Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Sosej Terbaik Di Malaysia

0 8,707

Korang tak boring ke makan sosej jenama sama.

Tak nak ke sekali sekala korang makan sosej lain.

Dalam artikel, saya nak share 7 jenama sosej terbaik di Malaysia yang boleh korang cuba hari ini.

Nak tahu apa 7 jenama sosej terbaik tersebut?

Teruskan bacaan anda..

Jenama sosej popular di malaysia

1. Ramly Frankfurter – Jenama sosej terkenal

Jenama makanan frozen paling lejen di Malaysia.

Daging burger daripada jenama Ramly memang sedap, betul-betul rasa daging tak ada rasa angin. Korang kena cuba juga sosej Ramly Frankfurter.

1 paket ada 10 keping sosej. Sesuai untuk korang makan bersama keluarga korang. Ia juga dijamin Halal daripada Jakim.

Sosej Ramly Frankfuter dibuat daripada daging lembu, soya protein, spices dan sirap jagung.

2. Nutriplus Chicken Frank – Jenama sosej kegemaran

Ia datang dengan pelbagai jenis perasa seperti the smoked chicken, the honey chicken, chill chicken dan yang paling best adalah cheese chicken. Memang meleleh keju dia.

Sosej Nutriplus datang dalam dua saiz iaitu saiz biasa dan saiz Jumbo. Saya sarankan makan saiz Jumbo sebab dia lagi besar, sedap dan lagi kenyang. Sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga.

3. Sosej Sedap Al-Baity

Al-Baity adalah sosej buatan Malaysia.

Setiap pek mengandungi 6 batang sosej. Datang dalam beberapa jenis perasa iaitu sosej original, blackpepper, Italian herbs, pulut, carbonara dan farm made cheese.

Jenama ini ada sijil Halal.

Sosej bersaiz jambo. Tiada pengawet, tiada pewarna dan tiada MSG. Rasa ia 100% Isi ayam sebenar.

Rasanya sangat sedap dan lembut.

4. Ayamas Frankfurter

Jadikan sosej Ayamas ini sebagai menu pertama keluarga korang kalau rasa muak makan nasi.

Jenama sosej Ayamas ini diperbuat daripada daging ayam, soya protein, gula, garam dan sikit bahan pengawet.

Ia adalah produk buatan Malaysia dan setanding dengan sosej luar negara.

5. Ayam A1 Jumbo

Sosej Ayam A1 datang dalam saiz jumbo dan saiz biasa dan diperbuat daripada 100% daging ayam.

Terdapat dua perasa yang korang boleh pilih iaitu perasa keju dan perasa lada hitam.

Perasa keju dari jenama ini sangat sedap, rasa dia sama macam keju dari sosej Nutriplus jumbo chess.

6. Marina Chicken Frankfurter

Korang nak rasa sosej yang ala Amerika, korang boleh cuba sosej Marina ini.

Sosej Marina diperbuat daripada daging ayam yang berkualiti tinggi dan bahan terpilih yang lain.

Ia datang dalam tiga perasa iaitu perasa asli, chees dan chili flakes.

7. Victoria Crest Chicken 

Sosej Victoria Crest dijamin halal daripada Jakim. Korang boleh check sendiri di laman web rasmi Jakim.

Kebanyakan resipi Victoria Crest diilhamkan daripada recipi tradisional British.

Sosej Victoria Crest ada pelbagai perisa iaitu Sarawak pepper, lamb and cranberry dan dynamite chill.

Salah satu perasa yang korang kena cuba adalah perasa dynamite chill sebab ia dibuat daripada daging lembu yang asli. Sesuai untuk korang yang suka makan pedas.

Leave A Reply

Your email address will not be published.