Take a fresh look at your lifestyle.

Printer Terbaik Di Malaysia

0 336

Senarai Printer terbaik yang ada di Malaysia.

Secara umumnya printer dikenali sebagai alat elektronik untuk mencetak dokumen atau gambar.

Selaras dengan perkembangan teknologi di zaman sekarang ini, printer menjadi salah satu alat yang penting  untuk dimiliki bagi setiap orang yang bekerja di pejabat  ataupun yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi.

Tidak dapat dinafikan, musim pandemic covid 19 pembelian printer   semakin meningkat.

Ia menjadi keperluan utama bagi mereka yang terpaksa membuat kerja pejabat atau sekolah di rumah.

Bagi memudahkan pembelian printer, disenaraikan 5 printer terbaik sebagai bahan rujukan untuk anda terutama di kalangan guru dan murid.

5 Printer Terbaik

1. Brother DCP T420W

Printer model Brother  DCP T420W mampu mencetak selaju 16/9 ipm dan berupaya mencetak dalam kuantiti yang banyak.

Mempunyai kekuatan mencetak skala besar iaitu 7,500 helaian untuk percetakan hitam putih dan  5,000 untuk percetakan bewarna . Perlu dingatkan  selepas selesai percetakkan ia perlu menukar print heads.

Printer ini menggunakan  jenis dakwat Ink Ultra High Yield dimana ia berupaya tahan lama.

Bekas dakwat dalam bekas transparent  memudahkan anda membuat pemantauan kandungan dakwat  dalam bekas tersebut.  

Anda tidak perlu risau kerana cara pengisian  dakwat sangat senang. Ia direka  user-friendly bagi menghindarkan dakwat  tertumpah.

 Kelebihan printer ini, ia boleh mencetak tanpa wayar. Ia menggunakan sambungan wifi untuk mencetak.

Dengan kata lain,  printer ini boleh mencetak menerusi sambungan dari telefon pintar.

2.Canon Pixma MG3070S

Printer Canon Pixma MG3070S Wireless 3-in-1 Color Inkjet Printer dikenali sebagai printer multifungsi.

Ia boleh mengimbas, mencetak, faks  serta menyalin dokumen.

Printer Canon ini direka  untuk mudah dikendali dan mampu mencetak sehingga 80 helaian kertas dalam satu masa. 

Ia  mempunyai sistem cloud link untuk membolehkan ia mencetak daripada telefon dan komputer secara wireless

Harganya berpatutan dan  mampu dimiliki  untuk semua golongan.

3.Epson L3110

Printer  Epson L3110 berfungsi untuk mengimbas, mencetak dan menyalin dokumen.

Berkemampuan mencetak dengan jumlah  yang banyak  dengan kelajuan 9.2ipm bagi cetakan hitam dan putih. Jadi ia sangat sesuai dan terkenal di kalangan guru-guru.

Rekaan  Printer Epson L3110 EcoTank berbentuk L, memudahkan pengguna mengisi dakwat .

Para guru  amat menyenangi printer Epson  kerana 1 botol ink hitam putih boleh mencetak sebanyak 4,500 kertas sekaligus . Sudah pasti ia dapat menjimatkan masa kerja para guru dan merupakan salah satu printer terbaik.

4.HP DeskJet 2336

Printer HP DeskJet 2336  mempunyai pelbagai fungsi seperti mencetak, mengimbas dokumen dan menyalin.  Pasti anda tidak rugi membelinya.

Ia  boleh disambungkan melalui wifil.  Mempunyai  kelajuan cetakan di tahap 6 cpm (hitam) dan 3 cpm (berwarna). 

Cetakan yang dihasilkan amat memuaskan dengan 600 x 300 dpi samada  cetakan bertulis, gambar mahupun  berwarna. 

Printer ini juga berupaya mencetak sehingga 1000 helai kertas bersaiz A4 . 

Ia juga boleh disambungan dengan computer riba  yang mempunyai  Windows 10 ke atas saja.

5. Pantum M6506N A4 Mono Multifunction Laser Printer – Printer Terbaik

Baca juga tentang smartphone terbaik di Malaysia di sini

Pantum M6506N A4 Mono Multifunction Laser Printer  merupakan printer yang mempunyai kelajuan yang sangat laju.

Anda tidak perlu menunggu lama kerana ia mampu mencetak dengan kelajuan di sekitar tiga kali ganda berbanding dengan printer jenis biasa.

Ia menggunakan teknologi laser printing  di mana anda tidak perlu menunggu dakwat kering.  Pasti ia menjimatkan masa anda.

Printer Laser ini  adalah salah satu pilihan printer terbaik  dan amat sesuai untuk mereka yang bekerja di pejabat. 

Ia  mampu  mencetak kertas tebal dan nipis bersaiz A4, ISO B5, sampul surat dan pelbagai lagi. 

Di samping itu juga ia boleh mencetak dokumen atau gambar dengan menggunakan sambungan wifi.  Kepada pengguna  printer ini anda boleh juga mencetak gambar atau file melalui telefon pintar. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.