Ubat Batuk Terbaik – Boleh Beli Di Farmasi
Ubat batuk terbaik memang dicari bila gejala batuk melanda.
Batuk merupakan gejala yang sering dialami semua orang. Ianya terjadi tanpa mengira kira bangsa, usia mahupun jantina,
Bila batuk, kita jadi tak selesa kerana ia menganggu sistem pernafsan dan menganggu kehidupan seharian.
Batuk yang biasa – Batuk bukanlah satu masalah yang serius. Ianya boleh dirawat dengan sendiri.
Kebiasaannya, kita hanya cari ubat di klinik atau nak lagi cepat beli di farmasi sahaja.
Pengambilan ubat batuk dapat membantu menangani masalah batuk di peringkat awal. Merawat batuk di peringkat awal adalah satu tindakan yang bijak. Cegah sebelum parah.
Di bawah ni disenaraikan antara ubat batuk terbaik yang boleh diambil jika batuk menyerang. Ia mudah diperolehi dan harganya berpatutan serta mampu beli oleh semua orang.
Namun begitu perlu diingatkan setiap pembelian ubat batuk perlu dirujuk kepada ahli farmasi terlebih dahulu.
Baca juga Vitamin C yang terbaik untuk kanak-kanak di musim pandemik
6 Jenis Ubat Batu Terbaik Di Pasaran
WOODS’ PEPPERMENT COUGH SYRUP
Woods Peppermint Cough Syrup kerap digunakan untuk merawat dan memberi kelegaan sakit tekak dan batuk.
Ia mengandungi bahan guaiphenesin yang aktif, bertindak melawan lendir tebal dan memecahkan struktur kahak bagi memudahkan pengeluaran kahak.
UBAT BATUK CAP IBU DAN ANAK
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak salah satu ubat batuk terbaik yang memang dikenali dan disukai orang ramai.
Bagi mereka yang tidak suka bau ubat , ubat batuk cap ibu dan anak amat sesuai bagi mereka mencubanya.
Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dirumus khas dengan kebaikan madu, 14 herba semula jadi dan Chuan Bei untuk mengurangkan kahak, melegakan tekak dan meredakan batuk.
Untuk tindakan yang cepat melegakan, simpan ubat batuk ini dalam peti sejuk dan minum masa sejuk. Boleh juga dikacau dalam air sejuk dan diminum.
Pastikan simpan dalam peti sejuk selepas buka,untuk elakkan semut.
STREPSILS
Strepsils Honey & Lemon Lozenges mempunyai pelbagai perisa dan amat digemari orang ramai samada orang dewasa atau kanak-kanak.
Hanya kemam di dalam mulut bila perlu.
Lozenges ini mengandungi madu dan lemon yang memang terkenal mampu merawat masalah batuk dan melegakan sakit tekak.
Sangat sesuai di bawa ke mana-mana dan terus di makan bila rasa gatal tekak atau mula batuk-batuk.
Senang didapati di farmasi dan juga kedai runcit.
AFRICAN SEA- COCONUT
African Sea-Coconut atau lebih dikenali ubat batuk cap kelapa laut diperbuat daripada ubat-ubat terpenting.
Ia mampu melegakan batuk dan mencairkan kahak.
Ubat batuk ini dirumuskan untuk disimpan di dalam setiap rumah dan digunakan bila diperlukan.
Berperisa pudina dan manis bila diminum.
BREACOL – Ubat batuk terbaik
Ubat batuk Breacol sesuai untuk orang dewasa.
Ia mampu mencair dan mengeluarkan kahak. Ia juga berupaya meredakan gangguan dan rasa perit di kerongkong. Di samping itu ia dapat melegakan batuk.
Rasa berangin membantu melegakan batuk dengan cepat.
BETADINE
Antara ubat kumur yang popular yang sering digunakan bagi merawat masalah sakit tekak ialah Betadine Gargle & Mouth Wash.
Ia membantu sakit tekak dengan cepat. Berkumur selama 30 saat dapat membunuh kuman dalam mulut dan tekak.
Ia juga dapat merawat jangkitan kecil pada mulut dan dalam tekak. Mengandungi bahan aktif povidone – iodine 1% w/v
Masa musim pandemik Betadine sangat dapat sambutan di website ecomm di luar negara iaitu eBay. Dijual oleh orang Malaysia.
Cara jual ubat batuk ke luar negara dengan untung berganda boleh refer di sini