Cerek Elektrik Murah & Berkualiti – 7 Jenama Terbaik di Malaysia
Cerek elektrik atau Electric Kettle sudah tidak asing lagi di kalangan kita. Sangat- sangat membantu untuk mendapatkan air panas dengan cepat. Cerek elektrik hanya memerlukan beberapa minit untuk mendidih dan ia digunakan hampir setiap hari untuk menyediakan minuman panas seperti kopi, teh dan susu.
Walaupun zaman sekarang ini dah ada pelbagai mesin penapis air yang boleh mengeluarkan air panas, tetapi cerek elektrik tetap menjadi satu alat yang penting di rumah, pejabat, bilik, hotel dan sudah tentu asrama.
Selain dapat memberikan air yang lebih panas daripada mesin penapis air, ia juga dapat memberikan air panas dalam kuantiti yang banyak jika diperlukan.
Banyak jasanya cerek elektrik ini kepada pengguna terutamanya pelajar yang tinggal di asrama, kolej ataupun universiti.
Selain cepat mendidih, cerek elektrik juga berkeupayaan untuk mematikan prosesnya sendiri secara automatik ketika air yang dimasak sudah mencapai takat didih yang tertentu. Ciri-ciri ini menjadikan peralatan ini lebih selamat dan mudah digunakan.
Sama ada korang ingin menggantikan cerek lama atau menaik taraf cerek air dapur gas kepada elektrik, senarai di bawah ini pasti akan dapat membantu korang dalam membuat pilihan. Berikut adalah 6 jenis cerek elektrik dari pelbagai jenama yang terbaik dan terlaris di Malaysia..
1. Pensonic Jug Kettle PAB – 1704
Cerek elektrik ini sangat murah dan mampu dimiliki oleh semua golongan.
Ianya sesuai kepada korang yang mempunyai budget yang ciput dan juga pelajar-pelajar universiti/kolej yang masih lagi belum bekerja.
Mempunyai kapasiti sehingga 1.7 liter sesuai untuk kegunaan individual atau ahli keluarga yang kecil. Jagnya tidak bersambung dengan tapak maka lebih memudahkan korang untuk angkat dan tuang.
Pemanasnya diperbuat daripada keluli anti karat bagi menjamin keselamatan korang daripada minum air yang dicemari karat. Selain itu juga terdapat fungsi auto-off apabila air sudah cukup panas atau mendidih bertujuan mengurangkan pembaziran elektrik rumah korang.
2. KHIND EK-15V
Terdiri dari dua dinding yang bersifat vakum di mana dapat mengekalkan tenaga haba di dalam cerek buat masa yang lama.
Kelebihan vakum iaitu dapat mempercepatkan pendidihan air dan korang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Maka, korang kurangla membayar bil elektrik walaupun korang kerap memasak air.
Cerek elektrik ini juga mampu memanaskan sup atau mencairkan coklat tanpa menyebabkan tersumbat atau kerosakan pada cerek, maka menjadikannya sangat multifunction.
Permukaan luar dan dalam yang anti karat mengelakkannya daripada mudah rosak dan tahan lebih lasak.
3. Panasonic NC-SK1
Cerek Elektrik Panasonic NC-SK1 berbentuk jug.
Banyak cerek elektrik moden direka dengan cara ini untuk mudah mencurah, supaya wap yang naik dari muncung tidak melecurkan tangan korang apabila korang mencurahkan.
NC-SK1 mempunyai kapasiti 1.6 liter air dan mempunyai asas pirouette 360 darjah yang boleh dilepaskan, menjadikannya mudah digunakan sama ada korang tangan kanan atau tangan kiri.
Terdapat juga tingkat di kedua-dua belah cerek dengan penunjuk paras air, serta penapis terbina dalam yang memerangkap limescale dan zarah besar lain.
4. KENWOOD Glass Kettle ZJG112CL
Cerek kaca KENWOOD Glass Kettle ZJG112CL terdiri dari gelas yang lut sinar itu juga mempunyai fungsi di mana korang dapat melihat air tersebut mendidih dan menentukan paras yang sesuai.
Badannya diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti tinggi di mana mampu menahan suhu tinggi tanpa pecah dan lebih kuat apabila terhentak.
Reka bentuknya yang melengkung dan lut sinar menjadikannya lebih bersifat moden berbanding cerek elektrik lain.
Bagi memudahkan proses pembersihan, penapisnya yang boleh ditanggal. Reka bentuk cerek ini amat simple kerana tidak mempunyai kabel dan ia boleh digunakan oleh korang yang bertangan kidal jugak tanpa rasa janggal.
5. Pensonic PAK-25C
Cerek Elektrik Pensonic PAK-25C kelihatan sangat mirip dengan cerek dapur zaman kanak-kanak kita. Bila melihatkan bentuknya pasti korang akan langsung teringat cerek lama korang, membuatkan model ini selesa dan nostalgia.
Cerek elektrik ini mempunyai kapasiti besar 5 liter, yang bermaksud korang juga boleh mendidih air untuk jiran korang apabila tiba masanya untuk teh atau kopi.
Cerek elektrik keluli tahan karat ini mempunyai suis kuasa pemotongan automatik, elemen pemanasan keluli tahan karat yang cepat pemanasan dan binaan tahan lama yang akan bertahan selama bertahun-tahun.
6. Philips HD9351
Philips HD9351 Stainless steel electric jug kettle boleh medidih sehingga 1.7 liter sekaligus. Ia mempunyai badan keluli anti-karat membuatkan cerek ini tahan lasak.
Cerek ini mempunyai penapis mikro mesh yang bertujuan untuk menapis air daripada partikel kecil kapur di dalam air. Penapis ini juga boleh ditanggalkan dengan mudah untuk pembersihan.
Seperti cerek elektrik moden lain, model ini dilengkapi dengan ciri penutup automatik dengan perlindungan daripada terlalu panas atau mendidih kering.
7. Lebensstil Kollektion Pyramid Kettle LKAB-604BL
Cerek elektrik jenama LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle 1.7L LKAB-604BL ini mempunyai reka bentuk yang unik dengan kemasan bercirikan klasik moden.
Mempunyai reka bentuk dinding berganda, korang tidak akan rasa panas jika tersentuh badan cerek ketika air sedang mendidih.
Diperbuat daripada besi tahan karat dan kapasiti air untuk cerek ini boleh diisi mencecah sehingga 1.7 liter.
LEBENSSTIL Kollektion Pyramid Kettle 1.7L LKAB-604BL turut memiliki pemegang yang ergonomik, ideal untuk membuat minuman panas seperti kopi atau teh dengan lebih pantas tanpa mengotorkan dulang atau alas meja dengan percikan minuman berwarna.