Take a fresh look at your lifestyle.

9 Pencuci Muka Terbaik Di Malaysia

0 9,296

Anda mahu kulit wajah anda sentiasa bersih dan cerah? Jangan gusar. Kini terdapat 9 pencuci muka terbaik mengikut jenis kulit anda.

Sebagai pengguna , langkah utama yang perlu anda lakukan ialah kenal pasti jenis kulit anda sebelum  memilih pencuci muka.

Anda perlu tahu fungsi  pencuci muka pada setiap kulit muka.

Pemilihan pencuci muka terbaik dapat membantu anda mendapatkan kulit wajah yang bersih, cantik  dan cerah.

Terdapat pelbagai pilihan pencuci muka dengan manfaat yang tersendiri.

9 jenis pencuci muka terbaik

1.  Safi Sari Gamat  & Habbatus Sauda Pembersih Muka Anti Jerawat

Diperkaya dengan khasiat semula jadi Gamat yang bertindak sebagai agen pemulihan yang efektif untuk mengawal jerawat dan menanggalkan minyak berlebihan pada kulit.

Habbatus sauda kaya dengan nutrien dan bahan antibakteria semula jadi menjadikan kulit lebih sihat.

Formulasi Anti-PM 2.5 melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran dan membersih dengan mendalam. Gunakan setiap hari untuk kulit yang bebas daripada kecelaan.

Sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat.

Kebaikan

  • Matikan bakteria pada wajah                                     
  • Menggunakan bahan semulajadi
  • Tidak  meninggalkan kesan sampingan.
  • Kulit bebas minyak dan jerawat

Kekurangan

  • Mengandungi bahan pewangi sintetik
  • Bersifat  non comedogenic

2.   Garnier Light Complete Foam

Garnier Light Complete Foam yang kaya dengan ekstrak lemon asli dapat membantu wanita yang mempunyai kulit wajah yang kusam.

Ia salah satu pencuci muka terbaik dan memang ramai yang menggunakannya. Ekstrak lemon sangat berkesan untuk mencerahkan tona kulit.

Pencuci muka Garnier Light Complete Foam ini mampu memulihkan kulit wajah yang kusam di samping menambah baik kompleksi kulit wajah anda.

Formulasi yang menyegarkan ini dapat memastikan anda tampak cerah berseri setiap hari.

Ekstrak lemon yang juga merupakan agen antioksida mampu melawan radikal bebas.

Dengan tekstur berbuihnya, pencuci muka ini mampu membersihkan liang pori secara mendalam dan lebih intensif sambil melembut kulit wajah anda.

Hasilnya, kulit anda tidak berminyak dan bebas jerawat.

Kebaikan

  • Pembersihan secara mendalam
  • Mencerahkan kulit secara intensif
  • Tekstur yang lembut dan berkrim

Kekurangan

  • Bau lemon  yang kuat
  • Tidak memudarkan bintik hitam

3.  Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash

Pencuci muka berformula herba ringan dari jenama Himalaya ini membersih kulit secara mendalam dan mengeluarkan kotoran serta minyak yang berlebihan.

Tidak seperti kebiasaan sabun pencuci muka, face wash bersifat foam ini terasa ringan di wajah dan menghindar kulit dari menjadi rapuh.

Diformulasi dari bahan antibakteria dan serbuk kunyit berfungsi menghalang penghasilan minyak berlebihan dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat.

Gunakan pencuci muka ini secara konsisten untuk kulit bebas minyak. 

Kebaikan

  • Matikan bakteria pada wajah                 
  • Penggunaan bahan semulajadi
  • Tiada kesan sampingan

Kekurangan

  • Bergantung kesesuaian kulit individu

4.   Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin

Produk dari Sebamed ini juga pencuci muka terbaik dan terkenal di kalangan pengguna yang memiliki kulit jenis kombinasi cenderung berminyak.

Ianya diperbuat daripada 100% bebas sabun dan alkali yang tidak akan membuatkan kulit menjadi rengsa. 

Tekstur yang lembut dan sangat efektif untuk pembersihan liang pori secara mendalam.

Pencuci muka ini juga dapat menghalang penghasilan sebum berlebihan yang akan membuatkan kulit tampak ‘oily’.

Dengan mengandungi Hamamelis Virginia dan Pro-Vitamin B5, ianya membantu kulit kekal hidrasi dan dapat menenangkan kulit meradang akibat sensitif.

Ianya juga memberi sensasi dingin pada kulit agar tidak tambah iritasi.

Elakkan berada di dalam keadaan stres kerana ianya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih teruk dan masalah jerawat juga akan terjadi. 

Kebaikan

  • Baik untuk kegunaan harian
  • Membersihkan liang pori
  • secara mendalam
  • Halang penghasilan sebum
    berlebihan

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk ‘fungal –acne’

5.    Pencuci Muka Terbaik – Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel

Pencuci muka ini sesuai untuk kulit sensitif atau mereka yang berkulit normal dan mencari pencuci muka basic yang ‘mild’ dan boleh digunakan untuk kegunaan harian.

Brand Simple adalah amat popular dengan formulasinya yang bebas daripada bahan kimia yang tidak elok untuk kulit seperti paraben.

Cleanser ini  100% bebas sabun  dan ia tidak menghasilkan banyak buih seperti cleanser yang lain.

Pencuci muka ini adalah amat lembut dan tidak menyebabkan kulit berasa tegang setelah cucian. Ia juga dapat menenangkan dan memberi kelembapan pada kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit berminyak.

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, tidak perlu ragu-ragu lagi, produk ini amat sesuai untuk anda.

Ia bukan sahaja membersihkan kulit wajah malah membuatkan kulit wajah lebih glowy.

Ia juga mengandungi B5 yang dapat melembapkan dan melembutkan kulit, serta vitamin E yang dapat melindungi kulit daripada pencemaran luar dan juga mengurangkan impak sinaran matahari pada kulit.   

Kebaikan

  • Tiada pewangi/pewarna tiruan
  • Bebas bahan kimia
  • Sesuai untukkulit sensitif dan berminyak
  • 100% bebas sabun

Kekurangan

  • Tak sesuai guna kerap kerana kulit mudah terasa tegang

6. Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser

Mengandungi kandungan vegan, Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser ialah pencuci harian dengan kandungan BHA yang bertindak sebagai eksfoliasi semulajadi!

Pembersih muka ini mengandungi tea tree oil untuk melegakan keradangan kulit.


Ia tidak mengeringkan, walaupun untuk kebanyakan jenis kulit kombinasi dan kering.

Pencuci berbuih ini berkesan untuk kedua-dua jenis kulit kering dan kulit berminyak. Di samping itu juga ia membantu untuk merawat jerawat.

Baca juga tentang toner terbaik di Malaysia di sini

Kebaikan

  • Bebas paraben
  • Bebas ujian daripada haiwan
  • Pewangi sederhana (aroma minyak pokok teh)
  • Berkesan untuk kulit jenis berminyak
  • Berbuih banyak
  • Membantu mengurangkan jerawat

Kekurangan

  • Tidak berkesan untuk menanggalkan solekan tebal
  • Mudah untuk tertumpah
  • Boleh memedihkan mata

7.  EVERSOFT Gingko & Yuzu Cleansing Foam – Pencuci Muka Terbaik

Pencuci muka dari Eversoft ini diperbuat daripada 100% bahan organik semulajadi yang tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi atau merengsa selepas memakainya.

Terbaik untuk kulit wajah yang bermasalah seperti sensitif dan kering, kulit anda akan kekal hidrasi serta tampil lembap sepanjang hari.

Bertekstur krim, ianya mampu melambatkan dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat.

Sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak, pencuci muka ini akan melakukan proses pembersihan secara mendalam agar kotoran dalam liang pori terhapus.

Dengan mengandungi ekstrak daun Gingko Biloba dan buah Yuzu, ianya dapat melawan bakteria dari radikal bebas serta melembutkan kulit bagi regenerasi lapisan kulit terbaru.

Lindungi cela pada kulit wajah anda dengan pencuci muka ini!

Kebaikan

  • Tekstur berkrim, sesuai untuk kulit berminyak
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Bau aroma yang harum

Kekurangan

  • Hanya terdapat  di drugstore sahaja.

8.   Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser

Kadang kala kulit berjerawat terhasil daripada minyak berlebihan hasil kulit kering, kusam dan tidak bermaya.

Pembersih muka buih berasaskan gliserin yang terbukti secara klinikal ini boleh menghilangkan kotoran, sebum, minyak dan sel-sel kulit mati sambil mengembalikan seri wajah anda.

Diformulasi dengan bahan anti-bakteria dan Natural Botanical Complex yang membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mencegahnya sambil menghidrat kulit.

Wajah anda akan menjadi lebih lembut, tenang dan kekal hidrasi sepanjang hari.

Bagi anda yang alami masalah kulit kering, pencuci muka ini adalah jawapan terbaik.

Ianya tidak akan mengeringkan kulit dan mengawal penghasilan minyak berlebihan pada wajah serta bebas kilau.

Bersifat non-comedogenic dan bebas minyak, pencuci muka ini sesuai untuk kulit normal dan kombinasi.

Kebaikan

  • Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi
  • Membersihkan liang pori yang tersumbat
  • Menghalang pertumbuhan jerawat dan minyak yang berlebihan

Kekurangan

  • Boleh mengeringkan kulit sedikit

9.   Argan Oil Creamy Cleanser  100% Pure

Argan Oil Creamy Cleanser daripada 100% Pure sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering pada wajah dan ingin memiliki kulit yang lembut.

Ia tidak berbuih dengan banyak tetapi tetap membersihkan dengan berkesan.

Tidak perlu menggunakan dengan banyak setiap kali penggunaan. Ia mempunyai tekstur berkrim, dan ia beraroma wangi (sitrus).

Kelebihan

  • Tidak mengandungi alkohol
  • Mudah diguna untuk menanggal make up
  • Bebas paraben

Kekurangan

  • Mengandungi bahan pewangi
  • Berkrim

Kesimpulannya pengguna harus peka dan tahu setiap fungsi pencuci muka.

Amatlah penting untuk mengetahui keadaan kulit wajah sendiri sebelum membeli produk pencuci muka.

Pemilihan pencuci muka yang betul dapat membantu menyelesaikan masalah kulit wajah.

Selamat memilih pencuci muka terbaik di Malaysia. Selamat mencuba

Leave A Reply

Your email address will not be published.