Take a fresh look at your lifestyle.

7 Mesin Pengering Baju Dryer Terbaik Pilihan Ramai

0 7

Mesin pengering baju merupakan salah satu alat yang perlu ada di rumah korang.

Tanpa dryer, baju korang akan makan masa untuk kering, memandang Malaysia sejak kebelakangan ini kerap hujan. Susah untuk baju korang kering.

Jadi dengan ada mesin pengering baju, kerja korang akan jadi lagi mudah dan tak perlu korang nak sidai baju.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 mesin pengering baju dryer terbaik pilihan ramai yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan..

Mesin pengering baju

1. Khind Clothes Dryer

Mesin pengering baju Khind dibina dengan pintu depan yang besar supaya senang untuk korang masuk dan keluar baju yang korang nak keringkan.

Ia datang dengan lima mode pengeringan berbeza mengikut keperluan korang iaitu Cold Air, Anti-Wrinkle, Warm Air, Hot Air, dan Air-Dry.

Kalau nak korang nak cepat boleh pilih mode Hot Air, atau kalau korang tak rushing, korang boleh pilih mode Cold Air.

Ia dipasang dengan material PTC Heating untuk pastikan pakaian korang kering sepenuhnya tanpa perlu guna suhu yang tinggi.

Kelebihan

  • Pintu masuk dan keluar yang besar
  • Ada lima mode pengeringan berbeza
  • Dipasang dengan material PTC Heating

Kekurangan

  • Hanya mampu muatkan pakaian sehingga 6-8 kg

2. LG Dual Inverter Heat Pump Dryer with Auto Cleaning Condenser

Mesin LG ini dipasang dengan sistem Allergy Care yang berfungsi untuk bunuh hampir 99.9% bakteria dan hama yang ada pada baju korang.

Ia mengandungi teknologi The Eco Hybrid yang ada dua mode berbeza iaitu Energy Mode dan Time Mode. Ditambah dengan Dual Inverter yang akan cepat proses baju korang yang lembap akan jadi kering dalam masa beberapa jam.

Ia turut dipasang auto-cleaning condeser berfungsi untuk mencuci sendiri kondesernya. Jadi lepas ini korang tak perlu nak susah nak bersihkan kondesernya secara manual, nak cabut skru sana sini.

Kelebihan

  • Dipasang dengan sistem Allergy Care
  • Mengandungi teknologi The Eco Hybrid
  • Ada auto-cleaning condeser

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

3. Samsung 8Kg Heat Pump Dryer Machine

Mesin ini mempunyai sistem The Quick Dry. Sesuai untuk korang nak keringkan baju korang dalam masa 35 minit dengan suhu yang tinggi. Ia juga mampu muatkan sehingga 8 kg baju korang.

Ia mengandungi penapis dua dalam satu yang dapat tingkatkan suhu pengeringan baju korang supaya baju korang cepat kering. Bila cepat kering, lagi cepat korang dapat pakai baju kegemeran korang.

Ia akan automatik adjust suhunya mengikut kelembapan baju supaya baju korang tak berkedut. Ia juga menggunakan teknologi A+++ Energy Effiecient yang berfungsi untuk jimatk bil elektrik korang.

Kelebihan

  • Ada mode The Quick Dry
  • Mengandungi penapis dua dalam satu
  • Automatik adjust suhunya mengikut kelembapan baju
  • Ada teknologi A+++ Energy Effiecient

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

4. LG 8kg Dryer with TrueSteam™ and Sensor Dry

Cara mesin pengering LG bekerja ialah ia akan berpusing berselang seling ikut arah jam (dari kiri ke kanan) dan berlawan (dari kanan ke kiri) untuk elakkan baju korang berkedut.

Ia datang dengan empat mode berbeza iaitu Cotton, Easy Care, Mixed Fabrics dan Refresh mengikut keperluan korang.

Kalau korang beli baju jenis fabrik, boleh gunakan mode Mixed Fabrics supaya baju korang tak terjuntai benangnya.

Ia mempunyai 8 sensor canggih dengan fungsi yang berbeza. 8 sensor tersebut ialah filter sensor, pump water level sensor, steam temperature sensor, humidity sensor, comp out sensor, eva in sensor, low and high temperature sensor.

Ia juga mempunyai sistem Smart Diagnosis yang korang boleh download apps dan tahu apa masalah yang hadapi. Tapi, pihak LG tak jamin data tersebut accurate.

Kelebihan

  • Ada empat mode berbeza iaitu Cotton, Easy Care Mixed Fabrics dan Refresh
  • Baju korang tak berkedut

Kekurangan

  • Sistem Diagnosis punya data tak tepat

5. Toshiba Sensedry Tumble Dryer (7kg)

Mesin pengeringan Toshiba ini mampu memuatkan sehingga 7 kg baju korang. Ia datang dengan 16 jenis mode pergeringan berbeza yang korang boleh pilih mengikut keperluan korang. Korang hanya perlu pusingkan tombol.

Ia mempunyai paparan LED digital yang tunjukkan korang masa pengeringan. Ia dipasang dengan child lock tapi korang tetap perlu awasi anak-anak korang kerana pintu mesin ini akan overheating.

Selain itu, ia dipasang dengan teknologi SENSE DRY yang berfungsi untuk cepatkan lagi proses pengeringan baju korang supaya korang boleh pakai lagi cepat baju kegemaran korang.

Kelebihan

  • Ada 16 jenis mode pergeringan
  • Ada paparan LED
  • Ada childlock
  • Teknologi SENSE DRy

Kekurangan

  • Mampu muatkan sehingga 7 kg baju
  • Harga sedikit mahal

6. Electrolux Vented Dryer 8Kg UltimateCare™ 500 Dryer

Mesin pengeringan Electrolux datang dengan teknologi pengesan sensor yang boleh tahu kelembapan baju korang. Dengan teknologi ini, ia automatik akan berhenti bila baju korang dah kering. Sensor ini juga mampu buatkan baju korang tahan lama dan kekalkan 80% peratus warna baju korang.

Cara mesin pengeringan ini berkerja ialah ia akan berpusing selang seling ikut arah jam dan lawan jam untuk elakkan baju korang terlekat satu sama lain di dalam mesin ini.

Ia mengandungi tiga mode pengeringan berbeza iaitu, Extra Dry, Normal Dry dan Iron Dry. Korang boleh pilih ikut kesesuaian korang. Korang juga boleh pilih suhu, ada tiga suh berbeza iaitu Boost, Low dan Airing.

Kelebihan

  • Ada sensor canggih untuk kesan tahap kelembapan baju
  • Ada tiga mode pengeringan berbeza iaitu Extra Dry, Normal Dry dan Iron Dry
  • Ada tiga jenis suhu berbeza iaitu Boost, Low dan Airing

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

7. Haier Tumble Dryer 6 Kg

Cara mesin pengering Haier bekerja ialah mesin ini akan buat pusaran vortex besar supaya baju korang akan cepat kering.

Ia datang dengan dua mode pengeringan berbeza yang korang boleh pilih.

Ia mengandungi sensor dry technology untuk kesan tahap kelembapan baju korang. Dengan teknologi ini, apabila baju korang kering, ia akan automatik berhenti.

Mesin Ini juga senang untuk korang hidupkan dan setting cuma pusingan tombol dan on kan butang.

Kelebihan

  • Ada dua mode pengeringan
  • Ada teknologi sensor dry technology
  • Senang untuk digunakan

Kekurangan

  • Tak ada child lock.
    Korang perlu awasi anak-anak bila mereka hampir dengan mesin pengering ini.

Khas untuk wanita lepas bersalin

yang nak

kempiskan perut 

dalam 3-7 hari sahaja

dalam 3-7 hari sahaja

 KEMPISKAN PERUT

Leave A Reply

Your email address will not be published.