7 Sunblok Terbaik Sesuai Untuk Orang Malaysia
Sunblock terbaik dan sesuai untuk kulit korang, sangat penting jika nak ke pantai, pulau atau aktiviti mandi kolam semasa panas.
Ramai yang takut kalau pergi ke pantai atau pulau tanpa pakai sunblock. Kesannya, muka akan jadi seakan merah dan cepat terbakar.
Bila pakai sunblck, ia akan bantu melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB.
Pemakaian sunblock juga boleh melindungi kandungan protein di bawah permukaan kulit yang dikenali sebagai keratin dan kolagen.
Kesan dari tidak memakai sunblock ni, muka cepat timbul bintik hitam, jeragat, kulit cepat menua, muka nampak kusam dan juga boleh sebabkan kanser kulit.
Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 sunblok terbaik sesuai untuk orang Malaysia.
Teruskaan bacaan korang untuk tahu apa sunblok tersebut..
7 sunblok terbaik sesuai untuk orang Malaysia
1. Sendayu Tinggi UV Defense Hydrating Tinted Sunscreen SPF50 PA++
Sunblock terbaik Hydrating Tinted Sunscreen hadir dengan formula kelembapan wajah yang lebih tinggi serta SPF50 PA++ yang akan jaga muka korang dari sinar UV matahari.
Dirumus khas bersama Botanical + Luminosity complex yang akan membantu mencerahkan kulit muka.
Gabungan Poeny, Scutellaria Baicalensis bersama Arbutin, Gluthatione dan vitamin C untuk mengawal kemunculan melanin, jeragat serta tanda penuaan.
Diformulasi bersama gabungan 3D Sodium Hyaluronate untuk lembapan wajah sehingga dua kali ganda.
Teksturnya yang ringan tidak akan menyebabkan wajah kelihatan bercapuk, melekit atau berminyak.
Sesuai untuk kulit normal, kering, berjeragat, kombinasi dan sensitif.
Untuk kesan yang terbaik, korang kena pakai UV defense hydrating tinted sunscreen SPF50 PA++ sebelum keluar rumah secara konsisten.
2. Cetaphil Sun SPF 50+ Light Gel
Sunblock terbaik untuk mencegah pigmentasi kulit dan penuaan pramatang.
Bila guna produk ni, muka korang turut dilindungi daripada jerawat, bintik-bintik dan jeragat.
Cetaphil Sun SPF50+ Light Gel menawarkan perlindungan matahari yang tinggi terhadap sinaran UVA/UVB untuk kedua-dua muka dan badan korang.
Pelindung matahari ringan yang sangat kalis air dan sesuai untuk kulit sensitif, menjadikannya sesuai untuk perlindungan harian.
Tanpa pewangi, tanpa paraben. Diuji secara dermatologi, dan juga sangat kalis air.
3. NIVEA Sun Protect & Moisture Lotion SPF50
Dengan perlindungan matahari spektrum luas dan formula pelembap, pelindung matahari ini melindungi korang daripada sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya dan sekaligus turut melembapkan kulit muka korang.
Dengan guna sunblock ini, korang boleh dapatkan perlindungan dari UVA dan UVB, perlindungan daripada kulit kering dengan Vitamin E dan tahan air selama 4 jam apabila digunakan dengan betul.
Cara nak pakai, korang cuma picit sunblock ini ke tapak tangan, gosok secara bebas dan rata pada kulit yang terdedah. Biarkan ia kering sebelum pakai pakaian.
4. BIORE UV Perfect Milk SPF50 Daily Sunscreen – Sunblock terbaik untuk kegunaan harian
Sunblock terbaik dari Biore. Dibuat untuk pelbagai pertahanan sesuai untuk aktiviti luar.
Ia boleh dipakai untuk harian dan aktiviti luar. Fungsi utama adalah melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari yang boleh menyebabkan kulit menjadi terbakar, kusam, berjeragat dan banyak lagi masalah lain.
Dengan SPF 50 PA yang memberikan perlindungan tinggi terhadap sinaran UV.
Dirumus dengan Aqua Shield Smooth Veil, apabila korang berpeluh dan terkena air, ia akan tetap pada kulit muka korang untuk memberikan perlindungan UV berterusan.
Tekstur warna yang sangat selesa, ringan namun tak melekit meninggalkan kulit dengan kemasan semula jadi yang licin.
Korang boleh gandakan sunblock ini sebagai asas solekan. Ia sangat selesa, ditambah pula dengan wangian bunga muguet putih yang wangi dan harum.
5. L’Oreal Paris UV Perfect Even Complexion
Sunblock dari Loreal ini akan jaga muka korang daripada binitik-bintik gelap, gelap, kedutan dan tekanan luar.
Bila pakai setiap hari secara konsisten, kulit muka korang akan nampak lebih cerah, segar dan nampak muda.
Sunblock ini diformulasi dengan advanced anti-UV, penapis UAV lindungi muka korang daripada sinaran matahari dan jaga ketaksamaan warna kulit muka korang.
Selain itu, ia ada anti-pencemaran yang diperbuat daripada Detoxyl untuk elakkan kulit muka korang termasuk habuk.
Sunblock ini ada anti-oksidan yang kuat untuk lindungi kulit daripada radikal bebas.
Pada masa yang sama, ia juga akan bantu betulkan kembali tona kulit muka korang jadi lagi sekata dan cantik.
Sunblock ini ada tekstur ultra halus yang berfungsi untuk penyerapan yang cepat selepas pemakaian.
6. Hada Labo Perfect UV Sunscreen Gel – Sunblock terbaik untuk asas make up
Satu lagi sunblock dengan gabungan fungsi seperti sunscreen, primer face, dan pertahanan UV.
Dengan SPF50 + PA untuk melindungi muka korang daripada sinaran UAV dan UVB.
Krim mengandungi pati dan emulusi supaya bila korang sapu dia mudah nak serap dan ringan bila pakai di muka.
Sunblock ini sesuai untuk korang jadikan asasnya sebelum korang bermake up.
Face primer yang ada dalam sunblock ini bantu makeup korang tahan lebih lama sambil licikan muka korang.
Sunblock ini bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.
7. Eucerin Sun Gel-Creme Oil Control Dry Touch SPF 50+ – Sunblock terbaik untuk kulit berminyak
Jenama sunblock daripada Eucerin Sun Gel-Creme Oil Control Dry Touch SPF 50+ mempunyai teknologi spektrum termaju Eucerin yang menghalang sinaran UVA / UVB dan sinaran HEVIS.
Sunblock ini juga melindungi DNA korang dengan menyokong perlindungan DNA kulit.
Dengan bahan-bahan Licocalcone A & CA bantu selesaikan 80% kerosakan daripada 45% sinaran UVA yang masih menembusi kulit. Tidak mengandungi bahan yang menyumbat pori.
Produk ini dikilangkan khas untuk korang yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.
Eucerin Sun Cream SPF 50+ pelindung matahari beralkali bebas pewangi dan mempunyai tekstur yang sangat ringan, tidak berminyak.
Kajian klinikal dan dermatologi terbukti sesuai untuk kulit sensitif dan berjerawat.