Take a fresh look at your lifestyle.

7 Shampoo Kutu Kucing Terbaik

0 1,768

Korang tahu tanpa shampoo kutu kucing, kutu dan hama akan membiak, menyebabkan kucing tak selesa.

Kutu dan hama juga menyebabkan kucing korang menderita dalam diam.

Cara terbaik untuk bunuh kutu dan hama, selain dari rawatan dari vet adalah dengan guna shampo kutu kucing.

Korang pening nak beli mana satu shampoo yang sesuai?

Don’t worry and be happy, dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 shampoo terbaik yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang…

Shampoo Kutu Kucing

1. Smart Cat Flea Shampoo

Kelebihan

Kucing korang ada masalah hama dan kutu?

Korang boleh cuba guna Smart Cat Flea Shampoo.

Antara kebaikan shampoo ini:

  • Diperbuat daripada 99% tumbuhan semulajadi seperti neem, citronella, tea tree  dan cedarwood.
  • Membuang dan menangkis bulu, kutu, hama dan kutu secara semula jadi.

Cara nak sapu kepada kucing

Korang perlu mandikan dulu kucing. Lepas itu, picit shampo Smart Cat dan gosok dekat atas kepala dan badan kucing. 

Boleh juga korang nak gosok dekat tempat lain. Biarkan selama 5-10 minit sebelum korang basuh semula.

2. Love Cat Shampoo

Kelebihan

Love Cat Shampoo datang dalam 4 jenis shampoo berbeza.

Pertama, skin conditioner untuk merawat kulit kucing.

Kedua, anti tick & flea untuk membunuh kutu.

Ketiga, skin fungus untuk membunuh fungus.

Keempat, whitening & smoother coat untuk membersih dan menggebu bulu kucing korang.

Antara kebaikan Love Cat Shampoo:

  • Mengandungi wangian istimewa yang membuatkan kucing korang berbau segar untuk beberapa hari.
  • Mencantikkan bulu kucing korang 
  • Mengelakkan kusut dan pengeringan kulit dan bulu kucing.

Kekurangan

  • Perlu beli beberapa atau kesemua shampo Love Cat kalau kucing korang ada masalah seperti bulu gugur, kutu teruk dan sebagainya.

Cara nak sapu kepada kucing

Korang mandikan dulu kucing. Lepas itu, korang sapu rata shampo Love Cat. Biarkan selama 10 minit untuk kucing dewasa, manakal untuk anak kucing biarkan selama 5 minit.

Kemudian, korang bilas sampai bersih dan keringkan guna tuala atau hairdryer.

Lepas ini korang akan rasa best peluk kucing korang setiap hari kerana shampo Love Cat punya wangian tahan untuk beberapa hari.

3. DD101 Waterless Foam Shampoo

Kelebihan

Shampo ini juga datang dalam 4 jenis berbeza untuk maksimunkan kecantikan dan kesihatan bulu kucing korang.

Tapi untuk permulaan, korang boleh cuba dulu DD101 Waterless Foam Shampoo untuk kucing korang. Kalau berkesan, baru boleh consider untuk dapat shampo DD101 yang lain.

Antara kebaika DD101 Waterless Foam Shampoo:

  • Sesuai untuk semua jenis haiwan peliharaan espically kucing.
  • Segar dan boleh mengkilat bulu kucing.
  • Sesuai untuk kucing yang sakit dan lepas operate.
  • Hilangkan kegatalan dan bau wangian kekal lama.
  • Selamat untuk kucing korang jilat.
  • Lembut dan ringin.

Kekurangan

  • Shampo cepat habis. Saya sarankan korang dapatkan yang 450ml.
  • Harga agak mahal. Saya sarankan korang klik butang di atas untuk tengok promotion.

Cara nak sapu kepada kucing

Untuk mandian biasa, korang perlu mandikan dulu kucing korang. Lepas itu, sapu rata shampo dan urut sedikit. Bilas dan lap sampai kering guna tuala.

Untuk bersihkan tempat buang air kecil dan air besar (punggung kucing), korang boleh guna kain yang tak pakai, picit shampo dekat atas kain dan gosok lubang punggung kucing.

Korang pasti seronok tengok bulu kucing korang bersinar dan lembut selepas mengamalkan shampo DD101 ini.

4. Chun Essentio Aromatherapy 

Kelebihan

Korang nak kekalkan kelembapan pada bulu kucing korang?

Korang boleh dapatkan shampo kutu kucing jenama Chun kerana ia mengandungi ekstrak khas kelapa untuk melembap bulu kucing korang.

Antara kebaikan Chun Essentio:

  • Bebas alkohol
  • Bebeas pesticide
  • Bebas Paraben
  • Bebas minyak mineral 
  • Bebas silikon
  • Bebas arang batu
  • Asid PH yang seimbang

Kekurangan

  • Harga agak mahal. Saya sarankan korang klik butang di atas untuk tengok harga promosi.

Cara nak sapu kepada kucing

Korang mandikan dulu kucing korang. Lepas itu, korang gosok dekat kulit dan kepala sehingga berbuih sedikit. 

Urut seluruh badan termasuk tapak kaki dan pastikan elakkan mata, hidung dan bahagian dalam telinga. Biarkan shampoo selama 5 minit untuk hasil yang terbaik. Bilas dengan air.

5. McLEE’S Anti Flea Shampoo

Kelebihan

Korang tahu tak kucing senang jatuh sakit akibat bakteria yang membiak di badan dan bulu?

Nak halang dan matikan bakteria tersebut, korang boleh dapatkan shampo kutu kucing jenama McLEE’S ini.

Antara kelebihan shampo McLEE’S:

  • Melembapkan bulu kucing
  • Menghalang dan membunuh kutu dan serangan serangga seperti nyamuk.
  • Diformula untuk menghalang bakteria berbahaya
  • Menghalang serangan serangga dan parasite.
  • Sesuai untuk arnab dan anjing.

Kekurangan

  • Stok terhad. Sila klik butang di atas untuk tengok stok dan harga promosi

Cara nak sapu kepada kucing

Korang mandikan dulu kucing korang, sapu rata Shampoo di seluruh badan dan kepala.

Biarkan selama 5 minit dan bilas.

6. Aniflea Anti-Flea Cat

Kelebihan

Kucing korang ada masalah kutu?

Jadi gunalah 100% shampo Aniflea Anti-Flea Cat.

Dengan shampoo ini, korang dapat:

  • Membunuh kutu dewasa yang boleh pendak hayat hidup kucing korang.
  • Membunuh racun serangga jenis pyrethroid yang boleh menyebabkan kucing keracunan dan membantut perkembangan.

Kekurangan

  • Tak boleh digunakan ke atas kucing betina yang sedang mengandung atau menyusu.

Cara nak sapu kepada kucing

Korang mandi dulu kucing korang, sapu rata shampo Aniflea dekat atas kepala dan seluruh badan. Biarkan selama 10 minit untuk hasil terbaik. Dan bilas.

Lepas amalkan shampo Aniflea, korang akan dapat bermain dengan kucing kesayangan tanpa perlu risau serangan kutu dan bakteria lagi.

7. Dr Pet All Natural – shampoo kutu kucing

Kelebihan

Satu lagi shampo kutu kucing terbaik di dalam senarai ini.

Shampo Dr Pet diperbuat 100% minyak Eucalyptus dan minyak Neem Oil yang yang membantu melembap bulu kucing korang.

Ia datang dalam dua jenis shampo iaitu flea & tick dan skin solution.

Kebaikan Dr Pet All Natural Flea & Tick:

  • Menghalang serangan kutu, hama dan serangga yang bahaya seperti nyamuk
  • Menyubur dan mengkilatkan bulu kucing.
  • Kesan pelembab tahan lama
  • 100% semulajadi

Manakal, kebaikan Dr Pet All Natural Skin Solution:

  • Mengandungi 100% minyak lavender
  • Membunuh bakteria
  • Menyembuh luka kulit
  • Melegakan kesakitan dan kegatalan

Cara nak sapu kepada kucing

Korang perlu gunakan 30% shampo ini dan selebihnya air untuk mandi dan gosok shampo ini.

Biarkan selama 5 minit dan bilas.

Korang akan lega lepas guna shampo kutu kucing ini dekat kucing kerana ia akan melembut bulu kucing korang serta membunuh kutu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.