Take a fresh look at your lifestyle.

Kecilkan Pori-Pori Wajah – 7 Jenama Yang Terbaik Dan Berkesan Di Watson

0 170

Korang mencari produk kecilkan pori-pori wajah yang terbaik dan berkesan? Sila baca sampai habis ye.

Masalah liang pori besar, serta rutin penjagaan kulit tidak teratur boleh membawa kepada masalah kulit lain yang lebih serius.

Secara semulajadi, kelenjar ‘sebaceous' yang terdapat dalam folikel bulu roma melepaskan sebum ke permukaan kulit.

Jika sebum keluar berlebihan, kulit akan kelihatan berminyak.

Jika pori-pori tersumbat dengan lebihan minyak tadi dan memerangkap debu serta kotoran, jerawat akan muncul.

Jadi untuk memelihara kulit supaya kekal sihat dan bermaya, rutin tambahan seperti memakai produk kecilkan pori-pori sangat disarankan.

Bukan apa, bila kulit bermasalah dan sudah kritikal, kos membaikpulih wajah akan jadi lebih mahal, boleh cecah ribuan ringgit tau!

Jadi jom tengok senarai produk kecilkan pori-pori wajah yang terbaik dan berkesan di Watson dekat bawah ni.

Produk kecilkan pori-pori wajah

1. WARDAH Acnederm Pore Refining Toner

Toner Wardah ini mengandungi Witch Hazel dan ekstrak Aloe Vera yang dapat mengecilkan pori-pori dan membantu kulit untuk meresap pelembap dan serum dengan lebih baik.

Diformulasi dengan Dermatreat Actives, sesuai untuk kulit berjerawat.

Cara pakai sangat mudah.

Basuh muka, basahkan kapas muka dengan toner dan sapu perlahan-lahan keseluruh muka dan leher.

Produk ini cepat meresap dan tidak melekit.

Review ~ ” seronok pakai..cepat menyerap dan bau tak meloyakan. rasa sejuk mcm mint. boleh tanggalkan lebihan kotoran di muka lepas cucian dengan cleanser “

2. BIODERMA SEBIUM Pore Refiner – Kecilkan Pori-Pori Wajah

Dicipta untuk kulit kombinasi dan berminyak.

Diformulasi dengan Fluidactiv yang mengawal pengeluaran sebum, menghalang pori dari tersumbat juga mengelak cela.

Asid argarik dan kombinasi bahan aktif pelembap memastikan kulit tidak kering dan sihat dari dalam.

Mampu mengetatkan liang pori sehingga 8 jam dari penggunaan pertama.

Sudah diuji secara klinikal dan dermatologi.

Review ~ ” powdery finish, long lasting oil control, keeps the face feeling fresh all day “

3. AIKEN Bha Pha Pore Refine Cleanser

Tekstur ‘creamy' soft scrub, sesuai digunakan setiap hari.

Gabungan hebat BHA dan PHA dari Perancis serta sumber natural VitC dari Jepun , terbaik!

BHA meresap jauh ke dalam kulit menghalang penghasilan sebum berlebihan serta membersihkan kotoran, blackhead dan whitehead.

PHA berfungsi sebagai soft scrub membuang kulit mati dan menyuburkan kulit dari dalam.

Natural VitC mencerahkan tona kulit, menghalang cela untuk kulit halus dan cantik.

Harga sangat mampu milik tau , boleh cuba untuk yang tak tau nak bermula dengan produk mana satu.

Review ~ ” Seminggu lebih dah guna 😁👍🏻 lepas guna kulit tak ada rasa tegang² or kering. So memang sesuailah dengan muka ni “

4. HADA LABO – Deep Clean & Pore Refining Face Wash – Kecilkan Pori-Pori Wajah

Antara face wash yang popular penggunaannya, sangat membantu mengecilkan liang pori.

Mengandungi asid hyaluronic dan agen pelembap yang membersihkan liang pori disampingkan mengekalkan kelembapan kulit.

Selamat , tidak mengandungi sebarang haruman, pewarna, minyak mineral juga alkohol.

Merupakan pencuci bersifat alkali, sesuai digunakan setiap hari.

Harga mesra poket bawah rm20 je tau, tak rugi untuk cuba.

Review ” dah banyak kali beli dengan seller ni..face wash ni sangat best guna..rasa bersih muka”

5. PINK BY PURE BEAUTY Balancing Pore Refining MarineCel Mask

Produk Korea yang telah dipatenkan ini merupakan mask muka beralga complex.

Juga diperkaya dengan asid hyaluronic dan kolagen yang mengekalkan keanjalan kulit.

Pemakaiannya boleh mengekalkan kelembapan kulit serta mengetatkan liang pori.

Kesan boleh dilihat seawal sekali penggunaan.

Mask muka ni antara produk kecilkan pori-pori terbaik di Watson.

Murah, kadang-kadang ada promosi boleh beli banyak untuk stok hehe.

Review ” I already try, my pore look clear really good for skin highly recommended “

6. MENTHOLATUM Acnes Deep Clean & Pore Refining Wash

Tekstur scrub lembut dan sejuk.

Kalau kulit korang berminyak dan berjerawat, boleh cuba pencuci muka ni.

Formulasi terdiri daripada:

  • Green jojoba beads (menghasilkan BHA untuk membersihkan pori dan menghalang jerawat)
  • Blue jojoba beads (sebgai biji scrub lembut)
  • Ekstrak avocado (menghalang penghasilan sebum berlebihan)
  • Centella asiatica (merawat cela, bagus untuk kulit sensitif)
  • Seaweed (melembapkan kulit)
  • Menthol (memberi kesan sejuk dan segar)

Cara pakai basuh muka dengan pencuci dan bilas bersih. Guna 2 kali sehari .

Review ~”Good for sensitive and acne skins with scars seem using it not much acne coming”

7. DR.WU Mandelik Pore Refining Essence Toner

Agak mahal tapi banyak pengguna berpuas hati dengan produk ni.

Diperbuat dari asid mandelik mikromolekul asid buah yang berfungsi secara lembut pada kulit.

Diadun sekali dengan witch hazel, tea tree oil serta BHA untuk membersihkan liang pori serta menghalang jerawat.

Ekstrak plum pula berfungsi mengawal keratin, mengurangkan jerawat sehingga 70% dan mengecilkan liang pori sehingga 17% . Kesan dapat dilihat selepas 7 hari penggunaan konsisten.

Vitamin B3 dan pro Vitamin B5 ditambah untuk melembap dan menyuburkan kulit.

Boleh digunakan untuk kulit sensitif.

Dipakai selepas cuci muka, hanya letak pada pad kapas dan sapu keseluruh muka dan leher.

Review ~ “Second purchase, this product suitable for my skin, good product quality”

Khas untuk wanita lepas bersalin

yang nak

kempiskan perut 

dalam 3-7 hari sahaja

dalam 3-7 hari sahaja

 KEMPISKAN PERUT

Leave A Reply

Your email address will not be published.