Take a fresh look at your lifestyle.

7 Ubat Kurap Terbaik Di Malaysia – Cepat Hilang Gatal

0 1,836

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat yang dipanggil dermatophyte.

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya .

Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Terdapat banyak ubat sapu yang dapat merawat masalah kurap dengan berkesan.

Ubat Kurap Terbaik

1. Freederm Lotion Antifungal

Freederm Lotion bertindak sebagai antikulat berspektrum luas manakala Terbinafine bertindak bagi menghalang pembentukan dan tumbesaran kulat

Kurap boleh menjangkiti bahagian kulit yang terlindung contohnya seperti kawasan lipatan yang selalu lembap. Juga naik di kawasan yang berbulu.

Cara guna amat mudah. Just basuh kawasan yang berjangkit tu dengan air suam dan lap bagi kering. Kemudian sapu lotion ni nipis-nipis. Gunakan secara konsisten dalam 1-2 minggu.

2. Creobic Antifungal Cream

Krim Creobic Antifungal ini dapat merawat masalah kulit untuk korang yang kena penyakit kurap.

Krim ini menggunakan triple action treatment untuk membunuh kurap dan merawat penyakit-penyakit kulat yang lain.

Cara guna amat mudah.

Cuci kawasan yang terlibat dengan sabun dan air dan keringkan dengan baik. Kemudian sapu satu lapisan nipis ubat pada kawasan yang terlibat. Gosok dengan lembut.

Jangan tutup kawasan yang terlibat tu, melainkan dengan arahan doktor.

3. Clemira Eczema Cream

Clemira Eczema Care menggunakan formula ramuan tradisional

Bahan campurasan tradisional ini dapat merawat penyakit kulit seperti eczema kurap panau dan banyak lagi masalah penyakit kulit

Cream ini juga boleh menenangkan kulit , mengurangkan kegatalan dan juga mengawal peyenbaran bakteria.

Cara penggunaan :

  • Masa yang sesuai untuk menggunakan Clemira Eczema Care adalah selepas mandi (Pagi dan malam)
  • Sapukan cream secara rata di kawasan kulit yang dijangkiti sehingga diserap sepenuhnya

4. Sumifun Eczema Cream Treatment Antifungal

Kalau korang ada mengalami masalah gatal-gatal kulit seperti kurap dan ruam, boleh try guna Sumifun Eczema Cream ini untuk menyelesaikan banyak masalah kulit korang

Krimi ini akan menyingkirkan bakteria dan fungus dengan berkesan dan cepat.

Mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi dan ia selamat, boleh digunakan untuk bayi.

Korang hanya perlu sapu krim ini pada permukaan gatal 2-3 kali sehari.

5. Ubat Gatal Cap Kaki Tiga Untuk Rawatan Anti Fungal

Cap Kaki Tiga anti fungal ini adalah krim yang diformulakan untuk menghapuskan jangkitan kulat dan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh kurap dan banyak lagi penyakit kulit

Cara Penggunaan :

  • Basuh dan keringkan kawasan yang dijangkiti.
  • Sapukan krim ini pada kawasan yang dijangkiti 2-3 kali sehari selama 2-3 minggu

6. Ubat Kurap Cap Pokok Kelapa

Ubat kurap ini dapat merawat masalah kulit gatal seperti panau kurap alergi dan lain lain

  • Cara penggunaan :
  • Hanya sapu pada bahagaian gatal tersebut dan biarkan sehingga kering.
  • Gunakana pada waktu pagi dan malam selepas mandi

7. Antifungal Aloe Vera Cream Tinea

Antifungal Aloe Vera Cream Tinea ini boleh digukan untuk merawat penyakit kulit seperti kurap mahupun ekzema.

Kelebihan krim ini adalah kerana ada aloe vera di dalamnya, yang membantu mempercepatkan proses kesembuhan.

Rasa gatal yang dialami dapat dikurangkan dengan menggunakan krim ini dan krim ini boleh mengurangkan keradangan yang dialami seawal tiga hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.