Take a fresh look at your lifestyle.

5 Mesin Kopi Murah Bawah RM500

0 288

Sangat susah untuk jumpa mesin kopi murah jika tak buat buat survey.

Dengan adanya mesin kopi, tugas kita jadi mudah untuk buat kopi setanding dengan Starbucks hanya dari rumah.

Sekarang, ramai syarikat berlumba-lumba untuk hasilkan mesin kopi murah memandang permintaan orang ramai untuk minum kopi meningkat setiap hari di Malaysia dan serata dunia.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 mesin kopi murah bawah RM500 yang korang boleh beli dan letakkan di rumah korang.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Mesin kopi murah mampu milik

1. Nespresso Capsule Coffee Maker Essenza Mini – Mesin kopi murah pilihan ramai

Jenama yang tak asing lagi kat Malaysia. Sekarang Nestle menghasilkan mesin kopi mereka sendiri. Sekarang korang boleh beli satu mesin kopi ini.

Nespresso Essenza Mini ialah sebuah mesin kopi dengan reka bentuk mesra semua pengguna untuk korang hasilkan 19 jenis kopi berbeza. Untuk hasilkan 19 jenis kopi berbeza, korang boleh beli kapsul serbuk Nespresso.

Ia ada sistem pemanasan air yang cepat apabila korang bancuh air kopi dengan mesin ini. Kopi korang akan siap dalam masa 30 minit atau kurang.

Ia akan mati sendiri selepas korang siap buat kopi. Jadi, jimat elektrik kat situ.

Kelebihan

  • Air kopi kegemaran korang cepat siap dalam masa 30 minit
  • Boleh buat 19 jenis kopi berbeza untuk korang rasa
  • Auto-shutdown lepas korang tak guna

Kekurangan

  • Kapsul Nespresso perlu dibeli berasingan

2. BS BOSS Espresso Coffee Machine With Water Filter Cartridge Pump Steam

Korang nak mesin kopi canggih macam mesin kopi Starbucks?

Korang boleh beli satu BS BOSS Espresso coffe machine. Ia ada fungsi seperti sistem air panas, ekstrak, dan juga steam kopi untuk kasi kopi korang berasap.

Ia ada 20 bar tekanan pam untuk ekstrak kopi yang korang masukkan supaya korang akan dapat rasai pure kopi.

Selain itu, ia akan ambil masa 20 saat untuk ekstrak kopi korang. Laju kan? Sebab material besi cepat panas. Ada juga LCD termometer untuk korang check suhu mesin kopi ini.

Tambahan itu, ia ada fungsi untuk panaskan susu krim supaya korang boleh corak daun kopi korang.

Kelebihan

  • Kopi korang siap dalam masa 30 minit
  • Lengkap dengan pelbagai fungsi seperti pemanas cawan, tank air mudah alih, penapis dua lapis, butang eletronik.

Kekurangan

  • Tak ada sebarang waranti jika mesin kopi rosak

3. Giselle Espresso Coffee Milk Bubble Maker Machine (800W) – mesin kopi murah dengan fungsi steam

Mesin kopi agak besar kerana ia mempunyai sistem steam automatik untuk elakkan mesin kopi ini jadi terlalu panas . Kebiasaanya, mesin kopi yang ada fungsi steam mampu meningkatkan lagi rasa aroma kopi korang.

Mesin kopi ini mempunyai tiub stim untuk korang buat kopi jenis berkrim pahit seperti cappucino, espresso, dan lain-lain.

Kelebihan

  • Ada aksesori tambahan seperti sudu kopi, penapis, corang kopi, dan carafe
  • Ada fungsi milk frosting untuk korang hias kopi korang atau tambah krim

Kekurangan

  • Tiub steam agak bising
  • Tekanan bar rendah

4. Hamilton Beach The Scoop Single-Serve Coffee Maker

Mesin kopi Hamilton datang dalam banyak settings untuk korang customize sendiri kopi korang.

Ada mode regular untuk korang bancuh serbuk kopi korang. Ada juga mode bold untuk korang buat serbuk kopi korang akan lagi halus dan lagi pekat.

Ia juga mempunyai penapis untuk tapis serbuk lebihan apabila kopi korang siap dibancuh di dalam mesin ini.

Kelebihan

  • Mesin yang simple dan tak makan banyak ruang rumah korang
  • Diperbuat daripada steeless stain dan mudah untuk korang cuci
  • Siapkan kopi kegemaran korang dalam masa 10 minit
  • Ada 2 tahun waranti

Kekurangan

  • Mesin ini hanya buat satu cawan kopi pada satu masa

5. KitchenAid Artisan Cold Brew Coffee Maker 

Korang suka buat kopi sejuk? Apakata korang beli satu KitchenAid Artisan . Ia datang dengan tiga settings mode berbeza untuk korang hasilkan kopi kegemaran korang.

Pertama, mode bold iaitu ia akan hiriskan serbuk kopi jadi lebih halus dan pekat.

Kedua, full-bodied untuk hasilkan tiga layer berbeza di dalam kopi korang.

Ketiga, smooth & balanced untuk kasi kopi korang berkrim dan rasa aroma kopi sebenar.

Cara korang nak buat kopi guna mesin ini pun senang. Korang masukkan serbuk kopi kegemaran korang, letakkan ais atau simpan dalam peti ais selama 2 jam, dan siap diminum.

Kelebihan

  • Ada tiga setting mode berbeza untuk korang customize kopi korang
  • Cara penggunaan yang senang

Kekurangan

  • Fungsi mesin kopi ini tak advance seperti mesin kopi yang di atas
Leave A Reply

Your email address will not be published.