Take a fresh look at your lifestyle.

7 Microwave Oven Terbaik Pilihan Suri Rumah

0 1,423

Korang mencari microwave oven terbaik? Boleh refer di bawah ini ye.

Microwave sudah menjadi peralatan memasak wajib ada di setiapa rumah. Kehadiran gadget moden ini ternyata memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja memasak ibu-ibu bekerjaya.

Dengan adanya microwave, pelbagai hidangan dapat disediakan dalam jangka masa yang singkat.

Untuk yang selalu beli makanan dan simpan dalam peti ais, microwave akan jadi penyelamat jika nak defrost dan panaskan makanan dengan cepat.

Di sini saya senaraikan 7 microwave oven terbaik yang korang boleh pilih dan beli.

Microwave Oven Terbaik

1. Panasonic Grill Microwave Oven (23L)

Ia hadir dengan fungsi dual cooking untuk mempercepatkan lagi proses memasak.

Selain itu, fungsi grill adalah untuk beri kesan grill pada makanan korang. Ini akan buatkan makanan jadi lagi rangup dan sedap.

Microwave ini sesuai untu korang yang suka masak ayam atau daging bakar. Hanya perapkan bahan perapan pada daging atau ayam, kemudian masukkan dalam microwave dan terus setkan setting.

Untuk yang rajin buat kek atau roti, microwave oven ini juga ada fungsi untuk makanan sedemkian

Kelebihan

  • Ada fungsi Dual Cooking
  • Ada fungsi Grill
  • Ada mode Quick 30
  • Boleh masuk seekor ayam
  • Ada 1 tahun waranti

Kekurangan

  • Tiada child lock

2. Electrolux Microwave Oven (20L)

Ia datang dengan turntable 27cm yang korang boleh muat pelbagai jenis saiz pinggan makanan. Ia ada 5 mode power yang boleh korang adjust ikut jenis masakan.

Korang hanya perlu pusingkan tombol untuk adjust mode powernya. Ia dilengkapi dengan timer sehingga 35 minit untuk korang panasakan makanan bersup, pasta dan sayur-sayuran.

Ia juga mendapat pengesahan SIRIM. Sesuai untuk korang yang tinggal sendiri kerna ruang makanan yang korang boleh masak guna microwave ini ialah sebanyak 20 liter.

Kelebihan

  • Ada 5 mode power berbeza
  • Ada timer
  • Ada SIRIM
  • Ruang microwave sehingga 20 liter

Kekurangan

  • Design warna yang terhad
  • Tak ada child lock

3. Midea Microwave Oven with Grill Function Digital

Korang asyik sibuk sampai tak sempat nak masak apa-apa sebelum pergi kerja? Microwave oven ini sesuai untuk korang.

Ia datang 11 mode power yang boleh korang pilih mengikut jenis masakan korang. Mempunyai paparan LED untuk korang lihat beberapa masa yang tinggal untuk masakan korang siap.

Ia juga mempunyai fungsi defrost untuk cairkan makanan yang korang beku dalam peti ais.

Berat gadget dapur ini adalah 14.5kg dengan ukuran 579 x 460 x 362mm.

Sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dan mempunyai kapasiti 25 liter.

Contoh makanan yang korang boleh masak guna microwave ini ialah pizza, kentang, popcorn, kek, ayam, dan daging.

Kelebihan

  • Ada 11 mode power yang korang boleh pilih
  • Ada paparan LED
  • Ada fungsi defrost
  • Lebih besar – 25L
  • Ada safelty lock
  • Kanak-kanak susah nak buka

Kekurangan

  • Saiz agak berat
  • Saiz agak besar

4. Panasonic Microwave Oven (20L)

Design microwave oven ini cukup modern dengan warna hitam yang eksulif dan memang kena dengan apa-apa saja tema dapur korang.

Ia mempunyai child lock lagi-lagi korang yang ada anak-anak yang suka pegang macam-macam. Ia akan cover keselamatan anak korang.

Cara nak guna microwave ini pun senang, korang hanya perlu tekan butang start tiga kali untuk mulakan masakan dan tiga kali butang Stop untuk berhenti.

Selain itu, ia turut mempunyai Auto Defrost untuk cairkan makanan yang korang bekukan dalam peti ais. Dan ia juga ada mode Auto Cook untuk masak sayur, ikan, dan kentang.

Kelebihan

  • Design yang eksulif
  • Ada child lock
  • Hanya tekan tiga untuk mula masak
  • Ada fungsi Auto Defrost
  • Ada fungsi Auto Cook
  • Ringan hanya 11kg

Kekurangan

  • Saiz kecil
  • Tak sesuai untuk keluarga besar
  • Jika makanan banyak nak masak, kena masak 2-3 kali.

5. Sharp Microwave Oven With Convection

Ia datang dengan fungsi Defrost untuk cairkan makanan yang sejuk beku. Ia juga mempunyai 10 mode jenis masakan secara automatik yang korang boleh pilih.

Ia mempunyai 5 tahap kuasa untuk korang masak selama 95 minit atau tiga jam. Ruang microwave oven ini adalah 42 liter. Sangat besar.

Ia juga datang dengan 1 tahun waranti.

Selain itu, ia turtu dipasang dengan sistem child lock yang susah untuk anak-anak korang nak buka.

Ada paparan LED untuk tahu beberapa lama masa yang tinggal untuk makanan korang siap.

Kelebihan

  • Ada fungsi Defrost
  • Ada 10 jenis mode masakan automatik
  • Ruang sehingga 42 liter
  • Ada 1 tahun waranti
  • Ada child lock
  • Ada paparan LED

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal
  • Microwave oven sangat berat dan susah untuk alihkan

6. Samsung Grill Microwave Oven with Healthy Steam 23L

Microwave Oven Samsung ini lebih kepada masakan jenis grill. Senang untuk korang masak makanan berdaging seperti ayam, daging, dan ikan dengan lebih sihat.

Ia ada fungsi Keep Warm supaya makanan yang korang masak dalam microwave ini kekal panas walaupun dah siap lama masakan korang.

Semua makanan akan jadi sedap kalau makan panas-panas, betul tak?

Ia juga dipasang dengan fungsi Defrost automatik untuk korang cairkan makanan sejuk beku. Paling unik, ia ada setting Deodorization untuk buang semua bau tak enak semasa korang masak di dalam microwave ini.

Kelebihan

  • Microwave lebih kepada masakan grill
  • Ada fungsi Keep Warm
  • Ada fungsi Defrost automatik
  • Ada setting Deodorization

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

7. Toshiba Deluxe Series Microwave Oven

Ia mempunyai 9 jenis mode masakan automatik yang korang boleh pilih.

Kalau korang suka tengok movie kat rumah korang, korang boleh masak popcorn hanya guna microwave Toshiba ini.

Ia dilengkapi dengan akesesori tambahan seperti rak.

Kapasiti microwave ini sehingga 20L, sesuai untuk masak apa-apa jenis masakan yang korang nak. Size turntable yang cukup besar iaitu 225m, cukup untuk korang masuk pinggan sederhana besar.

Ia juga ada paparan LED untuk korang tengok beberapa masa yang tinggal untuk masakan korang siap.

Kelebihan

  • Ada 9 jenis mode masakan
  • Ada akesesori tambahan iaitu rak dulang
  • Ruang microwave sehingga 20 kg
  • Ada paparan LED

Kekurangan

  • Satu jenis warna sahaja iaitu hitam
Leave A Reply

Your email address will not be published.