7 Peti Sejuk Beku Freezer Terbaik Dengan Harga Murah
Korang ada masalah nak letak barang dapur seperti ayam mentah, daging mentah, dan sebagainya?Sebab itu, korang perlukan peti sejuk beku.
Peti sejuk beku kebanyakan orang panggil freezer. Dah macam jadi bahasa Melayu dah… pakcik kat kampung pun panggil macam tu. hehe..
Sekarang, Freezer datang dalam saiz kecil dan harga mampu milik.
Nak letak kat rumah? ✅
Nak bawa pergi camping? ✅.
Nak bawa berniaga? ✅
Semua sesuai!
Jadi, dalam artikel ini saya akan senaraikan 7 peti sejuk beku freezer terbaik dengan harga murah yang korang boleh beli.
Peti sejuk beku
1. Midea 130L Chest Freezer (WD-130WA)
Selain sesuai untuk simpan lauk basah dan barangan frozen, untuk korang yang ada bayi yang masih menyusu, boleh ambil 1 slot paling atas untuk tempat simpan susu .
Iye lah, kalau guna peti ais biasa tu, sure bersumbat-sumbat dengan makanan beku yang lain. Risau pula bekalan susu tu terkontiminasi pula.
Selain itu, freezer ini ada roda. Senang untuk korang gerak freezer ini kat mana-mana tempat yang korang rasa sesuai.
Kelebihan
- Bunyi freezer tak bising
- Cepat sejuk
- Boleh kunci freezer guna pin lock
Kekurangan
- Saiz freezer agak berat iaitu 130L. Saya cadangkan husband korang tolong bawakan freezer ini.
2. Butterfly 116L Chest Freezer (BCF-WG 101)
Korang nak freezer bawa berniaga kat pasar malam, uptown, dan sebaginya?
Korang boleh guna Butterfly 116L chest freezer. Ia agak ringan dan muda untuk korang nak bawa ke mana-mana.
Kelebihan
- Boleh kunci freezer guna pin lock
- Hanya ada satu bakul sahaja
- Ada roda untuk gerakkan freezer
Kekurangan
- Perlu bawa power generator untuk hidupkan freezer ini.
Lepas ini, kalau korang nak simpan bahan mentah atau air untuk berniaga. Guna sahaja freezer butterfly ini, confirm menyenangkan kerja korang.
3. Elba EF-E1310(GR) Chest Freezer 130L
Korang nak freezer yang boleh simpan makanan dan air dengan lama?
Korang boleh dapatkan Elba Chest Freezer 130L sebab ia mampu untuk matikan bakteria dan hilangkan bau hanyir.
Kelebihan
- Diperbuat daripada keluli stainless steel untuk tahan lama
- Ruang sebanyak 130L, sesuai untuk korang nak simpan banyak makanan dan minuman
Kekurangan
- Tidak jimat elektrik
- Tak ada roda untuk gerak freezer ini
4. Toshiba 249L Chest Freezer (CR-A249M)
Nak freezer canggih sikit?
Korang boleh try Toshiba 249L chest freezer. Ia setanding dengan peti sejuk yang korang ada.
Kelebihan
- Ada ruang 200L untuk kegunaan berniaga, camping dan sebagainya
- Ada non-CFC untuk pastikan makanan korang tahan lama
- Sesuai untuk simpan pelbagai jenis makanan dan minuman
Kekurangan
- Harga agak sedikit mahal.
Saya cadangkan korang tekan butang di atas untuk tengok harga promosi.
5. SAMView Chest Freezer With ST Approval (80L)
Satu lagi freezer simple yang korang boleh beli iaitu SAMView. Ia datang dengan ruang sebanyak 80L dan 1 bakul.
Selain itu, ia boleh dikunci dengan guna pin lock. Korang boleh set suhu freezer yang korang nak dengan butang yang boleh dilaras.
Kelebihan
- Boleh kunci freezer ini guna pin lock
- Boleh kawal suhu guna butang pelaras
- Ada dual cooling untuk cepatkan sejuk sampai -18C
- Tahan lama dan senang untuk dibersihkan
Kekurangan
- Tak ada roda untuk gerakkan freezer ini
6. Morgan Chest Freezer Dual Function (80 L)
Freezer Morgan jenama tak asing lagi di Malaysia. Ia boleh diadjust suhunya antara -8C hingga -24C. Selain itu, korang boleh juga jadikan freezer ini sebagai peti ais tambahan.
Ia mempunyai ruang sebanyak 80 liter untuk korang simpan makanan dan minuman.
Kelebihan
- Cepat sejukkan makanan dan minuman
- Senang untuk korang bersihkan
- Ada roda untuk korang gerakkan freezer ini
- Ada 1 tahun waranti
Kekurangan
- Harga agak sedikit mahal.
Saya cadangkan korang tekan butang di atas untuk tengok harga promosi
7. Portable Car Refrigerator
Korang nak freezer untuk simpan minuman sahaja?
Korang boleh dapatkan portable car refrigerator. Korang boleh bawa freezer ini untuk camping, berkelah, berniaga dan sebagainya. Ia ringan untuk korang bawa, berat cuma 4 liter.
Kelebihan
- ada dua lapisan ruang sahaja
- Boleh masukkan 6 minuman tin 360ml atau 4 botol 420ml
- Multipurpose, boleh juga korang simpan ubat-ubat, face mask, kosmestik dan sebagainya
Kekurangan
- Tak tahan lama
- Tak ada waranti