Take a fresh look at your lifestyle.

Alat Buat Kek Dan Kuih – Kena Ada 10 Alat Penting Ini

0 914

Setiap kali kita nak buat kek atau kuih, kita perlu sediakan alat buat kek dan kuih. Tanpa semua keperluan ini, memang susah untuk kita hasilkan kek atau kuih yang sedap dan menarik dipandang.

Cukup ke peralatan kat rumah korang untuk buat kek dan kuih? Cuba korang check balik dapur korang, mana tahu tak cukup terus hilang mood nak buat pastri nanti.

Kalau tak cukup, dalam artikel ini saya akan senaraikan 10 alat buat kek dan kuih supaya kerja korang jadi mudah.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Alat buat kek dan kuih

1. AKIRO 6pcs Stainless Steel Oval-shape Professional Measuring Spoons Set

Tanpa sukatan bahan-bahan yang tepat, kek atau kuih yang kita buat akan rasa lain daripada apa yang kita nak. Banyak kali juga saya buat roti putih asyik tak jadi disebabkan sukatan yang salah, roti saya rasa lagi tawar dan ada bahagian yang tak masak.

Sebab itu, saya recommend korang untuk dapatkan sudu pengukur yang ada ukuran seperti 1 Tbsp, 15ml, dan sebagainya. Salah satu brand yang saya cadangkan ialah Akiro 6 pcs stainless steel professional measuring spoons set.

Set sudu ini diperbuat daripada stainless steel, memang tahan karat walaupun korang letak pelbagai bahan-bahan di atasnya. Lepas korang pakai sudu, kek dan kuih korang akan satu langkah menjadi.

Alat seterusnya yang korang perlu ada ialah..

2. Home Perfect 11 – 14 Inch Non-Stick

Tanpa dulang, macam mana korang boleh hasilkan kuih dan kek yang ranggup kalau masak guna kuali atau air fryer. Memang lain rasa kek atau kuih korang kalau masak guna kuali dengan oven.

Ada banyak dulang yang korang boleh beli kat luar sana, tapi yang saya recommend korang beli adalah dari jenama Home Perfect ini. Ia datang dalam saiz 11 inch, 12 inch, 13 inch, dan 14 inch yang sesuai untuk semua jenis oven.

Dulang Home Perfect ini juga jenis non-stick memang sesuai untuk korang masak kuih, biskut, waffle dan sebagainya.

Alat seterusnya yang akan mencantikkan tekstur kek dan kuih korang adalah..

3. Russell Taylors 1000W 5L Stand Mixer SM-1000 – Alat buat kek dan kuih yang menyenangkan kerja

Korang nak pastikan setiap kuih atau kek yang korang buat menjadi, korang perlukan mixer. Dengan mixer, korang jimat banyak masa dan tenaga tangan untuk uli segala doh kek atau kuih. Harga mixer ini sangat mampu milik iaitu bawah RM500.

Macam biasa ada banyak mixer yang ada di pasaran, saya sarankan korang beli Rusell Taylors Stand Mixer. Design mixer ini sebiji yang ada dekat kedai bakeri moden. Dengan ruang mangkuk sebanyak 5 liter, korang boleh sediakan lagi banyak kuih dan kek untuk saudara-mara korang sekali.

Ia ada knob yang korang boleh pusing untuk ubah kelajuan mixer ini. Ia datang dengan akesesori tambahan seperti dough hook, flat bear, dan wire whisk. 2 tahun waranti pun ada dengan setiap pembelian mixer Russell Taylors.

Alat seterusnya ini akan menentu sama ada kek atau kuih kita menjadi atau tidak adalah..

4. Panasonic Grill Microwave Oven (23L) – Alat buat kek dan kuih yang wajib ada

Korang boleh guna microwave oven atau jenis oven sahaja untuk tujuan bakar kek atau biskut.

Microwave oven ini hadir multi fungsi dual cooking untuk mempercepatkan lagi proses memasak.

Selain dari untuk bakar kek atau biskut, ada fungsi grill untuk beri kesan grill pada makanan korang. Ini akan buatkan makanan jadi lagi rangup dan sedap.

Microwave ini sesuai untu korang yang suka masak ayam atau daging bakar. Hanya perapkan bahan perapan pada daging atau ayam, kemudian masukkan dalam microwave dan terus setkan setting.

Ia ada 1 tahun waranti.

5. Dafeike Silicone Rolling Pin

Tanpa alat ini, hasil biskut kita tak akan menjadi sama saiz dan sekata. Sebab itu kita perlukan roller.

Roller yang perlu korang dapatkan adalah jenis rolling pin, sebab ia dicipta dengan pemegang yang ngam dengan tangan korang untuk korang rolling aduan doh.

Yang bestnya dengan rolling pin ini, kebanyakkannya jenis non-stick walaupun korang rolling 100 kali pun, ia tetap tak akan melekat.

Saya cadangkan korang beli Dafeike silicone rolling pin sebab ia ringan dan mudah untuk korang rolling banyak kali.

6. Russell Taylors Stainless Steel Kitchen Scale KS-10

Kebanyakan kek dan kuih memerlukan timbangan gram atau kilogram untuk jadi adunan yang sempurna.

Saya sarankan korang beli satu penimbang dari Rusell Taylor ini. Ia boleh menimbagn adunan dan bahan-bahan korang dengan tepat. Korang boleh tukar unit dengan klik butang unit. Ada unit gram, kilogram, ib:oz, fl’oz, dan ml.

7. Biscuit Cookie Maker – Alat buat kek dan kuih yang memudahkan kerja

Bukan senang untuk hasilkan bentuk biskut yang cantik macam kat kedai bakeri, sebab itu korang perlu gunakan biscuit cookie maker.

Biscuit cookie maker datang dengan pelbagai akesesori tambahan untuk mencantikkan lagi biskut korang dengan corak yang menarik.

Korang tak perlu nak bentuk biskut korang guna tangan lagi, korang masukkan jer adunan doh korang ke dalam biscuit cookie maker ini, korang pilih bentuk yang korang suka, dan picit. Tada! Jadi biskut korang.

8. Walfos Silicone Basting Brush

Berus silikon berfungsi untuk cantikkan lagi kek dan kuih korang. Korang hanya perlu sapu sedikit butter dan sapu perlahan-lahan dekat kek dan kuih korang.

Sapuan butter atau telur jadi lebih cantik dan sekata bila pakai ini.

9. Crossto Seasoning Bottle Glass Jar

Akhirnya, korang dah siap kuih dan biskut, korang nak letak kat mana? Mesti korang letak dalam bekas kaca.

Saya cadangkan korang dapatkan bekas kaca dari Crossto. Sebab ia kedap udara supaya kuih tak lembik dan kekal ranggup. Ia datang dalam pelbagai saiz yang korang boleh pilih seperti 6cm X 120ml, 10cm X 640cm, dan 12cm X 1200ml.

10. Paper Doilies 100pcs

Kertas putih bukan sahaja berfungsi untuk letak kek dan kuih sahaja, ia berfungsi untuk elakkan kek dan kuih korang jadi pecah dan rapuh.

Ia juga datang dalam pelbagai saiz seperti 3.5′, 4.5′, 5.5′, 6.5′, 7.5′, dan 8.5′.

Korang juga boleh masukkan kertas putih yang bercorak ke dalam bekas kaca supaya nampak lagi menarik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.