Take a fresh look at your lifestyle.

8 Katil Bayi Terbaik yang Selamat dan Tahan Lasak.

0 1,286

Apabila si kecil korang sudah mula boleh bergerak seperti merangkak, bergolek atau bertatih, ia antara saat paling bahagia buat korang kan !. Ia menunjukkan si kecil korang melalui proses tumbesaran yang normal namun bermula detik itu juga korang perlu lebih peka dan berhati-hati terutama membabitkan aspek keselamatan mereka.

Oleh itu, bagi pemilihan katil bayi yang terbaik dan tahan lasak. Ketika korang membuat pilihan katil bayi atau mana-mana produk, korang perlulah menyemak butiran produk terlebih dahulu. Untuk katil, korang disarankan untuk menyemak rel keselamatan, jenis, bahan dan tilam.

Jadi kami sediakan senarai katil bayi yang terbaik untuk korang membuat pilihan. Jom lihat!

Katil Bayi Terbaik Untuk Si Comel

1. Anti Fall Baby Bed Fence Baby Bed Guard

Trend terkini, korang tidak lagi perlu membeli katil bayi. Korang boleh membeli Pagar penghadang katil untuk si manja korang.

Pagar penghadang katil ini dikategorikan dalam katil bayi kerana untuk keselesaan dan keselamatan si manja korang ketika tidur dengan korang.

Ketinggian pagar ini boleh di adjust mengikut umur si manja korang jadi korang tidak perlu risau bayi tergolek ke bawah katil ketika tidur.

Jadi, korang boleh tinggikan pagar katil mengikut ketinggian bayi korang dan pagar katil ini mempunyai 8 tahap adjust. Ketinggian pagar boleh mencapai sehingga 93cm dengan dan fabrik pagar boleh dibasuh jika perlu.

Korang juga boleh mengintai si manja dari jauh walaupun meninggalkan mereka bersendirian dalam katil.

Sekiranya korang lebih suka katil bayi mudah alih yang lebih besar, Mamakiddies Portable Baby Cot adalah pilihan yang tepat untuk si manja korang. Dengan panjang 103cm dan Lebar 67cm, ia sesuai untuk bayi baru lahir hingga 36 bulan atau berat maksimum 15kg.

Selain rekabentuknya yang boleh dilipat, pintu sampingnya boleh dipasang ke tempat tidur korang untuk membolehkan korang tidur di sebelah bayi. Selain itu, terdapat kelambu dan kanopi yang disediakan untuk keselesaa dan keselamatan si manja.

3. Baby Cot Bed (2 Size) Multifuction Wood Baby Rocking Crib

Baby Cot Bed (2 Size) Multifuction Wood Baby Rocking Crib mempunyai reka bentuk yang selesa dan sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga 3 tahun (dapat menampung berat sehingga 100 kg). Katil bayi ini menggunakan cat tanpa toksik sekali gus menjadikannya selamat untuk kegunaan si kecil yang suka menggigit.

Bukan itu sahaja, rel sisinya juga boleh ditarik ke bawah dan disambungkan ke katil korang untuk pemantauan dan penjagaan yang lebih dekat. 

4. MK Folding Bed Baby Cot (PT801-3/C968)

MK Folding Bed Baby Cot (PT801-3/C968) ialah sejenis katil bayi mudah alih yang mudah dilipat dan dibawa ke mana-mana. Ia direka untuk menyediakan persekitaran tidur yang selamat dan selesa untuk bayi korang.

Katil bayi nie diperbuat daripada bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan tilam yang lembut dan selesa. Ia mempunyai lapisan mesh di sisi untuk membolehkan peredaran udara dan untuk mengelakkan bayi korang daripada terperangkap atau lemas.

Katil bayi ini juga mempunyai kanopi yang boleh ditanggalkan yang memberikan naungan dan perlindungan daripada serangga. Katil Bayi Katil Lipat MK mudah disediakan dan boleh dilipat ke bawah dengan cepat untuk penyimpanan atau pengangkutan.

Ia sangat ringan dan padat, menjadikannya sesuai untuk perjalanan atau untuk digunakan dalam ruang yang kecil.

Adalah penting untuk korang ambil perhatian bahawa walaupun Katil Bayi Katil Lipat MK direka bentuk untuk keselamatan dan keselesaan untuk bayi korang, ia bukanlah pengganti penyeliaan yang betul.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah sentiasa memantau bayi korang semasa mereka tidur di katil, dan mengikut garis panduan tidur yang betul dan selamat untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

5. Baby Cradle Rocking Crib Wooden Newborn Baby

Pada korang yang lebih selesa menidurkan si manja korang di bahagian bawah, korang boleh pilih katil bayi jenis ini.

Katil bayi ini menggunakan cat tanpa toksik sekali gus menjadikannya ianya selamat dan tidak membahayakan untuk kegunaan si kecil yang suka menggigit dan menghisap.

Walaupun kayu dan bersaiz kecil tapi jenis kayu yang digunakan solid dan mampu menyokong bebanan.

Katil bayi ini didatangkan dengan saiz 90cm x 48cm x 41cmm, sesuai untuk bayi berusia 1 tahun dengan berat 6kg.

6. HugoBaby 3 In 1 Snooze Automatic Swing Baby Cot

Jika korang mencari baby cot pelbagai fungsi dengan harga yang lebih rendah, baby cot ini adalah pilihan yang tepat. Jika dilihat pada spesifikasinya, katil ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana terdapat mesin automatik untuk membuai bayi korang jadi korang tidak perlu membuai secara manual.

Terdapat juga alat kawalan jauh untuk mengawal sistem buaian antaranya, lagu, kelajuan buaian dan masa. Selain itu, baby cot ini juga boleh dibuka di bahagian penghadang supaya si ibu dapat baring bersama si manja walaupun berbeza katil.

7. Travel Cot Infant Baby Playpen Portable Baby Cot

Katil bayi ini adalah pilihan korang yang inginkan katil yang mempunyai fungsi tempat menukar lampin yang mudah diletak dan ditanggalkan dengan SecureClick toppers.

Bagi korang yang memerlukan tempat tukar lampin untuk memudahkan korang menyiapkan bayi korang selepas mandi tanpa perlu membongkok atau mencari tempat yang rata maka katil ini telah menyediakan fungsi itu lebih-lebih lagi jika ruang bilik korang yang terhad.

8. Baby Bed Portable Baby Cot Set Side Bed

Katil bayi mudah alih atau katil sisi ialah sejenis katil bayi yang boleh dialihkan dari satu bilik ke bilik lain atau dibawa bersama korang ketika korang travel. Ia direka untuk menyediakan ruang tidur yang selamat dan selesa untuk bayi korang.

Katil bayi mudah alih biasanya disertakan dengan tilam, dan sesetengah model mungkin mempunyai ciri tambahan seperti ketinggian boleh laras dan rel sisi boleh tanggal. Ia biasanya diperbuat daripada bahan ringan seperti aluminium atau plastik, dan mudah dipasang dan dibongkar.

Katil sisi ialah sejenis katil bayi mudah alih yang dilekatkan pada sisi katil ibu bapa, membolehkan bayi tidur berdekatan dengan ibu bapa sambil masih mempunyai ruang tidur selamat mereka sendiri.

Katil bayi jenis ini amat popular di kalangan ibu bapa yang mengamalkan tidur bersama, kerana ia membolehkan mereka mengawasi bayi mereka semasa mereka tidur.

Apabila memilih katil bayi mudah alih atau katil sisi, adalah penting untuk mengambil kira faktor seperti keselamatan, keselesaan, ketahanan dan kemudahan penggunaan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.