Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenis Minyak Pati Essential Oil Terbaik

0 378

Adakah korang penguna minyak pati Essential oil (EO)? Rata-rata penguna yang mengunakan Essential Oil ini menyatakan mereka memperoleh kehidupan yang lebih tenang, mempunyai tidur yang berkualiti serta badan lebih cergas.

Ini adalah kerana Minyak Pati(EO) ini dihasilkan daripada ekstrak bahan botani seperti bunga dan tumbuh – tumbuhan. Setiap minyak pati memiliki kebaikan yang berbeza-beza.

Berikut ialah 7 jenis aroma dan jenama Minyak Pati (EO) yang terbaik dan terkenal dikalangan pengemar atau pengguna Minyak Pati(EO)ini.

Essential Oli Terbaik.

1-Tanamera Essential Oil Lavender

Aroma Lavender yang nyaman ini dapat membantu dalam merawat migrain, sakit kepala dan kemurungan serta melegakan ketegangan saraf dan tekanan emosi.

Selain itu, minyak ini boleh dititiskan ke dalam krim muka dan juga shampoo korang bagi merawat jerawat dan rambut gugur.

Ia juga adalah salah satu bahan yang boleh dicampurkan di dalam penghalau serangga yang sangat berkesan dan mengurangkan kerengsaan yang disebabkan oleh gigitan serangga

Disamping itu, ia membantu dalam rawatan senak perut, sakit perut, kolik, perut kembung, muntah dan cirit-birit.

2- Plant Therapy Orange Sweet Essential Oil

Aroma oren segar dan wangi membantu untuk meningkatkan mood dan mewujudkan rasa tenang. Ianya juga dikenali sebagai “Happy oil”.

Apabila diffuse, ianya membantu melegakan rasa tegang dan sedih yang di alami.

Minyak Pati ini membantu menyokong dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

3- Claire Organics Rosemary Pure Essential Oil

Dihasilkan daripada ekstrak daun pokok Rosemary dan dapat  meningkatkan tenaga dan daya tumpuan ketika belajar.

Aromanya dapat menjadikan ruang udara/rumah korang semua rasa lebih bersih, nyaman dan segar.

Ianya sesuai untuk dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan deodorant atau penjagaan kulit.

4- Young Living Essential Oil Thieves

Minyak Thieves adalah gabungan beberapa minyak pati antaranya seperti kayu manis, bunga cengkih, kayu putih (Eucalyptus), lemon dan rosemary.

Minyak pati ni juga boleh bantu melawan jangkitan dan juga meningkatkan sistem imun badan.

Selain tu, ia dapat melegakan kesakitan, menyembuhkan luka kecil, meningkatkan mood kita, meningkatkan sistem imun badan (antibodi) dan memperbaiki sistem pernafasan kita.

5- Now Food Essential Oil Peppermint

Minyak Pati Pudina diekstrak daripada daun pudina dan digunakan untuk pelbagai tujuan.

Ia mempunyai aroma tajam yang sejuk dan menyegarkan.

Korang mungkin biasa merasa kesejukan di dalam mulut apabila makan atau minum yang terdapat peppermint ni.

Minyak Peppermint ni ada pelbagai kegunaan antaranya sebagai ubat untuk pelbagai keadaan termasuk:

  • Irritable Bowel Syndrome (IBS),
  • Loya
  • Masalah penghadaman
  • Selsema
  • Sakit kepala
  • Sebagai agen perasa dalam makanan dan ubatan
  • Sebagai wangian tambahan pada sabun dan produk kosmetik,
  • Sebagai ubat sapu untuk melegakan kegatalan kulit
  • Meredakan sakit otot.

6- Evoke Occu Cedarwood Essential Oil

Seperti namanya – minyak pati ni dihasilkan daripada kulit pokok Cedar.

Minyak pati Cedarwood terdapat di dalam beberapa produk harian seperti Cologne, Deodoran, syampu dan penghalau pepijat.

Minyak pati ini juga berpotensi merawat permasalah rambut seperti kelemumur dan keguguran rambut. Di mana, satu kajian telah dibuat kayu cedar dicampur dengan lavender dan rosemary ianya dapat membantu mengurangkan keguguran rambut bagi penghidap Alopecia Areata – keadaan rambut gugur yang biasa.

7- Claire Organics Frankincense Pure Essential Oil

Frankincense adalah antara minyak pati yang paling banyak digunakan.

Ini adalah kerana faedahnya sangat banyak dan ia telah digunakan secara meluas dalam budaya tradisional beribu-ribu tahun dahulu.

Ia sangat terkenal dengan kesannya yang dapat menaikkan semangat serta menyegarkan badan dan minda. Ianya juga mengalakkan anda untuk mendapat mood yang sihat.

Aromaterapi ada pelbagai manfaat kesihatan. Antaranya :

  • Membantu melegakan tekanan dan kebimbangan kronik(anxiety)
  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan
  • Anti-penuaan
  • Merawat jerawat, kulit kering
  • Mengurang kesan parut dan stretch mark
  • Meredakan masalah pernafasan seperti asma, bronkitis, selsema dan batuk
  • Meningkatkan imuniti
Leave A Reply

Your email address will not be published.