Take a fresh look at your lifestyle.

7 Kopi Sedap Dan Terbaik Di Malaysia

0 2,244

Trend kopi di Malaysia dah menjadi satu kebiasaan orang Malaysia.

Kebanyakan orang di Malaysia suka minum kopi termasuk budak-budak.

Ramai juga yang buka kedai cafe yang jual pelbagai kopi dari kopi tempatan sampai kopi international.

Tapi, tahu tak korang apa biji kopi sedap dan terbaik di Malaysia?

Apa biji kopi sedap untuk korang cuba selain daripada Nescafe?

Dalam artikel saya akan bongkarkan 7 kopi sedap dan terbaik di Malaysia untuk korang cuba bila nak beli serbuk kopi atau pergi kedai cafe.

Teruskan bacaan korang ye.

Kopi sedap dan terbaik

1. Kopi Putih

Siapa yang pernah minum kopi sedap ini?

Semua orang Malaysia minum kan?

Orang tua minum,orang dewasa minum,bapa-bapa kita minum, budak-budak. (minum ke?)

Kopi putih atau orang putih panggil ‘White Coffe’.

White Coffe adalah kopi sedap yang paling popular di Malaysia lagi-lagi orang yang duduk dekat Ipoh.

Warna kopi ini tak putih tapi cerah kat airnya berbanding kopi lain yang pernah korang minum. Rasa White Coffe memang manis dan tak rasa pahit sangat (sebab itu budak-budak suka minum kan?)

Cara biji White Coffe ini dimasak adalah dengan cara panggang menggunakan mesin sehingga warnanya jadi kekuningan coklat. Ada juga orang masak guna kuali biji kopi ini.

2. Arabica

“Orang Arab..balik Arab..”

“Bertemu lagi..”

Betul tak lagu saya ini?

Walaupun nama kopi ini Arab, tetapi biji kopi ini berasal dari Ethiopian.

Dekat mana tu?

Korang tanya.

Ethiopia betul-betul dekat sebelah barat Yaman. Kalau korang tinggal kat Yaman, cuba lah korang naik bot pergi sana.

Harga pure kopi sedap Arabica di sana lebih murah berbanding di Malaysia.

Rasanya kopi sedap Arabica memang nikmat dengan aroma baunnya dan kandung kafeinnya juga rendah berbanding kopi lain.

Kalau korang minum rasa lagi pahit, tambah susu full cream dan satu gula. Confirm korang ketagih nak minum lagi coffe ini.

3. Robusta

Jangan minum kopi Robusta kalau anda tak nak rasa pure kopi sedap.

Sebab bau aroma kopi Robusta kurang harum,kandungan kafein dia juga sangat tinggi kalau anda minum satu cawan pun, korang tak boleh tidur malam.

Kopi Robusta juga sesuai untuk korang campur dengan espereso atau kopi o ais americano.

Memang melekat kat lidah korang rasa kopi Robusta ini.

Kopi Robusta ini sesuai untuk korang yang kerja shift malam atau yang tak nak tidur malam pun boleh juga.

4. Liberica

Korang nak tahu asal usul kopi ini kat mana?

Senang jer, nama asal usul tempat ini pun Liberia, Afrika.

Rasa kopi Liberica macam rasa bunga-bunga,buah-buah dan aroma.

Tapi, kopi Liberica lagi sedap kalau korang campur dengan biji kopi yang lain.

Antara serbuk kopi yang ada di Malaysia guna biji Liberica ialah jenama Hang Tuah.

Jadi, jangan lupa support produk tempatan. Rasa international, harga lokal.

5. Luwak – kopi sedap

“What the fox say?..”

“Tididing.. ding.. ding .. what the fox say?”

Nak tahu apa kaitan lagu ini dengan kopi Luwak?

Sebenarnya, biji kopi Luwak sangat susah nak dibuat kerana perlukan musang.

Biji kopi Luwak perlu dimakan dan dicerna separuh oleh musang. Dicerna maksudnya musang itu perlu hisap biji ceri kopi.

Lepas habis musang cerna biji ceri kopi, jadilah kopi Luwak.

Geli kan?

Tapi, proses itu buatkan kopi Luwak ini mahal, berkualiti tinggi dan sangat ekslulif. Memang berbaloi kalau korang beli sekali sekala.

Rasa kopi Luwak cukup memikat dan rasa manis secukup rasa sahaja.

6. Excelsa

Wujud ke nama kopi Excelsa? Macam nama alien jer.

Memang wujud, biji kopi bernama Excelsa.

Rasa dia jangan cakap.

Rasa kopi Excelsa ini sangat melekat kat lidah korang, lama juga dia melekat. Dengan rasa buah-buahan sikit campur rasa kopi hitam sikit.

Wuh! Dahsyat kopi ini macam nama dia juga.

Rasanya memang rare dan lain macam sikit daripada senarai kopi lain.

Tapi, biasanya orang akan campur kopi ini dengan kopi lain.

Jangan lupa test kopi dengan campuran lain sekali-sekala. Punya lekat macam kita hisap lolipop berwarna.

7. Latte – kopi sedap

Kopi paling popular di dunia dan juga Malaysia.

Kenapa korang rasa kopi Latte ini popular?

Sebab kopi Latte paling senang nak buat.

Korang cuma perlu tuangkan susu full cream, susu panas atau susu kocak dan tambah apa-apa air kopi. Boom! Siap kopi Latte.

Perkataan Latte bermaksud ‘Kopi Susu’.

Kalau korang nak buat kopi Latte ala Eropah sikit, korang boleh campur air kopi yang saya senaraikan di atas.

Korang nak rasa macam mana kopi Latte, beli lah Nescafe Latte. Tapi, saya recommend korang buat sendiri sebab boleh costumize kopi Latte sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.