Take a fresh look at your lifestyle.

7 Tablet Murah Sesuai Untuk Pelajar

0 322

Sekarang, ada pelbagai jenis dan jenama tablet di pasaran, namun tablet murah bersama dengan fungsi yang terbaik, memang menjadi pilihan.

Penggunaan tablet yang lebih besar dan lebih selesa berbanding smartphone semakin mendapat perhatian ramai.

Walau saiznya besar, tapi ia juga ringan. Juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan smartphone.

Sangat sesuai untuk pelajar dan juga untuk kegunaan kerja pejabat menggantikan laptop. Serta boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Tablet Murah Untuk Pelajar

1. Samsung Galaxy Tab S6 Lite

Datang dalam saiz skrin standard iaitu 10.4 inch WUXGA + TFT. Bagi saya, ini saiz sesuai bagi korang yang nak rasai pengalaman sebuah tablet.

Samsung Galaxy tab S6 lite mempunyai 4GB ram dan 64GB ruang storan. Korang juga boleh upgrade ruang storan sampai 1TB. Ia dikuasakan denga cipset Exynos 9611. Cukup power untuk untuk kegunaan pelajar.

Kamera Samsung Galaxy tab S6 lite mempunyai 8MP AF dan 5MP kamera depan. Kamera cukup-cukup makan sahaja. Nak harapkan lebih pun tak boleh, korang kena guna smartphone untuk snap nota.

Samsung Galaxy tab S6 lite ada 7,040mAh bateri. Boleh tahan sehari kalau korang betul-betul guna untuk belajar sahaja.

Tablet murah ini juga datang dengan Samsung pen iaitu smart stylus pen untuk guna menulis nota macam yang korang tengok top student buat. So, tak perlu bayar duit lebih untuk beli stylus ini.

2. Huawei Matepada 10.4

Huawei Matepad 10.4 datang dengan skrin 10.4 inch 2K Fullview Display, berat hanya 460 gram tak penat korang pegang lama-lama kat tangan.

Huawei Matepad 10.4 ada 4GB ramadan 64GB ruang storage. Dikuasakan denga cipset Hisilicon Kirin 810. Power chipset nampak sebiji seperti Snapdragon.

Huawei Matepad 10.4 mempunyai 7,250mAh bateri dengan fast charging Type C.

Ia turut ada kamera belakang 8MP + kamera depan 8MP. Korang boleh snap nota atau buat Zoom online meeting.

Dan yang paling best, ia ada Mate pencil stylus untuk korang lukis dan menulis.

Turut ada pressure sensitivity, dimana korang boleh garis halus dan lebar dengan tekan sikit stylus korang.

3. Xiaomi Pad 5

Xiaomi Pad 5 mempunyai skrin 11.0 inch (WQHD+) 2.5K IPS LCD display dan 120Hz refresh rate. Mana nak cari tablet murah dengan 120Hz refresh rate.

Skrin Xiaomi pad 5 agak cantik dan selesa mata walau tengok lama-lama.

Xiaomi pad 5 dikuaskan dengan cipset Snapdragon 860.

Walau tablet murah, korang boleh main games graphic tinggi dan studying tanpa lag.

Paling mengejut, Xiaomi pad 5 datang dengan 6GB ram dan 128GB ruang storan. Bagi saya, ram dan ruang storan ini memang dah terlebih cukup untuk pelajar guna.

Kamera Xiaomi pad 5 memang kamera tablet terbaik dalam senarai ini, ada 13MP kamera belakang memang jelas muka korang masa buat online meeting.

Kamera depan 8MP memang sangat jelas dan terang untuk snap nota.

Korang juga dapat bateri 8,600mAh. Memang best untuk korang layan tablet ini sampai malam. Yang best, korang boleh beli akesori tambahan seperti smart stylus dan smart keyboard untuk tingkatkan produktiviti masa belajar.

4. Samsung Galaxy Tab A7

Samsung Galaxy Tab A7, satu lagi tablet murah yang berbaloi korang beli daripada jenama Samsung.

Datang dalam skrin 10.4 inch TFT 16M bezel colour. Ia dikuasakan dengan cipset Snapdragon 662. Ia ada 3GB ram dan 32GB ruang storan. Korang boleh ruang storan ini sampai jadi 1TB.

Saiz bateri agak besar iaitu 7,040mAh. Korang boleh layan tablet ini sampai malam. Nak layan Youtube boleh, main games pun boleh. Nak study sampai tengah malam, pun boleh… tak ada masalah.

Dia ada AKG speaker. Dua di atas dan dua di bawah. Memang jelas suaranya kalau korang buat online meeting atau layan Youtube.

Design Samsung Galaxy Tab A7 juga agak simple, slim dan mudah dipegang di tangan.

5. Realme Pad

Produk tablet murah baru keluaran Realme. Dan akan datang, Realme akan perkenalkan lagi banyak tablet.

Dengan kenipisan 6.9mm ultra. Memang sangat slim dan selesa pegang.

Berat baru 440g, tak penat atau lenguh tangan walau pegang lama-lama.

Realme pad ada Dolby Atmos quad speaker, speaker ini sama macam korang dengar bunyi kat wayang, jika di dengar di bilik kecil yang tertutup.

Realme pad ini dikuasakan dengan cipset Helio G80 gaming processor. Ia ruang 3GB ram dan 32GB ruang storan. Boleh tambah sampai 1TB. Bateri dalam tablet murah agak besar iaitu 7,100mAh dengan 18W fast changing.

Korang janga risau Realme juga selalu tawarkan harga diskaun setiap bulan di kedai rasmi mereka di Lazada dan Shopee. Dekat situ korang boleh dapat tablet murah ini dengan harga mampu milik.

6. Lenovo Tab M10

Tablet ini berukuran 10.1 inch HD display dan ada dua speaker dengan Dolby Atoms di bahagian atas tablet.

Dikuasakan denga Snapdragon 429. Ia ada 2GB ram dan 16GB ruang storan. Korang boleh tambah ruang storan ini sampai 256GB ruang storan.

Ia dipasang dengan Alexa, pembantu maya A.I sama macam Google.

Audio tablet ini biasa sahaja tapi cukup lah untuk korang dengar online meeting atau layan Youtube.

7. Nokia T20

Dalam diam-diam, Nokia turut sertai pasaran tablet.

Nokia T20 mempunyai skrin 10.4 inch dan ada crsytal clear 2K screen, selesa untuk korang tengok online meeting atau study dengan jelas.

Ia turut ada 4 speaker untuk korang dengar jelas online meeting atau kelas online.

Yang bestnya, siap ada Lte version. Korang boleh masuk sim.

Bateri ia pula 8,200mAh dengan 15W fast charging. Bateri bertahan sampai tujuh atau bergantung pada penggunaan korang.

Tablet Nokia T20 ada 4GB ram dan 64GB ruang storan. Korang boleh tambah sampai 512GB ruang storan. Korang juga akan dapat dua tahun android upgrade dan tiga tahun sekuriti update untuk tablet ini.

Tablet Nokia T20 setanding dengan jenama tablet yang lain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.