7 Mesin Buat Mee Terbaik – Buat Sendiri Lagi Sedap
Korang gemar makan mee? Kalau buat sendiri lagi baik kan. Ada banyak mesin buat mee sekarang.
Sebut tentang mee pasti ramai yang teringat mee mamak, mee bandung, mee hailam, mee sizzling serta beraneka jenis masakan mee lain yang terdapat di negara kita. Sedap-sedap semua sampai tak tahu mana satu nak pilih.
Tapi pernah tak korang cuba buat mee sendiri? Selain sedap, kebersihan pon terjamin, lebih sihat kan? Tambahan untuk keluarga yang punya anak kecil, mungkin ada alahan tertentu, bila boleh buat mee sendiri, yakin sikit nak makan.
Selain itu boleh juga isi masa lapang dan boleh juga dijual sebagai pendapatan sampingan. Wah banyak betul manfaat buat mee sendiri ni .
Dah terfikir nak buat mee sendiri? Jom tengok senarai beberapa jenama mesin buat mee sendiri yang terdapat di pasaran. Boleh tengok mana yang sesuai dengan bajet dan kegunaan di rumah.
Mesin Buat Mee Terbaik
1. High Quality Stainless Steel Manual Noodle Pasta Maker Machine Noodle & Pasta Maker Machine – mesin buat mee secara manual
Mesin mee ini digunakan secara manual. Mudah digunakan dan yang paling penting mesra poket!
Caranya sediakan doh, lalu pada “roller” dan kemudian “cutter’. Mudah kan?
Didatangkan dengan “roller” boleh laras berketebalan antara 0.5-3mm, juga 2 jenis acuan mee biasa ataupun lebar.
Material adalah jenis tahan karat, serta mempunyai pengapit mudah alih, membolehkan mesin ini dibawa ke mana-mana dengan mudah.
Selain mee, mesin ini juga boleh digunakan untuk meleperkan fondant untuk deco kek.
2. MIDEA Noodle Maker – mesin buat mee terbaik
Peace of mind! Dengan mesin mee automatik ini segalanya lebih mudah.
Tak perlu susah susah nak “crank, jimat tenaga.
Direka untuk beroperasi secara senyap, serta stimulasi istimewa membolehkan korang menikmati mee umpama diadun dengan tangan.
Terdapat 8 aturan/setting. Boleh pilih saiz, bentuk, ketebalan, corak termasuk kulit dumpling, spagetti dan pasta. Reka bentuk compact dan minimalnya pasti menawan hati.
Harga masih dibawah mampu milik. Sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada yang tersayang.
3. PENSONIC Noodle House | PNM-01 PNM01
Mesin mee automasi penuh ini mempunyai aura “zen” yang menenangkan. Paparan LED sesuai dengan citarasa moden masakini. Campur, adun, dan diacu hanya dengan satu butang. Sangat menarik!
Terdapat 13 aturan berbeza yang boleh dipilih untuk mee dan pasta. Perisa dalam bentuk cecair juga boleh ditambah ke dalam adunan untuk kelainan. Jangkamasa uli pula hanya 3 minit. Cepat betul!
Senyap dan padu, serta harga yang masih mampu milik menjadikan ia WAJIB beli untuk penggemar mee buatan sendiri.
4. NOGC NSA-042 Automatic Multi-functional Noodle Maker
Reka bentuk “sleek” dan warna merah eksklusif mesin ini memberi sentuhan rasa estetik untuk pemiliknya. Memukau!
Juga beroperasi dengan satu butang sentuhan, sangat mudah.
Terdapat 6 gear boleh laras, yang memberi 3 mode ketebalan mee diantara 0.3-3mm. Lebar mee pula datang dalam 2 mode, antara 2mm-4mm dengan 2.5-4.5mm.
Sedikit berat dan mempunyai ‘anti slip base’ di permukaan bawah mesin yang pasti sangat selesa bila digunakan.
5. ZETIAN 13 Moulds Automatic Electric Pasta Machine DIY Vegetables Noodle Maker
Jenama ini adalah antara mesin mee yang berada dalam kategori harga mampu milik. Dengan harga bawah RM300 dan automasi penuh, boleh dikatakan sangat berbaloi untuk dibeli.
13 mod untuk pilihan size, bentuk, corak dan ketebalan untuk semua produk mee, spageti dan dumpling.
Untuk penghasilan mee yang sempurna serta ketahanan produk, mesin ini didatangkan dengan 3 sensor yang berfungsi ketika diadun. Bagus betul!
Berkapasiti sehingga 500gm untuk sekali adun, sangat sesuai untuk keluarga kecil dalam lingkungan 6-8 orang.
6. NOXXA Noodle Maker
Pasti ramai yang mengenali jenama Amway bukan? Amway juga mempunyai mesin mi automatik yang dijual secara langsung dengan nama Noxxa.
Mesin Noxxa ini berkapasiti 400gm sekali adun dan dilengkapi dengan pelbagai acuan . Selain mi, kuih raya seperti semperit, tat gulung, sarang semut juga boleh dihasilkan.
Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang Noxxa, boleh berhubung dengan mana mana ejen sah Amway.
Lagi mudah, Amway juga kerap mengadakan demonstrasi penggunaan mesin mesin mereka , bagus untuk pengguna.
7. TAKAFUJI DMZ-200b Electric Noodle Making Machine
Jenama seterusnya ini sesuai untuk kegunaan berkapasiti agak besar. Sambil buat untuk makan sendiri boleh juga dijual untuk tambah pendapatan.
Dilengkapi dengan roller 8”/200mm, mesin ini mampu menghasilkan mi dengan kadar maksimum 30kg/hr, wah banyak tu!
Saiz mi boleh dipilih antara 6mm atau 9mm, dengan anggaran tebal 1-10mm. Yang pasti mesin ini berat ya, 20kg hehe.
Okay dah tau jenama apa nak dibeli?
Pastikan bersesuaian dengan bajet dan kegunaan ye. Paling penting lepas beli, kenalah guna, jangan buat tukun pula. Hehe.
Okey sampai sini je saya boleh kongsi, kita jumpa artikel seterusnya okey. Bye !