Take a fresh look at your lifestyle.

9 Pencuci Muka Lelaki Yang Terbaik Dan Berkualiti

0 10,312

Pernah dengar tak pencuci muka lelaki?

Haa selalu kita dengar untuk wanita je kan, yes memang betul ada untuk lelaki juga.

Lelaki pun kena jaga muka, walaupun tak berubah jadi lebih hensem, tapi kulit kekal sihat tak kusam, dah memadai.

Kalau korang nampak suami ke ayah ke boyfriend korang ada masalah kulit muka, bolehla usha-usha pencuci muka lelaki kat bawah ni.

Saya dah listkan siap siap 9 pencuci muka lelaki yang terbaik untuk korang tau! Baca sampai habis ekey.

Pencuci muka lelaki terbaik

1. HIMALAYA MEN Pimple Clear Neem Face Wash

Pencuci Himalaya ni memang dibuat khas untuk lelaki.

Terdiri daripada Neem dan Natural Salicylic sebagai antibakteria dan antiseptik untuk mencegah dan merawat jerawat.

“soap free” formula dan meresap pantas ke dalam kulit.

Jenama ni memang dah lama dalam pasaran, banyak feedback bagus ye, WAJIB cuba.

Semua jenis kulit boleh guna pencuci ni.

2. GARNIER Men Facial Foam

Kerap nampak iklan Garnier dekat TV kan?

Garnier pun ada pencuci muka lelaki.

Semua pencuci ni mampu melindungi kulit sensitif, membersih kotoran pada muka dan mencegah pori tersumbat secara amnya.

Tapi paling istimewa, korang boleh pilih sendiri ikut kesesuaian kulit muka .

Ada beberapa jenis pencuci yang korang boleh pilih untuk setiap keadaan kulit.

  • Garnier Men turbo light Oil Control Cooling Foam
  • Garnier Men Turbo light Oil Control Icy Scrub
  • Garnier Men Acnofight AntiAcne Scrub In Foam
  • Garnier Men Turbo Light Oil Control 3in1 Charcoal Foam
  • Garnier Men AcnoFight Wasabi Foam
  • Garnier Men PowerWhite Dark Spot + Pore Tightening S/Duo foam
  • Garnier Men Turbo Light Oil Control Matcha Deep Clean Foam

Harga jangan risau tak sampai RM10 pun tau! Sangat mesra poket.

3. GATSBY Men Face Wash

Ada 5 jenis pilihan jenama Gatsby, boleh pilih mana satu yang sesuai dengan masalah kulit muka.

  1. Perfect Clean (mengandungi arang dan teknologi triple scrub action ) sesuai untuk kulit normal dan berminyak)
  2. Ice Freeze (memberi sensasi sejuk nyaman , mengandungi Menthol Crystal + Menthoxypropanediol)
  3. Oil Control (sesuai untuk kulit kusam berminyak, mengandungi micro scrub beads dan serbuk tanah liat)
  4. Clear Whitening ( sesuai untuk kulit kusam, mengandungi ekstrak papaya, kacang keladi dan micro scrub untuk kulit bersih dan glowing,mampu mencerahkan tona kulit wajah)
  5. Anti Acne ( mengandungi daun semambu, anti bakteria agen dan microskrub, sesuai untuk kulit berjerawat,kulit juga jadi lebih lembut)

Harga pun level marhaen gaiss jangan pening pening hehe.

4. L’OREAL Men White Anti-Acne Volcano Foam Face Wash

Jenama ini memang terkenal, boleh kata ‘high end’ juga.

Diperkaya dengan ekstrak mineral gunung berapi, anti oksidan yang berkesan untuk mencegah dan merawat jerawat.

Kulit berminyak juga dapat dikawal, tak delah nampak berkilat je kan.

Cara pakai mudah je. Letak sikit pencuci ditangan.

Letak air dan gosok lembut sehingga “foamy”.

Gosok lembut pada muka, fokus pada T-zone, dahi , hidung dan dagu.

Selesai, dan boleh diikuti dengan pelembap dan serum jika suka.

5. SWISSE Charcoal Face Wash For Men 

Jenama ni dibawa terus dari Australia.

Vegan and cruelty free. Syarikat ni mesra alam. Bagus sangat ! Tiub pembungkusan pun dibuat dari resin tebu.

Kandungan bahan antaranya serbuk arang, likuoris, tea tree oil dan minyak pati terpilih.

Sangat bagus dan dapat menghilangkan kotoran serta merawat kulit berminyak.

Hasilnya kulit lebih lembut, lembap dah sihat.

Harga sedikit mahal, tapi takpe untuk kulit boleh melabur lebih sikit .

6. SUTRA AVERA Facial Cleanser Men

Pencuci ni sesuai untuk lelaki dan perempuan. Boleh kongsi la kan hehe.

100% asas tumbuhan, untuk kulit sensitif boleh guna pencuci ni.

Bebas kimia dan SLS.

Bahan utama adalah aloe vera.

Diperkaya dengan alpha hydroxy acid(AHA) dan lemon bertujuan untuk mencerahkan age spot, bintik hitam dan mengurangkan garisan kedutan.

Sesuai semua jenis kulit, boleh diguna setiap hari.

7. BULLDOG skincare facewash

Jenama dari Eropah. Dicipta khusus untuk lelaki.

Banyak ulasan menarik bermaksud kene cuba hehe.

Vegan, cruelty free, tidak diuji keatas haiwan.

Diadun dengan 8 jenis minyak terapi antaranya bergamot, lemon, geranium dan patchouli yang menghasilkan bauan maskulin.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Disarankan untuk beli sekali dengan skrub, pelembap dan krim mata untuk hasil lebih effektif.

8. Vaseline Men Face Wash

Vaseline sinonim dengan produk pelembap dan losyen.

Namun ada juga pencuci muka, dan lebih istimewa, untuk lelaki.

Terdapat 4 jenis pilihan losyen yang boleh dibeli:

  • Healthy White ( untuk mencerahkan kulit )
  • Anti Acne ( untuk kulit jerawat dan berminyak )
  • Anti Dullness ( untuk kulit kusam )
  • Oil Control ( untuk kulit berminyak dan bintik hitam )

Diperkaya dengan Vit B3 dan Vit E, menhasilkan kulit lebih bermaya dan sihat.

Juga tidak mengeringkan kulit.

9. Original Lab Series Skincare For Men Multi-Action Face Wash

Korang boleh jumpa jenama ni di Parkson jika bernasib baik.

Sebab selalunya SOLD OUT hehe.

Berfungsi sebagai skrub lembut dan pencuci dan tidak sekasar skrub biasa.

Boleh juga digunakan sebagai perapi sebelum cukur.

Tidak mengeringkan muka dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Diperkaya dengan menthol & daun pudina untuk sensasi sejuk dan menyegarkan.

Nak guna setiap hari pun boleh, tiada masalah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.