Take a fresh look at your lifestyle.

7 Toner Untuk Jeragat Yang Terbaik Dan Berkesan

0 5,044

Yang sedang mencari toner untuk jeragat, boleh refer sini ye.

Mimpi ngeri wanita bila usia dah meningkat mulalah keluar jeragat. Tak best betul!

Rutin penjagaan muka yang tidak teratur menjadi salah satu punca jeragat tau.

Asas penjagaan muka seperti mencuci, melembab dan pemakaian “toner” wajib diberi perhatian agar kulit kekal sihat berseri.

1st impression mat salleh kata hehe.

Bila kulit cantik, penampilan menarik, mesti tampak lebih berkeyakinan.

Ada banyak toner jeragat terbaik di pasaran yang boleh bantu korang.

Scroll sampai bawah tau jangan ngelat! Rugi !

Toner untuk jeragat

1. SAFI Perfect White Toner

Safi jenama yang tidak asing lagi di Malaysia.

Mudah didapati di mana mana farmasi juga belian secara online.

Bahan aktif :

  • Nano Biowhite ( meresap jauh ke dalam lapisan kulit dan memudarkan noda hitam untuk kulit lebih bersih dan cerah )
  • Kakadu Plum ( sumber vitamin C 100x lebih berkuasa dari oren – kulit lebih sihat dan mulus )

Nak konsisten juga mudah, sebab harga sangat mesra poket !

2. EUCERIN Pro Acne Toner  – toner untuk jeragat

Kandungan aktif bahan antibakteria iaitu 2% asid laktik membantu liang pori tersumbat, dapat menghalang pembiakan kuman serta mencegah cela pada kulit wajah anda.

Jika kulit muka korang ada masalah berminyak, jeragat, dan jerawat , inilah toner yang anda perlu cuba.

Toner ini sudah pun menjalani ujian klinikal dan dermatologi, ianya selamat digunakan.

Jangan risau ibu mengandung pon boleh pakai toner ni tau!

3. ESKINOL Spotless White Toner

Produk yang berasal dari Filipina ini sangat viral dikalangan netizen.

Juga mesra poket, tak rugi cuba.

Mengandungi ekstrak calamansi yang mampu mengurangkan masalah jerawat kecil, parut jerawat, jeragat juga tona kulit tidak sekata.

Cara guna selepas bersihkan muka, korang letak toner atas cotton pad dan dap dap je dekat muka okay. Baru pakai pelembap dan serum macam biasa.

Yang penting konsisten tau, baru boleh nampak resultnya.

4. WARDAH Lightening Face Toner – toner untuk jeragat

Jenama Wardah ni sangat terkenal dalam kalangan “influencer” negara seberang , Indonesia.

Rata rata yang saya follow memang pakai produk Wardah.

Tapi sekarang dah mula terkenal di Malaysia.

Banyak feedback positif ya, korang kena masuk list toner ni.

Mengandungi Niacinamide, sangat membantu menghaluskan pori dan mencerahkan tona kulit.

Cara pakai juga sama, selepas bersihkan wajah, dap dap toner pada wajah diikuti pelembap dan serum.

5. COSMODERM Luminous Pearl Brightening Toner

Jenama Cosmoderm merupakan jenama tempatan yang berjaya menembusi pasaran “drugstore’.

Banyak rangkaian dan siri produk penjagaan kulit dan wajah ini di pasaran, salah satunya adalah toner.

Kulit kusam berjeragat boleh cuba toner ni.

Ramuan:

  • Aktif G
  • Witch hazel
  • Aloe vera
  • Licuorice
  • Chamomile

Penyegar ini  merangsang penjanaan sel kulit baru yang lebih cerah.

Selepas pembersih, tuangkan sedikit toner ke atas kapas. Sapukan dengan rata ke atas muka. Boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan.

6. SOME BY MI Galactomyces Pure Vitamin C Toner

Ah K-popers mesti tau produk ni. Produk Korea kan.

Sedikit “pricey”  tapi takpe, untuk kulit muka “glass skin “ macam Korean , boleh cuba toner ni.

Mengandungi Galactomyces dan vitamin C, kombinasi 2 bahan terbaik ini , mampu menyerlahkan keserian wajah juga menghalang pigmentasi.

Toner ini juga boleh digunakan untuk:

  • meredakan sun burn
  • mencegah cela
  • kulit kusam
  • kulit berkedut sekitar mata
  • kulit kendur
  • jeragat
  • lingkaran hitam bawah mata

7. VIBRANT GLAMOUR Double Retinol Face Toner

Jenama yang berasal dari China ini sudah mula dikenali di Malaysia.

Antara ramuan aktif adalah Retinol, Niacinamide, Alpha arbutin , Trehalose, vit C, vit E dan banyak lagi.

Lebih menarik, toner ni merupakan formulasi tambah baik dari formula sedia ada, iaitu “double retinol + nicotinamide” black technology.

Harga keras sikit tapi berbaloi dengan apa yang anda dapat.

Sangat berkesan untuk melambatkan penuaan, mencegah kedutan, kulit kendur, kusam, jeragat dan juga mencerahkan kulit.

Pendek kata, all good in one!

Review~ “ I love this product. It has a secret ingredient that makes my skin becomes healthier. Trusted product provided by the Vibrant Glamour for everybody. Good quality of the product for our skin.”

Leave A Reply

Your email address will not be published.