Take a fresh look at your lifestyle.

7 Krim Rawatan Bawah Mata – Hilangkan Mata Panda

0 279

Mata yang bengkak, atau mata panda yang berpunca dari terlalu letih atau kurang tidur membuatkan kita kelihatan tua berbanding usia sebenar akan berkurang bila letak krim bawah mata.

Bila guna krim khas untuk mata, ia akan bantu hilangkan kesan lebam bawah mata dengan lebih cepat.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 krim rawatan bawah mata untuk hilang mata yang korang boleh cuba.

Nak tahu?

Teruskan bacaan..

Krim Bawah Mata

1. Dermalogica Positive Eye Lift

Masker krim dengan gel yang aktif dan menyejukkan memberi tenaga kepada kulit untuk kurangkan tanda-tanda tekanan yang boleh dilihat di kulit muka.

Formula berprestasi tinggi mampu mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam, serta meningkatkan kecerahan kulit di sekeliling mata.

Ia mengandungi bahan aktif Biji Indigo liar yang boleh membantu mengurangkan lingkaran bawah mata yang dari nampak jelas.

Ekstrak air laut dan alga artik turut dirumuskan dalam krim mata ini, untuk mengelakkan lingkaran mata bengkak kelihatan bengkak.

Selain itu, ia juga mengandungi Yis difermentasi dan asid Hyaluronik yang unik supaya kulit tegang.

Tambahan itu, ia turut mengandungi Asid Gallic Diglucosyl Bioaktif berfungsi dengan mikrobiom supaya kulit bawah mata kelihatan cerah dan segar.

Cara pengunan Krim Dermalogica ini, cuma sapukan secara meluas di sekitar kawasan mata yang dicuci terlebih dahulu.

Biarkan selama 3-5 minit.

2. Laneige Perfect Renew Youth Regenerating Eye Cream

Ia merupakan krim bawah mata pelembap intensif dengan kesan anti-kedut dan anti-penuaan.

Krim ini memberi kesegaran dan ketegangan pada kulit di sekeliling mata dengan teknologi Glyco MiracleTM. Ia juga boleh mengurangkan kesan garis halus bawah mata.

Panthenol di dalam krim ini adalah untuk melindungi kulit halus di sekeliling mata dan memberikan kelembapan.

Selain itu, ia mampu menjadikan tekstur kulit di sekeliling mata nampak segar dan tidak berkedut seperti masa muda remaja.

3. Innisfree Jeju Orchid Eye Cream

Krim bawah mata anti-penuaan dari Innisfree ini dibuat daripada Orkid Jeju.

Ia juga diformulasikan dengan Precious Orchid Elixir 2.0 iaitu ramuan antioksidan terbaik yang diekstrak daripada Orkid Jeju untuk menjadikan kulit sekitar mata kelihatan segar dan sihat.

Selain itu, krim ini juga berfungsi untuk tegangkan kulit muka supaya tidak berkedut.

Orkid Jeju yang digunakan di dalam krim bawah mata ini kaya dengan antioksidan yang berupaya membaiki kerosakan kulit di bawah mata akibat dari kesan panas matahari, pencemaran dan radikal bebas yang lain.

Cara nak gunakan krim bawah mata Innisfree ialah sapukan sedikit krim di sekeliling mata then tepuk perlahan-lahan untuk penyerapan terbaik.

4. Origins Ginzing Refreshing Eye Cream To Brighten And Depuff – Krim Bawah Mata Terbaik Dari China

Krim bawah mata dari negara China yang berjaya tarik perhatian ramai kerana kesan selepas penggunaan yang cepat dan ketara.

Biji kopi dimasukkan ke dalam krim ini, bersama-sama dengan panax ginseng, ekstrak magnolia, dan pencerah optik semula jadi, berfungsi menyegarkan dan memulihkan mata letih.

Ringan tetapi tidak terlalu cair, ia adalah alternatif yang baik untuk mencerahkan lingkaran hitam dan menghilangkan kedutan serta meredakan mata yang bengkak.

Selain itu, ia turut mengandungi ginseng untuk mencerahkan mata, meningkatkan kecergasan dan melawan penuaan.

Tambahan itu, krim ini mengandungi ekstrak Magnolia untuk meratakan warna kulit bawah mata supaya kelihatan sekata.

Lagi kerap korang guna krim ini, lagi cepat nampak hasil.

5. L’Oreal Paris Revitalift Anti Aging Triple Action Eye Cream – Krim Bawah Mata dengan Hasil yang Serta Merta

Gel krim bawah mata L’Oreal Paris ini mempunyai gel tekstur ringan seperti sutera yang boleh menyerap serta merta ke dalam kulit. Kulit sekeliling mata jadi licin dan anjal.

Ia diformulasi dengan Pro-Xylane, sejenis bahan aktif yang terkenal untuk meningkatkan lapisan kulit, merangsang sintesis kolagen untuk meningkatkan kegebuan kulit bawah mata.

Selain itu, ia turut diformulasi dengan Adenosine iaitu bahan aktif anti-penuaan yang terkenal untuk melicinkan kedutan yang ada pada kulit muka.

Ia juga ditambah dengan kafein supaya dapat mengurangkan bengkak di sekeling mata.

Kesan krim L’Oreal ini adalah serta-merta, cepat nampak kesan.

Semakin kerap guna, korang akan perasaan tekstur kulit di sekeliling mata semakin halus dan licin.

Hari demi hari, kedutan dan kantung mata berkurangan dengan ketara. Kulit bawah mata makin gebu, lebih sekata, dan mata kelihatan lebih berseri dan segar.

Cara nak guna adalah sapu krim ini setiap hari pada waktu pagi dan petang selepas basuh muka. Sapukan krim perlahan-lahan dengan urut di sekeliling mata untuk kesan penyerapan yang baik.

6. Sukin Purely Ageless Reviving Eye Cream

Korang ada garis halus di sekeliling mata?

Guna lah krim bawah mata Sukin Purely Ageless Reviving Eye Cream, ia kaya dengan antioksidan dan melicinkan kawasan sensitif di sekeliling mata.

Dengan Kopi Hijau sebagai bahan utama krim ini, ia berfungsi untuk mengurangkan lingkaran hitam sekitar kawasan mata.

Ia turut mengandungi minyak Rosehip yang kaya dengan vitamin dan berfungsi untuk melawan radikal bebas seperti sinaran matahari, habuk dan lain-lain.

Bahan yang paling penting dalam krim Sukin ini ialah Pure Ribose yang aktif, dan ia mampu mengurangkan penampilan kedutan sehingga 78% dalam masa 14 hari sahaja.

Krim ini boleh digunakan dengan mana-mana produk muka yang korang tengah pakai sekarang.

7. The Ordinary Caffeine Solution 5% + EGCG

Krim bawah mata ini memanfaatkan kafein sebagai rawatan mata, The Ordinary Caffeine Solution 5% + EGCG Eye Serum dari Kanada mempunyai ekstrak biji kacang soya.

Selain itu , ia mengandungi gliserin dan asid hyaluronik untuk menyediakan dan mengekalkan kelembapan kulit.

Krim yang serasi dengan kulit (pH 4.5 hingga 5.0) ini lebih mampu milik berbanding krim mata lain dalam senarai ini. 

Tak sure dengan pH kulit muka?

Korang boleh guna pH Test Strips yang dijual di farmasi berdekatan atau boleh beli online.

Untuk yang kurang tidur dan ada masalah mata nampak penat, krim ini membantu mencerahkan bahagian bawah mata untuk memberikan wajah yang lebih segar.

Rata-rata yang menggunakan The Ordinary mengatakan, krim ini mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan menjadikan kawasan bawah mata lebih tegang dan cerah. Jika ada masalah bengkak mata, ia cepat surut bila pakai krim ini.

Jangan percaya, korang boleh cuba dulu baru tahu hasilnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.