Take a fresh look at your lifestyle.

5 Pewangi Tandas Tahan Lama Pilihan Suri Rumah

0 3,576

Menurut Dr Rizal Bakar, bau busuk dan hancing yang ada di tandas boleh merosakan sel-sel otak dan mood korang.

Sebab itu korang perlu pewangi untuk tandas bagi elakkan masalah tersebut.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 pewangi untuk tandas tandas tahan lama pilihan suri rumah yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang.. 

Pewangi tandas tahan lama

1. Glade Touch & Fresh Lavender Primary – Pewangi tandas

Glade Touch & Fresh memberikan jaminan peningkatan kesegaran segera pada bila-bila masa korang perlukan.  Hanya tekan untuk mengaktifkan semburan halus dan cepat mengisi bilik mandi dengan wangian.  

Saiz Glade mudah diletakkan di mana-mana dan bentuknya juga menarik. Haruman dari Glade memberikan korang keyakinan dengan semburan yang menyegarkan.

Pewangi Glade menggunakan formula pekat berkuasa. Dengan 10 kali lebih wangian dan 8 kali lebih pekat kesegaran semburan halus.

2. Ambi Pur Bathroom Fresh – Pewangi tandas

Pewangi tahan lama untuk tandas keluaran Ambi Pur ini mampu menghilangkan bau busuk atau hancing dalam tandas rumah korang.

Datang dalam beberapa pilihan perisi menarik seperti Zesty Lemon, Refreshing Apple dan lain-lain. Sesuai diletakkan di dalam tandas yang tidak mempunyai tingkat.

Selain itu, ia memiliki fungsi 2 dalam 1 iaitu pencegahan dan penyingkiran bau busuk yang terperangkap pada tuala atau langsir shower bilik mandi korang.

Ambi Pur ini, korang hanya perlu tekan butang yang tersedia dan boom! Wangi satu bilik tandas rumah korang dalam masa yang singkat.

3. Round Hanging Pomander Toilet Perfume

Pewangi ini just gantung saja pada mana-mana sudut, ia berbentuk bulat dan mengeluarkan wangian menyeluruh. Sesuai untuk tandas yang bersaiz kecil.

Pewangi ini terdapat dua bau iaitu lemon dan strawberi dan mudah digunakan. Hanya gantung sahaja di tempat yang sesuai.

Selain itu, ia juga sangat kecil dan ringan, hanya 0.05kg sahaja.

Kalau korang tak jumpa kat online, korang beli di kedai 2ECo atau kedai RM2 yang lain.

4. Air Wick Stick Ups Gel

Satu lagi pewangi yang sesuai untuk tandas, mudah untuk korang gunakan. Cuma lekat saja pada dinding.

Produk ini tidak akan mengganggu decoration pada dinding tandas kerana saiznya kecil sahaja. 

Selain boleh digunakan dalam tandas, ini sesuai juga diletakkan seperti bilik tidur atau almari. 

Tambahan pula, ia mempunyai tahap kewangian haruman lavender, dan boleh diubah mengikut kemahuan dan kesesuaian penggunaan harian. 

5. Hooga Black Series Reed Diffuser

Selepas mencari pelbagai pewangi yang sesuai untuk tandas, saya berpendapat pewangi stik mungkin adalah yang terbaik.

Tapi biasaya harga pewangi stik ni agak mahal, saya cadangkan korang dapatkan Hooga Black Series Reed Diffuser.

Pewangi stik jenis ini bukan sahaja lebih murah tetapi tetap berkesan di ruang bilik yang besar.

Hooga ini datang dalam pelbagai aroma yang boleh korang pilih. 

Korang boleh pilih bau Rose untuk aroma bunga, Citrus Sage untuk menghilangkan tekanan, atau Green Cucumber Cooler untuk kesegaran yang berpanjangan.

Pilih yang mana sesuai untuk bilik air atau tandas korang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.