Take a fresh look at your lifestyle.

8 Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu

415

Hadiah terbaik untuk hari ibu adalah, ingatan ikhlas dan selalu bersama ibu di waktu mereka memerlukan.

Setiap tahun kita menyambut Hari Ibu.

Bukan setakat disambut pada bulan Mei sahaja sewajarnya Hari Ibu diraikan setiap hari.

Hari Ibu disambut setiap tahun untuk kita  menghargai  pengorbanan dan jasa seorang ibu terhadap anaknya.

Sering kita melihat, bila tiba Hari Ibu, ibu akan menerima pelbagai bentuk hadiah dari anak-anaknya.

Anak –anak  membeli hadiah   sebagai  simbolik  untuk mereka menzahirkan rasa terima kasih dan tanda kasih sayang terhadap ibu mereka.

Demi  IBU tersayang terdapat 9 Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu untuk dikongsikan bersama dengan pembaca.

Jom kita tengok.

Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu

1- SET Buku 100 % MUSLIMAH

Set buku 100% Muslimah sesuai untuk hadiah untuk  para ibu yang minat  membaca.  

Set 100% Muslimah adalah sebuah set premium yang terdiri daripada 4 buah buku khusus buat muslimah.

Set ini memfokuskan kepada pembinaan jati diri muslimah yang sempurna lengkap semua aspek seperti intelektual, spiritual, dan juga aspek emosional pada zaman milenia ini

Sentuhan dan garapan istimewa daripada tokoh muslimah Malaysia, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan beberapa orang tokoh yang hebat.

Supplement kesihatan pun boleh dijadiakan hadiah terbaik untuk hari ibu juga. Refer di sini

2. Telekung Adiraleena

Sesuai untuk dijadikan hadiah terbaik untuk hari ibu untuk yang sukakan telekung simple, kemas dan tampak ekslusif. 

Ciri-ciri yang terdapat pada telekung  seperti berikut-

  • Material premium cotton yang berkualiti
  • Sejuk ringan dan selesa
  • Permukaan muka yang selesa dan flexible
  • Dihiasi sulaman lace
  • Di datangi bersama  Zip Compact Bag selaras  dengan konsep   “Ready – To – Solat

3. Sejadah Sandar Turki

Khas untuk ibu yang berusia dan mengalami masalah kesihatan , sejadah sandar ini sesuai untuk di hadiah kepada ibu tersayang.

Sejadah ini mesra pengguna kerana ia boleh ditukarkan kepada kerusi penyandar apabila selesai sholat .

Ciri-ciri yang terdapat pada sejadah sandar  seperti berikut-

  • Kain baldu yang berkualiti dan corak yang menarik.
  • Ketahanan sehingga 100kg
  • Boleh dilipat seperti bag

 4. Set Mandian dan Wangian Wanita

Khas buat ibu yang penat bekerja seharian , set mandian dan wangian wanita ini  dapat memberi kesegaran  badan selepas mandi.

Yang bestnya, bila pakai ni badan akan berbau harum.

Kulit badan akan terasa lembab dan lembut. Sesuai untuk semua jenis kulit.  

Set Wangian  ini juga  mampu  bertahan selama 8 jam. Berbaloi.

6. Set Pinggan Mangkuk Viral Vintage Embroidery Porcelain Style

Para ibu yang suka mengumpul  set pinggan mangkuk , hadiahkan ibu anda dengan Set Pinggan Mangkuk viral Vintage Embroidery Porcelain kepadanya. 

Pasti ibu anda suka dan teruja melihatnya.

Set pinggan mangkuk ini diperbuat daripada tanah liat seramik yang dijamin halal tanpa sebarang keraguan.

Boleh digunakan di microwave dan oven.

6. Jam Exclusive Lady Aysa

Jam tangan Exclusive  Lady Aysa direka khas  untuk muslimah  dan mempunyai ciri-ciri Islamik.  

Keistimewaan jam ini, ia boleh dipakai di seluruh dunia dan boleh isi koordinat jika tempat anda tiada dalam MAP.

 Selain itu jam ini turut memperingati waktu sholat dan mengetahui arah kiblat dengan betul.

7. Khind ARF3000 Air Fryer

Air fryer merupakan alatan dapur yang semakin popular di kalangan ibu-ibu pada  masa kini.

Ia sesuai dihadiahkan kepada ibu kerana ia menolong ibu menggoreng dengan pantas dan dapat menjimatkan masa ibu berada di dapur.

Di usia makin bertambah, penekanan terhadap penjagaan pemakanan perlu dititkberatkan.

Paparan Paparan digital boleh sentuh menampilkan  rekaan moden yang membuatkan ramai yang tertarik untuk memilikinya.

Air Fryer Khind menggunakan bekas masakan jenis  stainless steel yang tahan karat. Ia menepati piawaian  keselamatan makanan.

8. Jambangan Duit – Hadiah Terbaik Untuk Hari Ibu

Sering  kita melihat orang menghadiah ibu dengan jambangan bunga.

Kali ini kita tukar selera dengan memberi jambangan duit sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan kepada ibu yang tercinta.

Mesti  ibu berasa  gembira dan berbesar hati mendapat hadiah jambangan duit  dari anaknya.    

Itulah dia antara idea yang boleh diberikan sempena Hari Ibu.

Ada banyak lagi hadiah terbaik untuk hari ibu.  

Pilihlah hadiah mengikut kemampuan diri serta dapat memberi kegembiraan pada ibu kita.

Hadiah tidak semestinya berbentuk material , ucapan lisan juga boleh dianggap hadiah. Kedua-duanya amat bermakna kepada ibu.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.