Take a fresh look at your lifestyle.

Vacuum Terbaik Di Malaysia – 7 Jenama Ramai Guna

0 5

Zaman sekarang, vacuum merupakan alat wajib ada di rumah kita. Semua orang nak pilih vacuum terbaik untuk kegunaan harian.

Sekali lalu sahaja, habis sedut segala habuk dan kotoran. Yang penting tak memenatkan seperti pakai penyapu.

Lagipun sekarang semua nak cepat, dengan vacuum, kerja kita jadi lebih mudah lagi-lagi suri rumah.

Dalam artikel ini, saya senaraikan 7 vacuum terbaik di Malaysia yang boleh korang beli dan guna.

Nak tahu apa vacuum itu?

Teruskan bacaan korang!

Vacuum Terbaik

1. Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner – vacuum terbaik

Realme merupakan jenama cukup terkenal. Bukan sahaja mereka jual telefon, malah mereka juga telah luaskan pasaran dari telefon ke kelengkapan rumah.

Harga produk Realme juga kebanyakkan mampu milik.

Sebab realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner dianggap vacuum terbaik kerana ia didatangi dengan dua mode iaitu Soft Cleaning Mode dan Strong Cleaning Mode. Ia juga wireless, korang cuma perlu cas dan terus boleh guna.

Soft Cleaning sesuai untuk korang yang nak bersihkan habuk yang ada di lantai.

Strong Cleaning Mode sesuai untuk korang  bersihkan habuk di syiling dinding atau tempat tinggi yang berhabuk.

Salah satu fungsi terbaik Realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner ialah Low-Noise Operation. Maksudnya, vacum ini kurang bising apabila korang guna.

Berat realme TechLife Handheld Vacuum Cleaner cuma 1.34 kg sahaja. Jadi, korang pegang lama-lama pun masih tak letih.

Yang paling best, Realme juga kerap membuat promosi harga durian runtah di laman web Lazada dan Shopee mereka.

2. Shimono Cyclone Rocket Vacuum Cleaner

Vacum masih harga mampu milik yang boleh dibeli.

Shimono Cyclone Rocket Vacuum Cleaner mempunyai wayar. Di mana agak leceh sikit kalau korang nak bersihkan habuk kat rumah, tapi masih boleh guna.

Versi model baru Vacuum Shimono, mereka turut bagi accessories yang lebih berbanding model dulu. Jadi, tak perlu keluar duit lagi.

Vacuum ini juga ringan, tak letih untuk anda pegang kat tangan lama-lama. Satu masalah yang boleh korang menyirap dengan vacuum ini ialah cepat panas walau baru guna setengah jam.

Jadi, masa vacuum ini tengah panas, korang boleh minum dulu teh sambil rehatkan tangan.

3. Panasonic HEPA Filter Advanced Megacyclone Vacuum Cleaner – vacuum terbaik

Vacuum dari Jepun.

Vacuum Panasonic HEPA Filter Advanced Megacyclone Vacuum Cleaner ada fungsi best iaitu dust sensor, mattress nozzle, dan full capture nozzle.

Apa sebenarnya fungsi ini?

Fungsi Dust Sensor diguna untuk mengesan habuk yang masih tersorok lagi jika korang gunakan untuk vacuum katil. Dia akan keluar lampu merah dekat bahagian sensor.

Manakala, fungsi Mattress Nozzle adalah span special untuk korang bersihkan tilam. Sedut habis semua habuk dan kuman yang ada kat katil korang.

Fungsi akhir sekali adalah Full Capture Nozzle. Kalau korang rasa susah nak bersihkan habuk yang ada kat celah-celah dinding, gunalah fungsi ini. Confirm hilang.

3 fungsi ini buat Vacuum Panasonic terbaik. Berbaloi untuk korang beli.

4.Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner

Vacuum agar bising sikit sebab kuasa sedut habuk yang kuat untuk korang bersihkan kawasan berhabuk yang luas.

Vacuum Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner ada beberapa mode untuk beberapa jenis lantai dan habuk yang boleh korang pilih.

Selain itu, vacum Philips PowerPro Compact Bagless Vacuum Cleaner ada fungsi Active Lock Coupplings. Tak masa anda nak vacuum tertanggal, kan leceh kalau penyedut dia tertanggal.

Ada fungsi berus boleh diubah. Senang kerja korang kalau korang nak bersihkan syiling, cuma tarik dan terus jadi lagi panjang.

Korang jangan risau walapun saiz dia nampak besar, ia tetap ringan dan mudah dibawa.

5. Sharp Bagless Vacuum Cleaner

Vacuum Sharp paling senang dan ringan yang boleh korang beli.

Bunyi vacuum Sharp Bagless Vacuum Cleaner agak rendah. Jadi, tak adalah korang rasa sakit kepala sampai rasa nak pijik vacuum ni.

Vacuum Sharp Bagless Vacuum Cleaner juga sesuai untuk korang yang nak bersihkan bahagian dalam kereta. Jimat duit, bersih kenderaan tanpa pergi carwash lagi.

Berus penyeduk juga turut tercantum dengan beg vacuum Sharp Bagless Vacuum Cleaner. Tak perlu nak kena pasang dan tanggalkan lagi.

Vacuum ini urut ada beberapa fungsi mode jenis penyedutan yang korang boleh pilih.

6. Samsung

Ini mungkin vacuum pilihan jika korang ada plan nak beli vacuum.

Reputasi jenama Samsung memang hebat di seluruh dunia dan Malaysia. Apa-apa pun produk keluaran Samsung, biasanya mahal dan berbaloi dibeli.

Cuma di sini, saya tunjukkan model vacuum yang mampu milik iaitu Samsung bagless with twin chamber system vacuum cleaner-1800W.

Agak unik sikit rekaan Vacuum ini.

Ada fungsi dua ruangan debuk dibahagikan supaya korang boleh bersihkan lagi banyak habuk.

Tempat simpanan ruangan debu dia memang besar, 1.3 liter macam besar botol air spritzer.

Turut ada penapis HEPA Filter untuk perangkap kuman dan habuk yang kecil.

7. Dyson V8 Slim Fluffy

Vacuum terbaik dan paling mahal dalam senarai ini.

Vacuum ini wireless dan boleh dicas. Bateri dia tahan selama 40 minit.

Berus penyedut rata dan tak bergerak ke sana ke sini (macam pernah dengar lagu ni..heheh)  jadi senang korang nak bersihkan tempat yang luas. Ia dipanggil Slim Fluffy Cleaner Head.

Kuasa penyedutan ialah 110,000 rpm. Kalau korang vacuum habuk di tempat sempit, hilang dalam seklip mata macam magic.

Walaupun dia punya kuasa penyedutan sangat kuat, jangan risau bila korang guna, bunyi tak lah bising sangat.

Vacuum ini turut ada light pipe creative tool. Paip tambahan untuk korang vacuum habuk yang tersembunyi.

Vacuum Dyson V8 Slim Fluffy ada dua mode iaitu Powerful suction mode dan max mode.

Saya cadangkan korang guna Max mode supaya betul-betul bersih tempat korang nak bersihkan.

Kesimpulan

Saya harap artikel ini boleh membantu korang untuk pilih vacuum yang sesuai untuk korang beli.

Beli mengikut bajet korang.

Saranan saya vacuum terbaik yang boleh korang beli dalam senarai di atas ialah Panasonic HEPA Filter Advanced Megacyclone Vacuum Cleaner sebab korang dapat fungsi yang unik yang tak ada vacuum lain.

Semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.