Take a fresh look at your lifestyle.

7 Meja Belajar Terbaik Untuk Anak-Anak Di Rumah

0 5

Mengadakan meja belajar khas di rumah untuk anak-anak adalah sangat penting.

Ini boleh membantu anak-anak untuk membuat kerja sekolah dengan selesa dan proper. Baru semangat nak buat kerja sekolah.

Hati-hati semasa memilih meja belajar di rumah untuk anak-anak. Jika silap pilih akan menyebabkan postur badan tak betul dan sakit belakang.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 meja belajar yang sesuai untuk anak-anak.

Teruskan bacaan korang..

Meja Belajar yang selesa dan sesuai

1. Donna Series Study Desk

Meja belajar klasik yang nampak mewah ini sesuai untuk korang letak kat mana-mana bahagian bilik, dengan ruang meja yang lebar senangkan untuk anak-anak belajar. Parents pun sesuai guna jika work from home.

Ruang meja selebar 1.1m. Luas dan sangat selesa. Jika suka, boleh letak lampu belajar sama. Nampak lagi wow!

Selain itu, ia turut mempunyai satu rak besar pada bahagian kiri meja dan 3 rak sisi. Boleh buat letak buku atau fail-fail. So dah tak perlu beli rak lain dah. Jimat duit dan jimat ruang.

Ia juga datang dalam 6 warna berbeza yang korang boleh pilih seperti sonoma white, light teak, black oak, euro oak dan warna yang paling best iaitu white. Warna white buatkan meja ini nampak sedikit modern kalau korang beli.

2. SU 3244 DIY Office / Study Table – Meja Belajar yang simple dengan harga bajet

Meja belajar SU 3244 mempunyai reka bentuk macam reka bentuk meja office zaman dulu-dulu punya.

Siap lengkap bersama 3 laci. Selain itu, Ia mempunyai tiga warna iaitu sanoma black, sanoma dark, dan grey light. 

Ia sangat simple dan sesuai di letakkan di penjuru bilik tidur anak-anak.

3. Future Direct Mirana Melanie Writing Desk

Nak cari meja yang simple tadi nampak modern? Boleh try Mirana Melanie Writing desk.

Meja Mirana Desk dari Furniture Direct ini walaupun harga bajet, ia setanding dengan meja standard yang lain.

Ia diperbuat daripada bingkai logam dan chipboard yang kukuh.

Selain itu, permukaan meja ini juga kalis air dan kalis calar.

Walaupun tak ada laci, tapi permukaan meja yang luas sudah cukup untuk letak buku-buku dan keperluan lain.

4. Cassa Maple/White Purplish Desk

Mencari meja yang menarik dan jimat ruang?

Korang boleh dapatkan meja daripada jenama Cassa. Ia mempunyai tekstur putih yang simple. Walaupun simple, meja ini kuat dan kukuh.

Ia mempunyai tiga rak terbuka yang digabung terus pada meja Design ini sangat menarik sebab jimat ruang.

Meja Cassa ini boleh didapati dengan harga RM87 sahaja. Sangat murah dan berbaloi.

5. Mizona Nordic Study Writing Desk

Meja Mizona ini mempunyai dua warna yang minimalist iaitu putih dan belgie. Ia datang dengan  2 laci dan satu ruang luas di bahagian atas yang berbentuk melengkung rata. Bentuk melengkung ini membuatkan meja ni kelihatan lain dari yang lain.

Berat meja Mizona ini cuma 15kg agak ringan dan mudah dibawa. Walaupun ringan, ia tak mudah patah.

Selain itu, ia datang dengan warranty 30 hari.

Harga meja Mizona ini sekitar RM149.90 (pada masa artikel ini ditulis),

6. Loctek Electric Height Adjustable Ergonomic Standing Desk – meja belajar yang boleh adjust ketinggiannya

Meja yang mudah alih yang boleh diadjust ketinggian menggunakan motor elektronik dengan input kuasa 100V hingga 240V.

Dengan motor ini, korang tak payah penat-penat nak cabut skru meja ini guna screwdriver untuk adjust ketinggiannya.

Motor elektronik mampu angkat beban sebanyak 70kg, kelajuan mengangkatnya adalah sekitar 25mm/s.

Ia boleh dilaras sehingga 71cm hingga 121cm, so korang boleh ikut keselesaan dan ketinggian masing-masing.

7. Evis Smart Desk – Meja Belajar Terbaik yang Advance

Meja belajar paling terbaik di dalam senarai, sudah tentu Evis Smart Desk. Meja ini sesuai untuk student yang kaki gamers. Parent yang work prom home pun sesuai juga.

Ia mempunyai reka bentuk yang baru dan berinovasi.

Ketinggian meja boleh dinaikkan atau diturunkan hanya dengan menekan 1 butang sahaja.

Dengan ini, korang dapat elakkan sakit leher dan bahu akibat penggunaan komputer pada masa yang lama dengan posisi badan yang bongkok ke bawah.

Korang rasa stress nak kemas wayar cas handphone dan komputer bersepah di bawah dan atas meja?

Jangan risau meja Evis Smart Desk mempunyai pengurusan wayar cas yang advance dan mempunyai wireless charger.

Tambahan itu, meja ini boleh dicostumise aksesori tambahan seperti roda, kabel, lampu

Selain itu, reka bentuk meja ini agak simple dan mempunyai permukaan licin yang diperbuat daripada bahan MFC . Ia berkualiti tinggi dan bingkai kukuh yang boleh menampung sehingga 150kg berat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.