Take a fresh look at your lifestyle.

5 Jenama Tilam Terbaik Di Malaysia

0 491

Tidur dengan selesa pada waktu malam sangat penting untuk tubuh badan dan otak kita.

Kalau kita tidak dapat tidur dengan selesa enam ke lapan jam sehari, kita boleh berasa letih pada esok harinya.

Bagi pelajar, tidur yang tak cukup boleh melemahkan otak untuk ingat sesuatu dan belajar sesuatu baru.Begitu juga pada orang dewasa dan warga emas.

Jadi, di dalam artikel ini saya akan senaraikan jenama tilam terbaik di Malaysia yang korang boleh beli dengan harga lokal.

Nak tahu apa jenama tilam tersebut?

Teruskan bacaan ye.

1. Getha – Jenama tilam terbaik

Jenama paling popular di dunia dan juga Malaysia.

Kebanyakkan bahan yang digunakan untuk buat tilam ini buat menggunakan bahan latex foam.

Latex foam ini apa benda?

Latex foam ini adalah getah semulajadi. Apabila anda tidur, anda akan rasa kurang panas lagi-lagi negara kita yang selalu panas sepanjang tahun.

Sumber bahan Latex yang digunakan oleh Getha berasal dari Malaysia.

Kenapa Malaysia?

Sebab Malaysia mempunyai latex yang bertaraf dunia.

Sebab itu juga tilam jenama Getha sangat murah di Malaysia berbanding negara lain.

Wah!B angga kita jadi rakyat Malaysia.

2. Kingkoil

King Koll selalu hasilkan tilam berkualiti dan selesa yang bernilai tinggi.

Spring tilam King Koil juga sangat selesa berbanding tilam spring yang lain lagi-lagi korang yang pernah tidur kat hostel dulu masa zaman belajar.

Memang menyirap katil macam tu kan?

Tapi, King Koil lain. Spring dia memang lembut jadi bila korang tidur jer lena jer.

King Koil juga bukan saja hasilkan tilam, mereka juga turut buat sofa,s elimut dan bantal.

Katil King Koil datang dalam tiga bentuk saiz iaitu king size, queen saiz. Dan akhir sekali, single saiz.

3. Goodnite

Jenama tilam yang dah lama ada di Malaysia. Mungkin tilam yang korang pakai tentu ada jenama ini.

Jenama Goodnite ada reputasi yang baik, berkualit dan berinovatif serta harganya juga mampu milik.

Kebanyakkan tilam jenama Goodnite menggunakan bahan Foam.

Ada juga katil jenama Goodnite menggunakan bahan yang unik iaitu natural coconut fiber dengan latex.

Padu! Campuran bahan tilam Goodnite kan?

Dengan natural coconut fiber, potensi untuk korang tidur awal lagi cepat kalau korang jenis susah nak tidur awal.

Goodnite ada buat pelbagai saiz tilam seperti single size, queen size dan king size. Dan banyak lagi akan menyusul nanti.

4. Natura

Jenama Natura berasal dari Sepanyol.

Natura bermaksud semulajadi.

Jadi,mesti jenama Natura guna bahan semulajadi untuk buat tilam mereka.

Anda rasa?

Tilam jenama Natura ada fungsi Motion Transfer Resistance.Maksudnya,kalau korang jenis tidur suka bergerak ke sana ke sini (macam pernah dengar rap ni?),spring katil ini akan tolong posisi kan semula badan korang.

Selain itu,Natura juga ada buat bantal,bantal leher dan bantal peluk untuk korang tidur lagi lena.

5. Coway

Sejak kebelangkan ini, Coway dah luaskan pasaran. Sekarang, sudah ada tilam.

Tilam Coway jangan cakap, dia punya lembut macam ada penapis air.

Eh silap! Macam ada gel air, Memory Foam dan beberapa lagi lapisan lain.

Apabila anda tidur di atas tilam Coway, anda akan rasa tilam betul-betul lembut macam air cuma korang tak rasa basah.

Experience anda tidur atas tilam ini macam anda tidur kat tilam rumah orang have-have.

Tilam Coway buat masa ini hanya ada dua saiz iaitu king size dan queen size.

Kesimpulan

Sebelum korang nak beli mana-mana jenama tilam di atas, pastikan korang tahu korang nak jenis tilam macam mana.

Pastikan korang tahu bahan yang digunakan untuk buat tilam tersebut.

Di bawah senarai bahan-bahan yang mungkin ada pada sesebuah tilam:

  • Memory Foam
  • Gel
  • Pillow tops
  • Innerspring
  • Water bed
  • Air bed
  • Latex

Saya sarankan korang cari tilam yang mempunyai 2 atau 3 kombinasi bahan di atas supaya pengalaman nak dapat tidur lena dan selasa lagi mudah.

Jangan risau jenama katil yang saya senaraikan di atas dah ada kombinasi bahan ini, korang cuma perlu rujuk semula artikel ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.