Take a fresh look at your lifestyle.

Losyen Kaki Terbaik – 7 Pilihan Wanita Moden

0 475

Kaki memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.

Wanita terutamanya amat mementingkan penjagaan kaki.

Tumit merekah, kulit kasar, kering antara masalah yang sering dihadapi dan ini boleh menjejaskan penampilan dan keyakinan diri sendiri.

Walaupun kaki ni bahagian badan yang kurang terdedah, jika masalah ini berlarutan, ia amat merunsingkan!

Tapi jangan risau pasti ada penyelesaian.

Jadi saya dah senaraikan 7 jenama losyen kaki terbaik dipasaran. Jom kita lihat!

Losyen kaki terbaik

1. HIMALAYA Foot Care Cream

Murah dan berkesan! Jenama ni sangat sinonim dengan formulasi semulajadinya.

Kandungan utama:

  • Halba
  • Madu
  • Kunyit
  • Halia
  • Ekstrak pokok sal

Formulasi ini membantu menyembuh dan melembutkan permukaan kulit yang terlalu kering dan mencegah tumit merekah.

Jangkitan kuman juga mampu dicegah dengan penggunaan krim secara konsisten.

Cara pakai:

Basuh kaki dengan air suam dan lap kering. Sapukan krim pada bahagian yang terjejas 2 kali sehari.

Review ~ “ Soft and supple feet in a week ! In love ! “

2. EUCERIN Urea Repair Plus 10% Urea Foot Cream -losyen kaki terbaik

Permukaan tumit dan tapak kaki sentiasa berhadapan dengan tekanan dan geseran permukaan akibat pergerakan harian kita.

Ini menyebabkan tapak kaki makin kasar dan mungkin merekah.

Krim Eucerin ini dihasilkan dengan formulasi unik antaranya urea, ceramide serta bahan pelembut natural lain.

Kelembapan kaki mampu kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian klinikal dan dermatologi.

Krim ini juga selamat digunakan untuk pesakit xerosis, diabetes dan psoriasis.

Ciri lain krim ini adalah pantas mnyerap, tidak berminyak serta tidak mengandungi sebarang bauan, sangat selamat digunakan!

Review ~ “ Very effective ! Lembut je rasa kaki “

3. 3W CLINIC Enrich Foot Treatment

Mengandungi Hyaluronic acid sebagai bahan aktif utama, menyerap lebih dalam dan mampu mengekalkan kelembapan kaki serta memastikan kaki kekal segar .

Kandungan berkualiti lain yang terdapat dalam krim ini seperti aloe vera, kacang mung serta estrak beras perang juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Cara penggunaan:

  1. Basuh kaki dengan air secukupnya
  2. Sapu krim ke bahagian bermasalah
  3. Dinasihatkan pakai stokin untuk kesan yang lebih effektif!

Berkesan dan sangat murah! Korang WAJIB cuba krim kaki ni taw.

Review ~ ‘ Sangat2 berkesan , produk 3w memang bagus! “

4. ROSKEN SKIN Repair Feet & Heel Balm – losyen kaki terbaik

Sedikit mahal namun produk ini diformulasi khusus untuk kulit kaki super kering dan merekah teruk.

Jaminan masa 3 hari kulit kelihatan lebih sihat dan lembut berdasarkan kajian saintifik terhadap gabungan formulasi yang hebat.

Bahan aktif krim :

  • Vitamin E
  • Urea
  • Dimethicone
  • Peppermint oil
  • Allantoin

Krim perlu dipakai 3 ke 4 kali sehari, sebaiknya selepas mandi untuk penyerapan super effektif.

5. JOLICARE Cream (Original) – Eczema Treatment Cream For Itchy and Sensitive Skin

Berbeza dengan krim lain, krim ini adalah universal, tidak khusus untuk kaki, ia juga boleh digunakan pada bahagian badan yang lain.

Masalah kulat air, gatal gatal kaki, eczema, psoriasis serta masalah ketidakselesaan lain boleh guna krim ni.

Antara bahan-bahan yang terdapat dalam krim ini :-

  • Kochia
  • Pudina
  • Cnidium
  • Sophora flavescen

Krim ini sejuk sangat selesa untuk digunakan, bayi pon boleh pakai taw!

Kalau korang nak cuba, boleh ambil set sekali dengan sabun ye, lebih bagus kesannya nanti.

6. ELLGY PLUS cracked heel cream

Mengandungi Saccarate Isomerate, sumber semulajadi tumbuhan yang sangat berkesan melembutkan kulit luar dan dalam.

Antara lain, ekstrak Portulaca yang tinggi omega 3, menguatkan lapisan epiderma kulit, hasilnya kelembapan kekal lama.

Perlu digunakan secara konsisten 2 ke 3 kali sehari atau berdasarkan keperluan masing masing.

Review ~ “ Best pakai ni kulit tak merekah lagi “

7. SEBAMED extreme dry skin foot cream

Jenama ini sangat terkenal dengan rangkaian penjagaan diri  khusus untuk kulit kering dan bermasalah.

Mengandungi 10% Urea complex yang membantu membuang kulit mati dan hasilnya kulit baru yang licin dan lembut.

Untuk korang yang ada masalah kulit bercapuk, berkuping, gatal-gatal boleh cuba krim ni.

Boleh dapatkan di farmasi berhampiran atau klik je link shoppe yang saya share kat atas ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.