7 Mesin Buat Aiskrim Terbaik – Harga Mampu Milik.
Aiskrim adalah satu jenis pemanis mulut yang disukai oleh semua peringkat umur. Ianya senang didapati dalam pelbagai jenis perisa. Apa kata korang cuba beli sendiri mesin buat aiskrim yang harganya mampu milik dan mudah untuk dikendalikan?
Seronok bila korang dapat menikmati aiskrim selalu, tambahan pula dalam keadaan cuaca yang panas. Ada pelbagai jenis mesin buat aiskrim yang terdapat dipasaran. Korang boleh pilih bergantung kepada bajet dan jenis aiskrim yang korang suka.
Sebelum buat keputusan untuk membeli mesin aiskrim, korang perlu pertimbangkan beberapa ciri seperti harga yang berpatutan, kualiti hasil aiskrim yang baik serta mudah dikendali dan diselenggara. Jom kita tengok antara produk yang ada di pasaran:
Mesin Buat Aiskrim
1. Homemade Instant Fry Ice Cream Yogurt Fruit Roll Maker – Mesin buat aiskrim yang viral
Aiskrim gulung viral ni memang sedap.
Korang boleh buat sendiri didapur dengan bantuan mesin buat aiskrim yang mudah untuk dikendalikan ini.
Home Made Instant Fry Ice Cream Yogurt Fruit Roll Maker ini tidak menggunakan kuasa elektrik. Untuk penggunaan kali pertama ianya cuma perlu disejukbekukan selama sekurang-kurangnya 24 jam.
Bagi setiap penggunaan yang seterusnya, korang hanya perlu masukkan mesin aiskrim ini ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 8-10 jam sebelum digunakan.
2. Mold Ice Tray Puck Popsicle
Korang mengidam pelbagai perisa aiskrim dalam satu masa? Bancuh saja dan curahkan dalam mesin Mold Ice Tray Puck Popsicle ini, sejukbekukan dan sedia untuk dinikmati dalam masa beberapa jam saja.
Korang boleh buat 10 perisa yang berlainan dalam masa yang sama kerana mesin aiskrim ini dilengkapi dengan 10 acuan yang diperbuat daripada getah silikon. Ianya boleh disejukbekukan dengan segera, mudah dicuci dan senang untuk disimpan selepas digunakan.
3. ZOM Frozen Dessert Maker Household Fruit Ice Cream Machine –
Frozen Dessert Maker Household Fruit Ice Cream Machine adalah mesin aiskrim yang patut ada dirumah korang.
Harganya berpatutan dan cara pengoperasian automatiknya mudah untuk dikendalikan.
Jika korang ada jamuan kecil, pastinya pemanis mulut anda menjadi pilihan hadirin yang diraikan.
Korang cuma perlu memasukkan buah-buahan beku ke dalam mesin buat aiskrim ini dan dalam masa yang singkat korang akan dapat menikmati pemanis mulut yang menyihatkan dan sangat sedap!
4. Ice Cream Tube – Aiskrim Goyang Thailand
Ice Cream Tube atau Aiskrim Goyang Thailand ini adalah mesin yang mempunyai 80 slot aiskrim yang sangat mudah pengendaliannya. Ianya tidak menggunakan kuasa elektrik dan mudah dibawa kemana sahaja.
Disamping menikmati aiskrim yang menyegarkan pada bila-bila masa, korang juga boleh menambah pendapatan dengan membeli mesin aiskrim goyang yang viral ini.
Korang hanya perlu menggunakan air dalam kotak yang boleh dibeli dipasaraya untuk membuat aiskrim goyang ini.
Pasti korang tak menang tangan melayan permintaan pelanggan di majlis-majlis perkahwinan, karnival jualan, kantin sekolah atau perniagaan kecil-kecilan dari rumah.
5. YOULG Portable Mini Ice Cream Maker – Mesin buat aiskrim pilihan ramai
Disebabkan saiznya yang kecil dan ringan, korang boleh bawa mesin Portable Mini Ice Cream Maker ini kemana saja.
Mesti seronok dapat menikmati aiskrim buatan sendiri ketika pulang ke kampung atau semasa bercuti.
Mesin buat aiskrim ini mempunyai kapasiti 0.8L dan amat mudah untuk dikendalikan dengan satu butang sahaja.
6. Manual Ice Crusher Snow Cone Maker
Air Batu Campur atau ABC adalah menu pemanis mulut kegemaran ramai terutamanya di kala cuaca panas. Korang boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan mesin Manual Ice Crusher Snow Cone Maker ini
Dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk dikendalikan, korang tak akan menyesal dengan pelaburan yang korang buat bila membeli mesin ini.
7. Electric Ice Cream Maker Soft Serve Machine
Kalau korang memiliki mesin Electric Ice Cream Maker Soft Serve Machine ini korang boleh menikmati aiskrim yang lemak manis, lembut dan gebu ketika cuaca panas pada bila-bila masa sahaja.
Dengan menggunakan mesin buat aiskrim ini, dalam masa yang singkat saja korang boleh menikmati aiskrim buatan sendiri menggunakan buah-buahan, kekacang dan susu kocak yang akan menghasilkan kombinasi perisa yang semulajadi.