Take a fresh look at your lifestyle.

9 Sangkar Kucing Murah Bawah RM200

0 599

Ramai yang mencari-cari sangkar kucing murah untuk si bulu tersayang.

Nak beli yang terlalu mahal nanti over budget pula kan… tambah lagi makanan kucing pun mahal juga sekarang. Belum masuk pasir dengan mainan dia lagi kan.

Tapi demi si bulu tersayang, biasanya tuan dia sanggup ikat perut… yang penting si bulu sentiasa kenyang dan terjaga.

Bila ada sangkar ni, kucing akan lebih selamat dan selesa.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 9 sangkar kucing murah bawah RM200 yang korang boleh dapatkan untuk kucing kesayangan.

Teruskaan bacaan…

Sangkar Kucing Murah Dan Berbaloi

1. Saiz 2 Kaki

Sangkar kucing yang paling basic korang boleh beli.

Biasanya yang baru bermula nak bela kucing, mereka akan prefer sangkar seperti ini.

Saiz ukuran sangkar ini ialah 45 cm panjang x 33 cm lebar x 40cm tinggi.

Sangkar ini agak tinggi ke atas, so korang boleh letakkan platfom untuk kucing lepak.

Sangkar kucing ini hanya ada satu warna iaitu kelabu hammeton dan hitam.

Ada satu pintu sahaja.

2. Saiz 1.5 Kaki

Sangkar ini kecil dan sesuai untuk 2-5 ekor kucing bersaiz kecil sahaja.

Jika nak letak ibu yang baru beranak bersama anak-anaknya, boleh juga. Tapi bila anak-anak dah besar, kena beralih ke sangkar lain.

Ia turut ada saiz 46cm panjang x 30cm lebar x 38cm tinggi. Ia juga ada salutan besi tahan karat.

Ada 2 pintu iaitu di depan dan di atas.

3. Sangkar Besar Tiga Tingkat

Lagi besar sangkar kucing, lagi banyak kucing korang lebih letak. Kucing pun selesa sebab luas.

Bersama sangkar ni diberikan sekali 2 tangga dan 3 platform.

So kucing seronok sebab ada tempat nak lepak dan melompat-lompat.

Sangkar ini bersaiz 90cm(L) x 58cm(W) x128cm(H). Ia turut datang dengan tiga pintu utama untuk korang buka.

Sangkar memunyai roda, so mudah nak tarik ke sana ke sini.

4. 1 Tingkat 2 Kaki

Saiz sangkar ini ialah 24”(L) x 17″(W) x 20″(H) atau 61cm x 43.2cm x 50.8cm.

Material yang digunakan oleh sangkar ini ialah long lasting iron.

Sangkar ini turut ada 2 pintu iaitu 1 pintu depan dan 1 pintu belakang.

Tangga dan platfom turut diberikan.

5. 1 Tingkat Dua Pintu

Sangkar kucing berukuran 92cm(L) x 60cm(W) x 75cm(H).

Ia datang dalam warna kelabu hammeton,emas hammton dan red hammeton.

Kualiti sangkar ini ialah besi tempa tahan lama, penutup logam dengan Spray.

Sangkar kucing ini datang bersama tayar. Mudah nak alih nanti.

6. Sangkar Besar 4 Tingkat

Saiz kucing ini ialah 36″(L) x 23″(W) x 54″(H) atau 91.4cm(L) x 58.5cm(W) x 137cm(H).

Bahan yang digunakan ialah besi tahan lama.

Datang dengan 4 pelantar, 4 tangga, 1 dulang.

Sangkar ini mempunyai roda untuk mudah bergerak.

7. 3 Tingkat Dengan Platform Besar

Saiz sangkar kucing ini ialah 90cm(L) × 60cm(W) × 135cm(H).

Ada dalam warna silver hammerton.

Korang boleh pilih variasi sama ada tangga atau tanpa tangga.

Platform lebih luas untuk menyokong kucing yang lebih besar. Sangkar kucing ini turut ada 2 pintu depan dan 1 pintu sisi.

Diperbuat daripada besi tempa tahan lama.

Boleh muatkan sehingga 5 kucing.

Ia turut ada 4 roda dan dulang hitam besar disertakan.

8. 1.5 kaki

Sangkar kucing mempunyai warna hitam dan saiz berukuran 19″ x 13″ x 16″H / 50cm(L) x 33cm(W) x 40cm(H).

Ia juga turut ada variasi warna iaitu silver hammeton (tanpa pemegang) / hitam.

Sesuai untuk ibu kucing dan anak kucing.

Satu pintu sebelah, satu dulang plastik, boleh dilipat.

9. Saiz Besar 3 Tingkat

Sangkar kucing ini berukuran 90cm (L) x 60cm (W) x 132cm (H).

Dengan roda (sama ada putih atau hitam), 2 pintu hadapan, 4 tingkat (tingkat bawah, 1, 2 dan 3).

Banglo gergasi untuk keluarga si bulu korang.

Dulang boleh tanggal sepenuhnya untuk memudahkan pembersihan. Boleh dilipat apabila tidak digunakan untuk penyimpanan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.