7 Krim Gatal Terbaik Dan Berkesan Untuk Kulit Kering Dan Eczema
Korang sedang mencari krim gatal terbaik untuk masalah kegatalan pada kulit? Organ terbesar tubuh manusia adalah kulit kita. Dengan luas sekitar 2 meter persegi pasti korang akan rasa tidak selesa jika mengalami masalah kegatalan kulit kan.
Antara faktor yang menyebabkan kegatalan adalah jangkitan bakteria atau kulat, kulit kering atau eczema. Sebelum menggunakan sebarang ubat korang perlu kenal pasti dulu jenis kegatalan yang korang hadapi supaya boleh beli ubat yang betul dan berkesan.
Jom lihat senarai krim yang korang boleh pilih untuk pelbagai jenis kegatalan.
1. Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturizer
Krim Gatal Terbaik Untuk Kulit Sensitif
Krim gatal terbaik ini sesuai untuk korang yang mempunyai kulit yang sensitif dan kering. Formulasinya ringan dan tidak melekit walaupun dalam cuaca panas. Bebas dari steroid dan paraben. Selamat untuk digunakan pada kanak-kanak dan juga orang dewasa yang menghadapi masalah kulit.
Krim ini mengandungi bahan mentol yang akan beri rasa sejuk bila disapu. Jadi korang akan kurang rasa keinginan nak menggaru. Kandungan ceramide yang tinggi pula dapat mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia membaik pulih lapisan kulit dan menghalang kulit daripada terdedah dengan pencemaran sekeliling.
2. Cetaphil Moisturizing Cream
Krim Gatal Terbaik Untuk Kulit Kering
Bagi korang yang mengalami masalah eczema atau kulit terlampau kering, sila cuba krim gatal terbaik ini. Selalunya pesakit eczema mahukan krim yang mampu mengekalkan kelembapan kulit bagi supaya sensasi gatal pada kulit dapat dikurangkan.
Krim ini menggunakan formulasi unik yang mampu mengekalkan kelembapan pada permukaan kulit. Sesuai untuk digunakan dibahagian kulit seperti tangan, kaki, siku, lutut, bahagian muka dan bahagian lain yang kering.
Krim ini telah disahkan secara klinikal mampu melembabkan kulit dan merawat kulit gatal dengan cepat dan berkesan. Ia tidak menyebabkan liang pori tersumbat dan bebas lanolins, parabens, serta bahan pewangi yang boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit sensitif.
3. Eucerin Baby Eczema Relief Baby Creme
Krim Gatal Terbaik Untuk Si Manja
Kalau korang ada bayi yang menghadapi masalah kegatalan kulit, krim ini antara krim gatal terbaik yang korang boleh cuba. Ia mengandungi bahan semulajadi seperti oatmeal yang boleh membantu melegakan masalah kulit disebabkan eczema.
Krim ini juga dapat membantu menyurutkan kemerahan dan kegatalan kulit kerana ia diperkaya dengan formulasi Licochalcone. Ceramide yang juga terdapat didalam krim ini membantu mengekalkan kelembapan kulit sekaligus memperbaiki keadaan kulit korang.
Krim ini bebas dari bahan pewarna, pewangi dan juga steroid. Jadi sesuai digunakan untuk bayi 3 bulan ke atas dan juga orang dewasa. Kalau bayi korang berumur dibawah 3 bulan, tolong dapatkan nasihat doktor dulu ya.
4. 3 LEGS Tinea Kare Anti-Fungal Cream
Krim Gatal Terbaik Untuk Jangkitan Kulat
Rimasnya jika ada rasa gatal akibat jangkitan kulat kepada kulit kan. Apa kata korang cuba krim gatal yang ini. Bahan aktif seperti Clotrimazole dalam krim ini mampu menghalang pembentukan kulat dan melawan jangkitan kulat yang lain.
Krim ini juga dapat membantu untuk membasmi sebarang simptom kegatalan yang berkaitan dengan jangkitan kaki atlet, gatal-gatal, kurap serta penghidap dermatomycoses akibat yis dan kulat. Cuma sapu dikawasan kulit yang terkena jangkitan kulat dan ia akan melegakan sebarang sensasi kegatalan.
5. Buds Organics Cherished Belly Stretch Mark Cream
Krim Gatal Terbaik Untuk Ibu Hamil
Kalau korang ibu hamil yang menghampiri trimester ketiga korang mungkin akan mengalami sensasi kegatalan di kawasan perut yang kian membesar. Ini disebabkan oleh kulit yang meregang dengan banyak dalam masa yang singkat. Rasa kurang selesa boleh diatasi dengan menggunakan krim gatal terbaik untuk ibu mengandung ini.
Krim ini mengandungi ramuan yang diperkaya dengan minyak jojoba, minyak bunga matahari, daun lidah buaya dan juga minyak Tamanol. Ia menjadikan krim ini sesuai digunakan untuk kelegaan kulit yang kering dan menghindari risiko kemunculan tanda regangan atau selulit semasa korang hamil.
6. Shaklee Herbal Blend Multi Purpose Cream
Krim Gatal Terbaik Untuk Cacar Air / Chicken Pox
Kalau korang dijangkiti cacar air atau Chicken Pox, boleh cuba krim gatal terbaik ini. Rumusan daripada ekstrak tulen herba semula jadi termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary dapat membantu mengeringkan dan meredakan parut cacar air.
Krim ini telah diuji secara klinikal dan berkesan untuk melembutkan kawasan kulit yang kasar seperti pada lutut, siku dan kaki. Bila disapu pada kulit, korang akan rasa sejuk je disebabkan oleh kandungan mentol didalamnya.
Krim ini bebas paraben serta bahan kimia dan bahan beracun yang lain menjadikan ianya sesuai digunakan pada anak kecil. Ia boleh membantu meredakan ruam lampin pada bayi serta gigitan nyamuk. Korang juga boleh juga gunakan bagi masalah tumit pecah atau merekah, kulit kering serta meredakan masalah jerawat atau bekas jerawat.
7. Creobic Cream Krim Creobic Antifungal
Krim Gatal Terbaik Untuk Individu Aktif Bersukan
Bagi korang yang ingin merawat masalah gatal-gatal, terbakar, retak, dan kurap cubalah krim gatal terbaik ini. Krim ini amat sesuai juga untuk mengelakkan jangkitan kulat pada pangkal paha yang biasa dialami oleh individu yang aktif bersukan.
Krim ini perlu digunakan mengikut arahan doktor. Baca label dengan teliti untuk mengetahui dos sebenar dan cara menggunakannya dengan betul.
Hanya satu lapisan tipis saja perlu disapu dikawasan yang yang mengalami kegatalan. Pastikan kawasan tersebut telah dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan dengan baik sebelum korang menggunakan krim ini.
Simpan krim ini suhu bilik jauh dari cahaya matahari. Jangan tinggalkan krim ini di tempat yang lembab seperti di tandas untuk mengelakkan kerosakan pada ubat.
Ok, cepat pergi beli krim yang sesuai. Pastikan korang pilih krim yang sesuai dengan masalah korang ya.