9 Dapur Gas Terbaik Pilihan Wanita Hebat Di Malaysia
Ruang dapur adalah jantung setiap kediaman. Fungsi utama dapur tentulah untuk memasak. Jadi pemilik rumah pasti mahu memiliki dapur gas terbaik untuk aktiviti tersebut. Ada pelbagai rekaan yang boleh dipilih bergantung kepada keperluan isi rumah. Antara ciri yang penting semasa membuat pilihan adalah jenis pembakaran dan kadar haba.
Ciri yang semakin popular adalah ciri estetik yang akan menaikkan seri ruang dapur moden idaman setiap surirumah. Dapur gas yang mudah digunakan dan dibersihkan akan menjadikan tukang masak bersemangat untuk memasak. Mari kita lihat senarai 9 dapur gas terbaik yang berbeza fungsi dan kelebihan mengikut keperluan pengguna
1. Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F)
Dapur Gas Terbaik Kategori Built-in
Kepada korang yang mencari dapur gas jenis terbina dalam, dapur gas jenama Riino ini cukup sesuai. Ia tampak moden dan kemas kerana direka daripada bahan seramik yang tahan calar dan mudah untuk dibersihkan.
Ada 2 jenis penunu yang berbeza. Sebelah kanan apinya besar dan kuat untuk memasak hidangan dengan lebih cepat. Kekuatan api boleh dilaras kepada tiga peringkat. Sebelah kiri pula menggunakan teknologi infra merah yang menjimatkan penggunaan gas memasak.
Tombol pemetik api dapur ini dipasang pada bahagian atas yang lengkap bersama fungsi kunci keselamatan kanak-kanak. Selain itu, lubang gas pada dapur ini berbentuk vientiane untuk memastikan tiada kebocoran gas pada paip atau paip gas tertanggal. Kapasiti haba setinggi 4.5kW sangat sesuai untuk menumis dan terbaik dalam penjimatan gas
Pastikan korang buat ukuran dengan tepat pada kabinet dapur supaya tiada masalah timbul semasa pemasangan.
2. Golden Fuji Portable Gas Stove (GF8000)
Dapur Gas Terbaik Kategori Mudah Alih
Dapur gas ini adalah pilihan dapur gas terbaik untuk aktiviti perkelahan. Saiznya yang kompak dan mudah alih jadi ia sangat sesuai digunakan ketika berkelah atau perkhemahan.
Dapur gas terbaik mudah alih ini menggunakan gas butane dan senang dikendalikan. Hanya nyalakan menggunakan tombol seperti gas memasak biasa. Walaupun dapur ini kecil dengan satu penunu saja, korang boleh boleh memasak selama dua jam tanpa henti! Tin isian semula gas butane untuk dapur ini mudah didapati. Penggunaan gasnya agak menjimatkan. 160g saja dengan pemanasan secara efisien 55.64%.
Saiznya yang kompak dan ringan menjadikan ia mudah disimpan jika tidak digunakan. Boleh dijadikan dapur simpanan jika dapur utama rosak atau kehabisan gas. Cuma pastikan peralatan memasak korang tidak terlalu berat atau besar.
3. Milux Gas Stove YS-3030B
Dapur Gas Terbaik Harga Murah
Bajet korang terhad? Dapatkan dapur Milux ini pada harga dibawah RM100. Sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau adik-adik yang baru mula bekerja dan duduk dirumah sewa.
Dapur ini dilengkapi dengan 2 penunu standard yang mempunyai diameter 10 cm dan menggunakan pencucuh automatik. Diperbuat dari besi enamel tahan karat bagi memastikan kedudukan periuk stabil ketika memasak.
Paling bagus, setiap pembelian disertakan dengan jaminan penggunaan selama satu tahun. Jadi, korang tidak perlu risau tentang risiko kerosakan.
4. Butterfly LPG Gas Iron Stove – Auto (BGC-30A)
Dapur Gas Terbaik Waktu Kenduri
Ada kenduri dirumah? Korang patut guna dapur gas terbaik tahan lasak jenama Butterfly ini. Dapur ini juga kesukaan peniaga-peniaga kecil kerana harganya sangat berpatutan dengan kualiti produk yang baik.
Ia dilengkapi dengan penunu tunggal yang bersaiz 530mm x 285mm x 110cm. Rekaannya kukuh dan selamat digunakan dengan periuk besar dan berat untuk kuantiti masakan yang banyak. Ia juga menggunakan gas tekanan rendah bagi penggunaan gas yang optimum walaupun digunakan dalam masa yang panjang.
Setiap pembelian diberikan jaminan produk dan alat ganti selama satu tahun jika resit masih disimpan.
5. Morgan Glass Gas Stove (MGS-8312G)
Dapur Gas Terbaik Kategori Kaca Diperkukuh/Tempered Glass
Dapur gas terbaik jenama Morgan ini cantik dan mudah dibersihkan. Ia diperbuat menggunakan kaca yang diperkukuh yang tahan lasak. Penunu dapur ini dilekatkan bersama untuk memudahkan proses membersih. Hanya basuh guna air suam dan kotoran yang melekat akan tanggal tanpa perlu disental.
Tungku dapur ini diperbuat dari besi enamel memastikan periuk lebih stabil. Sistem pembakaran tiga cincinnya menjadikan proses memasak lebih cepat dan cekap. Diameter tungku dapur ini juga besar dan stabil. Pengeluar dapur ini memastikan material kaca diperkukuh yang digunakan dapat menahan segala impak hentakan dan haba ketika memasak. Jadi korang boleh guna periuk atau kuali yang besar dan berat ketika memasak tanpa rasa risau.
6. Rinnai Cooker Gas Hob – Stainless Steel (RB-713N-S)
Dapur Gas Terbaik Kategori Keluli Tahan Karat/Stainless Steel
Dapur gas terbaik jenama Rinnai dari Jepun ini memang ramai peminat. Ia mudah dikendali dan dibersihkan. Dapur gas ini diperbuat dari besi keluli tahan karat yang tampak elegan dan estatik serta tahan lasak. Dilengkapi dengan pencucuh bateri yang perlu diganti setiap 6 bulan.
Dapur gas ini mempunyai dua penunu memasak dengan cincin pendua yang sesuai untuk pelbagai jenis bentuk saiz kuali dan periuk. Harganya agak mahal tetapi berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Ia mudah dibersihkan kerana permukaannya licin dan tiada sebarang corak. Hanya lap saja dengan kain bersih. Kalau dapur korang tidak ada lubang kabinet untuk bentuk dapur bina dalam, korang tak perlu risau sebab model ini dilengkapi dengan kaki getah bagi pengguna dapur biasa.
Kekuatan tujahan api sehingga 3.7KW cukup untuk masak atau memanaskan semula makanan. Namun korang perlu berhati-hati sedikit bila menggunakan dapur ini. Bahagian keliling cincin penununya tidak dilengkapi dengan penghadang. Korang juga perlu guna tungku kuali yang kukuh jika mahu memasak menggunakan kuali yang besar dan berat.
7. RIINO Infrared Gas Stove Tempered Glass Top Gas Cooker
Dapur Gas Terbaik Untuk Penjimatan Gas
Nak penjimatan 2 kali? Korang pilih dapur memasak RIINO ini. Harganya tidak sampai RM200 sangat menjimatkan gas kerapa penunu dapur gas terbaik ini adalah dari jenis infrared. Dapur ini berfungsi seolah dapur elektrik dengan nyalaan api yang sekata, kuat dan cekap.
Korang boleh selesai memasak dengan cepat dan selamat kerana tiada sebarang percikan api perlu dihidupkan. Pemanasan habanya sehingga 4.6kW menjadikan dapur gas ini sesuai digunakan untuk memasak makanan yang memerlukan masa yang lama untuk siap.
Permukaan dapur ini diperbuat daripada kaca yang diperkukuh. Ia juga dilengkapi dengan cincin penunu anti-gelincir yang tahan berat dan tidak mudah berkarat. Setiap unit dapur mempunyai kelulusan piawaian dari SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. Riino juga memberi jaminan alat ganti produk sehingga 2 tahun kecuali permukaan kaca yang diperkukuh.
Paling menarik, dapur gas ini kalis air dan tidak menyebabkan permukaan bawah periuk atau kuali menjadi kehitaman setelah digunakan.
8. Pensonic Single Burner Gas Cooker (PGC-1001S)
Dapur Gas Terbaik Untuk Orang Bujang
Kecil-kecil cili padi, bila cuba pasti jatuh hati. Kalau korang masih bujang atau dalam bajet yang ketat, ini adalah dapur terbaik yang korang boleh beli. Harganya tidak sampai RM60. Ia juga bersaiz kompak dan ringan.
Walaupun reka bentuknya tampak ringkas namun ia agak tahan lasak kerana badan dapur ini diperbuat daripada keluli besi tahan karat. Ciri ini menjadikan dapur ini mudah dibersihkan serta tahan panas kalau korang memasak dalam tempoh yang lama seperti merebus daging hingga empuk.
Tungku dapur ini kukuh dan tahan lama. Nyalaan api boleh dilaras kepada tiga peringkat dengan fungsi pilihan api perlahan, sederhana dan besar.
Cuma dapur ini kurang sesuai untuk masakan kenduri kerana ia tidak kuat untuk menampung perkakasan dapur yang berat dan lebar. Dapur ini juga menggunakan sumber bahan bakar dari tong gas.
Dapur gas dari Panasonic ini ada jaminan produk untuk satu tahun penggunaan dan ia juga mempunyai kelulusan dari SIRIM.
9. Milux Gas Cooker With Grill Plate MSS-2500G
Dapur Gas Terbaik Kategori Besar
Korang yang tengah berdiet tentu suka dengan dapur gas terbaik keluaran Milux ini. Saiznya besar dan ada tempat memanggang pada bahagian tengah dapur. Bahagian bawah pemanggang itu dilengkapi dengan dulang perangkap kotoran dan alat penarik khas.
Dapur ini agak berat dan saiznya agak lebar. Boleh diletakkan atas meja atau kabinet dapur. Ia mempunyai 2 tungku dapur dengan penunu api seperti sarang lebah yang memberikan kepanasan sekata. Api boleh dinyalakan dengan tombol standard seperti dapur gas biasa.
Sekarang korang boleh pilih dapur gas terbaik ikut kesesuaian korang dan mula memasak!