Take a fresh look at your lifestyle.

7 Jenama Nugget Terbaik Di Malaysia

0 1,621

Banyak jenama nugget yang ada kat kedai sekarang sampai korang stress nak pilih yang mana nugget terbaik dalam pasaran.

Takut nanti tersalah beli dapat nugget rasa angin pula.

Jangan risau, dalam artikel saya senaraikan 7 jenama nugget terbaik yang korang boleh beli.

Lepas ni korang akan dapat nugget yang berkualiti dan sedap rasanya.

Teruskan bacaan korang..

Nugget terbaik dalam pasaran

1. Ramly Nuget Ayam

Ya, antara jenama nugget terbaik di Malaysia, sudah tertentu keluaran dari Ramly.

Setiap Ramly Nuget Ayam korang akan dapat 1 kg atau lebih kurang 20 biji ke atas.

Ramly Nuget Ayam diperbuat daripada isi ayam yang bermutu dan beberap bahan lagi. Jadi, korang memang tak rasa nugget angin dan rasa betul-betul ayam.

Ramly Nuget Ayam dijamin halal dari Jakim. Datang dalam dua versi iaitu nuget ayam dan salutan tempura.

2. Ayamas Nuget

Ayamas nugget dianggap jenama nugget terbaik kerana ia datang dalam beberapa saiz ayam dan salutan seperti drummet pedas salutan dan premium jumbo.

Ayamas nugget kaya dengan protein dan diperbuat dari ayam segar.

Rasanya dia sangat empuk dan rasa betul-betul rasa ayam, bukan nugget angin bila korang makan.

3. First Pride 

Ini bukan sebarang nugget, ini nugget berbentuk filet iaitu berbentuk petak. Unik kan bentuk nugget dia, korang kena cuba ni.

First Pride turut ada keluarkan versi nugget baru iaitu First Pride Chicken Katsu Crispy.

Jenama First Pride dianggap jenama nugget terbaik kerana rasanya yang ranggup dimakan di mulut korang. Ia datang dalam perasa spicy dan perasa biasa.

4. Nutriplus Crunchy Tempura

Nugget Nut riplus sedap dimakan kerana isi ayamnya yang padu lagi-lagi kalau korang beli perasa cheese.

Sebelum saya terlupa, nugget Nutriplus didatangi dengan tiga perasa iaitu original, pedas dan cheese.

Rasa nugget ni ala-ala macam Mc-D gitu. Bau dia masa goreng memang menaikkan selera.

Nugget Nutriplus bebas bahan pengawet, MSG, perwarna tambahan dan kaya dengan protein.

5. Marina Chicken Tempura Nugget 

Nugget Marina diperbuat daripada daging dada ayam tanpa lemak yang disalut dengan tepung tempura untuk naikkan rasa ayam berkualiti.

Nugget Marina datang dalam perasa chicken sausage chunk, original, cheddar cheese, dan vegetables. Tak adalah korang boring makan perasa asli sahaja.

6. EB Tempura Chicken

Nugget EB Tempura Chicken diperbuat daripada daging dada ayam dan disalut dengan adunan tempura ranggup yang sedap.

Nugget EB Tempura Chicken dibentuk sempurna untuk mudah digigit. Ia tak ada trans fat.

Korang boleh masak menggunakan dua cara iaitu cara rebus dan guna minyak. Saya sarankan korang masakan guna minyak.

7. Mushroom Nugget

Nugget jenama Mushroom yang korang boleh beli iaitu crab flavour nugget,

Kalau korang tak suka perasa crab, Mushroom turut keluar produk bukan nugget seperti seafood tofu, curry fishball, cheese fish tofu dan salmon fish ball.

Korang boleh cuba… memang sedap produk keluaran Mushroom ini.

Produk keluaran Mushroom ini dijamin halal dari Jakim.

Leave A Reply

Your email address will not be published.