Take a fresh look at your lifestyle.

9 Kunci Mangga Terbaik Dan Selamat Pilihan Ramai

0 5,034

Banyak kita dengar dan baca tentang kes kecurian atau pecah rumah kerana kelalaian diri sendiri dan ada juga kerana kunci mangga (padlock) yang kurang berkualiti.

Wajib untuk kita menjaga harta benda dari terdedah kepada risiko kecurian dan apa sahaja niat jahat.

Dalam usaha menjaga keselamatan ahli keluarga, penggunaan mangga perlu dipandang serius.

Di dalam artikel ini, saya akan senaraikan 10 kunci mangga terbaik pilihan ramai.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Kunci Mangga Terbaik

1. Tri-Cycle Heavy Duty Weatherproof Padlock

Mangga Tri-Cycle ini diperbuat daripada badan besi yang padu dan keluli yang dikeraskan dengan perlindungan krom.

Ia mempunyai peranti penguncian dua kali. Ia bertutup dengan  plastik untuk elakkan rosak daripada persekitaran yang teruk seperti hujan dan panas.

Badan Tri-Cycle ini berwarna hitam sepenuhnya untuk elakkan kunci mangga ini daripada berkarat.

Selain itu, ia mempunyai penutup getah yang bersambung dengan mangga untuk tujuan kalis air. Sesuai digunakan untuk keselamatan dalaman dan luaran serta  kilang dan rumah korang.

2. Little Fiz 50MM Matt Padlock

Mangga Litte Fiz ini diperbuat daripada Keluli Chrome, iaitu sejenis keluli gred industri yang tahan lama. Ia berukuran 50mm disalut dengan permukaan matt serta ia datang 3 kunci, incase korang tertinggal kunci kat rumah, korang boleh bawa kunci spare.

Selain untuk kunci rumah, mangga ini juga boleh digunakan untuk kunci peti keselamatan, kunci tayar motor, dan lain-lain.

3. Uodi Smart Padlock Lock Accurate Fingerprint Recognition – Kunci Mangga Terbaik dengan Fingerprint Unlock

Antara mangga yang tidak memerlukan kunci atau password untuk korang kunci dan buka mangga ini. Hanya perlu letak dan imbas jari pada mangga Uodi ini.

Kunci Uodi dengan cepatnya mengesan cap jari dengan 97.5% ketepatan .

Satu cas penuh mangga Uodi boleh berfungsi selama setahun. Tak perlu nak cas berulang kali seperti smartphone.

Seperti mangga lain, kunci Uodi juga tahan lasak apabila dipukul dengan tukul. Ia mempunyai lubang keluli tahan karat gred tinggi.

Besi kunci juga kalis lembapan untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan dapat mengesan atau mengimbas cap cari dengan kadar ketepatan yang tinggi.

4. Stelar Security Padlock 50MM

Kunci mangga Stelar ini tidak terlalu besar tetapi ia mempunyai kekuatan mengunci yang kuat.

Selain untuk kunci rumah, ia juga boleh digunakan untuk kunci zip bag semasa travel. Ini salah satu langkah keselamatan supaya zip tidak terbuka.

Set mangga Stelar datang dalam bungkusan kombo. Biasanya dalam 1 combo ada 2 mangga. Dan ada set anak kunci duplicate. So dah tak perlu nak duplicate kunci untuk simpan dah.

Saiz mangga Stelar ini ialah 5 cm.

5. Yale Essential Series Indoor Brass Standard Shackle 

Mangga Essential Brass Series menawarkan prestasi keselamatan asas.

Ia datang dengan saiz badan yang simple dan hanya satu pusingan kunci, korang dah boleh buka mangga ini.

Mangga Yale Essential Series mempunyai selak pengunci berganda anti-tarik, dan ia sesuai untuk korang kunci loker, kabinet, bagasi dan pintu masuk rumah korang.

6. Abus Titalium Padlock c/w 4 Keys – kunci Mangga Terbaik dari German

Badan mangga Abus Titalium diperbuat daripada aloi aluminium. Ia mampu memberikan keselamatan yang lebih tinggi walau ianya ringan.

Ia mengandungi keluli yang dikeraskan dengan penyaduran Nano Protect untuk elak mangga dari terhakis akibat cuaca buruk macam hujan.

Ia juga mempunyai silinder ketepatan 6-pin dengan alur kunci yang berbolted dua kali, perlu buat dua pusingan kunci untuk kunci sesuatu. Memang secure kan mangga ini?

Palam silinder Abus Titalium ini bersalut dengan krom untuk elakkan hakisan tambahan. Kepala kunci mangga ini berbentuk tulip besar supaya mudah untuk memudahkan penggunaannya.

7. Stelar BH60 Solid Brass Padlock 30mm

Satu lagi mangga daripada Stelar, cuma kali ia datang dalam saiz yang lebih kecil sesuai untuk kegunaan biasa seharian.

Mangga ini mendapat pengesahan ISO9002 iaitu lesen keselamatan standard yang dipakai di seluruh dunia .

Mangga Stelar BH60 ini antara yang berkualiti dari segi keselamatan dan ia juga tahan lama.

8. Blossom Padlock 63MM

Mangga Blossom ini mempunyai tuas pengunci berganda dan mampu tahan dari sebarang alat cungkilan seperti tukul, gerudi dan sebagainya.

Mangga Blossom ini turut mempunyau pin tumbler silinder untuk tujuan safety.

Mangga ini turut mempunyau potongan keluli keras yang tahan. Ia datang dengan 3 anak kunci. So tidak perlu cuplicate dah.

9. Decathlon Travel Padlock (Code) – Kunci Mangga Berkod yang Advance

Mangga Decathlon Travel Padlock sangat sesuai digunakan untuk mereka yang ingin travel.

Ia boleh dipasangkan pasa zip bag untuk elakkan ia terbuka atau dibuka dengan tujuan jahat oleh mereka yang tak bertanggungjawab.

Dengan mangga ni, korang perlu set kan 3 nombor sebagai pasword. Make sure gunakan nombor yang korang mudah ingat untuk elakkan kes terlupa password.

Leave A Reply

Your email address will not be published.