Take a fresh look at your lifestyle.

5 Jenis Vitamin C Terbaik Untuk Kanak-Kanak

0 7,978

Sejak pandemik melanda, permintaan kepada Vitamin C semakin meningkat. Rata-rata semua berebut untuk mendapatkan vitamin yang boleh meningkatkan imuniti badan ini. Sampaikan ada setengah brand yang kehabisan stok.

Bukan hanya orang dewasa sahaja, kanak-kanak pun perlu diberi perhatian dan perlu mengambil Vitamin C. Terdapat banyak jenis vitamin c terbaik untuk kanak-kanak yang boleh diambil seawal usia 2 tahun.

Pengambilan vitamin ini sangat penting untuk menguatkan ketahanan badan dalam keupayaan melawan penyakit.

Jangan risau jika anak anda susah nak telan kapsul ubat, sebab terdapat banyak kapsul Vitamin C yang dalam bentuk cheawable yang boleh dikunyah seperti gula-gula. Anak-anak pasti suka sebab rasanya yang sedap. Kalau tak pantau, sekejap sahaja boleh habis sebotol.

Vitamin C dalam bentuk Pastilles ini didatangkan dengan 3 perisa yang sememangnya kanak-kanak suka iaitu strawberi, oren dan mixberries.

Yang menariknya, ketiga-tige perisa itu buat dalam bentuk berbeza iaitu ketam, sotong dan ikan. bentuk yang menarik ni boleh buatkan anak-anak teruja dan seronok untuk makan supplement ini.

Setiap biji mengandungi 21mg vitamin C.

Rasanya yang sedap juga penyebab utama vitamin jenis ini mendapat sambutan di kalangan kanak-kanak.

Jika anak anda sangat cerewet tentang makanan, cuba berikan vitamin dari Scotts ini untuk membantu supaya anak-anak dapat nutrien yang cukup dalam badan.

Cara pengambilannya sangat mudah. Just ambil 3 biji setiap hari.

Tapi percayalah, anda hanya perlu perkenalkan sekali sahaja kepada anak-anak. Selepas itu mereka akan ambil sendiri tanpa di suruh.

Vitamin ini sesuai untuk anak-anak 2 tahun ke atas.

Sebelum ini biasa tengok brand Redoxon ini ada untuk orang dewasa sahaja, tapi sebenarnya untuk kanak-kanak pun ada. Ini adalah salah satu vitamin c yang terbaik untuk kanak-kanak.

Apa yang membezakan dengan brand lain, vitamin C dari Redoxon ini didatangkan dengan perisa Tutti Frutti yang sememangnya menjadi viral dan jadi kegemaran kanak-kanak.

Yang menarik lagi, ia berbentuk hati. Menarik minat anak-anak.

Dalam Vitamin C Redoxon, setiap biji mengandungi tambahan gabungan bersama zinc yang sememangnya sangat penting untuk imun badan dan perkembangan anak-anak.

Selain itu ia juga membantu untuk pembentukan tulang, gig dan gusi anak-anak yang berusia 6-12 tahun.

Vitamin C ini mengandungi 250mg vitamin C dan 5mg zinc hanya perlu diambil 1-2 biji sahaja sehari.

Brand ini yang selalu cepat habis di farmasi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 12 tahun.

Pengambilan tablet adalah berbeza mengikut umur.

Umur 1 – 3 tahun: 1-2 table.
Umur 4 – 8 tahun: 1-3 tablet
Umur 9 – 12 tahun: 1-5 tablet

Setiap botol mengandungi 100 biji vitamin C. Dan seperti biasa perisa pilihan adalah strawberi.

Yang bagusnya kandungan vitamin C dari Charmps yang sudah mendapat sijil HALAL ini adalah tanpa gula.

Ia diformulasi dengan kualiti yang terbaik untuk meningkatkan sistem imunisasi anak-anak yang sedang membesar.

Tidak seperti vitamin lain yang mengkhususkan untuk diambil selepas makan sahaja, vitamin C dari Charms ini boleh diambil sebelum dan selepas makan. So boleh dijadiakn sebagai umpan untuk pancing anak-anak supaya makan.

Brand Appeton ini memang mendapat tempat di hati ibu bapa. Selain dari ia sudah lama di pasaran, ia juga kerana sebab harga yang murah dengan kualiti yang baik dan direkemenkan oleh USRDA.

Tablet boleh kunyak ini mengandungi 3 peris autama iaitu oren, anggur dan strawberi.

bentuknya yang berupa huruf dari A-Z sememangnya menarik dan boleh buat kanak-kanak teruja setipa kali mengambil vitamin C ini.

Setiap botol mengandungi 100 tablet dnegan 30mg vitamin c untuk setiap tablet.

Boleh diambil 2-6 biji sehari.

Vitamin C dari Citrex ini jarang kita dengar tapi ia ada peminat yang tersendiri.

Ibu bapa yang pernah consume Vitamin C untuk dewasa dari Citrex kebanyakan akan beli dari brand yang sama untuk anak-anak mereka.

Setiap botol ada 90 tablet. Setiap tablet boleh kunyah ini mengandungi 100mg Vitamin C dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun – 12 tahun.

Boleh di ambil 3 tablet sehari. Boleh di kunyah terus atau dihisap.

Vitamin C ini bebas gula dan sangat membantu dalam kesihatan dan kekuatan tulang, gigi, gusi, pengaliran darah dan penyerapan iron.

Ada banyak lagi vitamin c yang terbaik untuk kanak-kanak di pasaran. Ibu bapa boleh dapatkan khidmat nasihat dari doktor atau ahli farmasi.

Baca juga toner muka terbaik di Malaysia di sini

Leave A Reply

Your email address will not be published.