu teknikal. Korang hanya perlu satu mode dan ia akan automatik cucian baju korang.

Kelebihan

  • 4 Star Saving Energy gred
  • Boleh muatkan sehingga 12 kg baju
  • Ada fungsi child lock
  • Mode pencucian yang mudah dan tak teknikal

Kekurangan

  • Tak boleh cuci benda-benda yang berat seperti cadar tebal, permaidani, dan sebagainya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.