7 Minyak Wangi Lelaki Terbaik Pilihan Ramai
Minyak wangi adalah keperluan yang penting bagi lelaki dan perempuan.
Minyak wangi mampu meningkatkan kesegaran dan membangkitkan mood. Tanpa minyak wangi, korang mungkin berasa kurang yakin apabila berhadapan dan berbual dengan seseorang.
Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 minyak wangi lelaki terbaik pilihan ramai.
Nak tahu?
Teruskan bacaan korang..
Minyak Wangi Terbaik Untuk Lelaki
1. Calvein Klein CK Be Eau De Toilette
Tebal dalam warna hitam, minyak wangi lelaki daripada CK Be Eau de Toilette direka dengan slogan nya “Jadilah diri sendiri”.
Minyak wangi uniseks (lelaki dan perempuan pun boleh pakai) ini mempunyai bau yang sangat wangi menyegarkan.
Ramai yang suka dan setia dengan Calvin Klein ini kerana ia diperbuat daripada kasturi aromatik yang digabung dengan adunan ringkas herba, sitrus dan bunga. Kombinasi ini menerbitkan bau yang sangat selesa.
Wangian dari jenama ini sangat mudah tersebar sebab ia mengandungi ekstrak bergamot segar, buah juniper, dan lavender hangat.
Haruman dari minyak wangi ini boleh menaikkan semangat dan direka khas untuk mereka yang ingin tampil dengan konfiden dan penuh gaya.
2. Hugo Boss Boss Bottled EDT – Minyak wangi terbaik untuk lelaki
Hugo Boss Men’s Bottled Tonic EDT ialah minyak wangi lelaki yang sesuai untuk semua peringkat umur. Korang boleh sembur minyak wangi pada waktu pagi dan malam.
Minyak wangi lelaki Hugo Boss ini diperbuat daripada aksen sitrus yang kuat dengan sedikit halia maskulin, kayu manis dan cengkih dengan sedikit vetiver.
Gabungan khas ini membuatkan pemakai minyak wangi ini sentiasa menjadi perhatian kerana baunya yang sangat mewah.
Tidak hairanlah, Hugo Boss Men’s Bottled Tonic EDT adalah salah satu minyak wangi lelaki terlaris di Malaysia.
3. Ralph Lauren Polo Blue Eau De Parfum
Polo Blue Eau De Parfum adalah salah satu minyak wangi lelaki yang paling berbaloi untuk korang cuba.
Minyak wangi ini diperbuat daripada gabungan bergamot segar dan vetiver yang kaya dan boleh menerbitkan bau yang tersendiri.
Bukan sahaja mampu milik, malah ia juga tahan lama.
4. Paco Rabanne 1 Million Eau De Toilette
Minyak wangi lelaki yang mempunyai reka bentuk botol kaca yang menarik di Malaysia daripada Paco Rabanne ini.
Minyak wangi lelaki Def a one in a million adalah bau kejayaan.
Minyak wangi lelaki ini mempunyai adunan yang mengasyikkan. Melambangkan kuasa dan kesegaran yang berpanjangan.
5. Gatsby White Up EDT
Korang tengah cari minyak wangi lelaki yang bajet?
Korang boleh cuba daptkan siri Gatsby White Up EDT.
Minyak wangi lelaki Gatsby ini datang dalam tiga bauan berbeza iaitu blanc wood, platinum wave dan sky reflection yang direka untuk membuatkan korang segar sepanjang hari.
Sesuai untuk kasual dan kegunaan harian untuk lelaki yang inginkan wangian yang lembut.
Selain daripada minyak wangi lelaki ini, rangkaian produk penggayaan rambut Gatsby, seperti Pomade Supreme Hold dan Moving Rubber Air Rise Hair Wax, juga terkenal di kalangan lelaki.
6. Forment Cotton Hug – Minyak wangi dari Korea
Kepada korang yang ingin mencuba minyak wangi lelaki daripada Korea, korang boleh cubat dapakan Forment Cotton Hug.
Bagi peminat K-pop tidak asing dengan minyak wangi Korea yang paling laris ini.
Dikenal pasti sebagai salah satu daripada banyak minyak wangi yang digunakan oleh Jungkook BTS, bau Forment Cotton Hug dengan cepat menjadi kegemaran ramai ARMY.
Minyak wangi lelaki Forment ini diperbuat daripada oren, mawar dan melati yang dicampur dengan kayu cedar dan kasturi. Gabungannya menerbitkan bau manis dan meningkatkan daya tarikan seksi kepada siapa yang memakainya.
7. Acqua Di Gio – Minyak wangi inspirasi kesegaran
Minyak wangi lelaki ini diinspirasikan oleh percutian Giorgio Armani ke bandar pantai Pantallerie, minyak wangi ini dicipta dengan haruman kebebasan dan angin laut yang segar.
Minyak wangi lelaki ini menggabungkan manis dan masin air laut dengan nuansa aromatik rosemary dan buah sitrus.
Jadi kepada korang yang suka minyak wangi lelaki yang mempunyai bau tropika seperti pantai, ini adalah wangiannya.