Take a fresh look at your lifestyle.

7 Mestrual Cup Terbaik di Malaysia

0 1,087

Yang mencari menstrual cup terbaik, korang kena baca post di bawah ini.

Tentunya korang tertanya-tanya apa itu menstrual cup. Jadi, menstrual cup adalah alat kesihatan yang bentuknya seperti corong yang dibuat dari silicon berbahan alami dan selamat untuk digunakan semasa haid.

Menstrual cup cukup terkenal kerana tidak mengandungi bahan kimia dan diperbuat dari medical grade silicone.

Para saintis juga mengungkapkan menstrual cup lebih baik berbanding tampon. Begitu juga dengan tuala wanita yang boleh menimbulkan iritasi serta bau tidak sedap.

Fungsinya alat ini hanya menadah atau menampung darah semasa haid.

Kini, menstrual cup sudah cukup banyak ada di pasaran. Kebanyakan menstrual cup punya dua ukuran berbeza.

Menurut Youngwomenshealth.org, cup dengan ukuran lebih besar disarankan untuk perempuan berusia di atas 30 tahun yang pernah melahirkan normal.

Jom kita lihat beberapa cadangan menstrual cup untuk si pemula di bawah ini!

Mestrual Cup Terbaik di Malaysia

1. Suci Cup Mestrual Cup

Dilancarkan pada 2020, Suci Mestrual Cup adalah berdaftar FDA dan dibuat di AS dengan 100% Medical Grade Silicone. Setiap pembelian cup disertakan dengan sarung kanvas, kotak silinder dan book mark.

Dilengkapi dengan batang pendek 7mm pada bahagian bawah bagi memudahkan korang untuk mengeluarkannya. 

Terdapat dalam dua saiz iaitu 25ml bagi korang yang belum melahirkan anak dan 40 ml bagi korang yang pernah melahirkan dan mempunyai aliran darah yang banyak.

Jangka hayat sehingga 10 tahun. Ia perlu digantikan jika bahan melekit, retak atau terdapat sebarang koyak yang kelihatan.

2. Allmatters Mestrual Cup

Sebelum ini dikenali dengan nama Organicup, produk ini memang selesa dipakai kerana diperbuat daripada 100% Medical Grade Silicone yang lembut.

Masalah gatal-gatal di faraj semasa kedatangan haid sering dilalui oleh wanita, perkara ini berlaku kerana berlaku jangkitan kuman, kulat atau ruam di bahagian intim.

Tapi dengan memakai menstrual cup ini korang tidak lagi mengalami masalah gatal-gatal, sebaliknya ia elok terletak dalam faraj dan juga tidak berlaku masalah kebocoran darah di seluar dalam korang.

Korang boleh melakukan aktiviti berenang dan bersukan dengan lebih selesa selepas ini sebab tak akan terasa seperti ada sesuatu dalam vagina korang.

Terdapat 3 pilihan saiz cup untuk gadis dan wanita di luar sana :-

Saiz mini untuk remaja
Saiz A untuk wanita yang belum melahirkan anak secara normal. 
Saiz B pula direka untuk wanita sedang turun darah nifas.

Kantung atau beg kecil untuk menyimpan menstrual cup turut tersedia bersama.

3. The Hive Hivette Mestrual Cup

The Hive Hivette Mestrual Cup oleh The Hive Bulk Foods diperbuat daripada silikon gred perubatan berdaftar FDA dari Jerman, manakala proses pengacuan dilakukan di China dan ujian makmal dijalankan di Kuala Lumpur.

Ia datang dalam dua warna iaitu hitam dan kuning, dan setiap pembelian termasuk sarung kalis air. Korang juga akan mendapat jaminan kepuasan/waranti selama 90 hari.

Ia terdapat dalam dua saiz iaitu 25ml untuk beginner dan 35ml pula sesuai bagi korang yang ada aliran darah yang banyak dan memiliki serviks yang lebih panjang.

Jika dijaga dengan betul, alat ini mampu bertahan sehingga 10 tahun. 

Bukan itu sahaja, produk ini turut direka dengan batang kecil bagi memudahkan korang untuk masuk dan keluarkan dari vagina. 

4. Blood Mestrual Cup

Bagi korang yang baru sahaja berjinak-jinak menggunakan menstrual cup sebagai ganti tuala wanita atau tampon. Kami sarankan agar korang untuk beli produk jenama Blood.

Ini kerana rekaan berbentuk V dan batang bulatnya akan memudahkan korang untuk pakai dan tanggalkannya.

Untuk setiap kali pemakaian, boleh menampung kapasiti 25ml darah kotor iaitu sekitar 4 kali tuala wanita. 

Cup yang berukuran 8cm (panjang), 4.49cm (diameter), ini sesuai untuk wanita Asia dan golongan yang mempunyai aliran darah sederhana dan sedikit.  

Tambahan pula, sangat mudah dibersihkan kerana selepas basuh dengan air, hanya perlu masukkan ke dalam kantung silikon yang berisi air sebelum dimasukkan ke dalam microwave selama 2 hingga 3 minit. 

Mampu bertahan hingga 10 tahun jika dijaga dengan baik.

5. Cherry Mestrual Cup

Walaupun harga menstrual cup ini agak mahal tapi selepas ini korang tak perlu berhabis duit lagi untuk beli tuala wanita kerana produk ini boleh digunakan semula selepas dibasuh. 

Cup ini mampu menampung darah kotor 3 kali lebih banyak berbanding tuala wanita. Oleh itu, tiada lagi kebocoran dan bau busuk yang akan korang alami.

Cherry Cup ialah syarikat tempatan yang menawarkan tiga saiz cup untuk memenuhi pelbagai jenis serviks.

Selepas ini, korang bebas untuk buat sebarang aktiviti lasak tanpa risau bocor. 

Bahagian rim ini sangat elastik dan ia senang terbuka dengan mudah apabila korang masukkan ke dalam vagina.

6. Playsur Mestrual Cup

Bagi korang yang mempunyai bajet terhad, kami sarankan agar korang mencuba Mestrual Cup jenama Playsur ini. Ini kerana korang boleh mendapatkan mestrual cup ini serendah RM50 sahaja.

Korang jangan risau, ia selamat digunakan kerana diperbuat daripada Medical Grade Silicone yang tiada toksik dan bebas daripada pewarna, peluntur dan BPA. 

Cup terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu merah jambu, ungu dan turquoise. Ia boleh dipakai sehingga 12 jam. Selain itu, terdapat 2 pilihan saiz untuk iaitu saiz L untuk aliran darah banyak dan saiz S untuk aliran darah biasa. 

Menariknya lagi, ia tidak menyebabkan masalah kekeringan dan pembiakan bakteria. 

7. MINI Buttercup Mestrual Cup

Memakai menstrual cup ini adalah pilihan masing-masing, tidak kira anak dara atau para isteri sekalipun boleh memakai menstrual cup ini.

Cuma korang perlu berani dan tidak takut untuk mencuba, dan paling penting ini adalah alternatif lain yang boleh korang gunakan selain memakai tuala wanita ataupun tampon. 

Untuk keselamatan tidak kira buat pertama kali ingin mencuba ataupun yang telah berpengalaman digalakkan mencari menstrual cup jenis gred perubatan (medical grade) agar diri lebih yakin dan selamat untuk menggunakan menstrual cup tersebut.

Bagi remaja perempuan yang baru pertama kali mencuba pakai menstrual cup, boleh cuba produk keluaran ButterCup yang bersaiz mini ini.

Bentuknya direka dengan cincin pada bahagian bawahnya agar mudah untuk korang keluarkannya nanti. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.