Take a fresh look at your lifestyle.

7 Penapis Udara Terbaik Di Malaysia

0 1,232

Yang mencari penapis udara terbaik, sila baca ini sampai habis ye

Zaman sekarang, kita selalu hidu udara yang tak sihat dan berbau yang tak menyenangkan dalam rumah kita. Sebab itu penapis udara boleh hilangkan udara yang tak sihat dan bau-bau tersebut.

Penapis udara ini wajib korang ada di rumah lagi-lagi kalau korang ada ahli keluarga yang merokok atau penghisap vape yang tegar, setiap masa asyik nak hisap rokok jer. Korang memang kena beli satu penapis udara.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 penapis udara terbaik di Malaysia yang korang boleh beli untuk rumah korang.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Penapis udara terbaik

<!–
intervento all'apparato gastrointestinale
Intervento Gastroenterologico
Testo aggiuntivo sull’intervento gastrointestinale.
wp:heading {“level”:3} –>

1. Dyson Purifier Cool™

Penapis udara dengan design yang moden dan premium ini memang akan kena dengan tema rumah korang. Ia dipasang dengan 9 sensor yang akan memberikan korang udara yang segar untuk bilik sederhana.

Ia menggunakan teknologi Air Multiplier iaitu ia akan menyedut dan memberikan udara yang segar. Korang juga boleh kawal penapis air ini menggunakan Dyson Link yang korang boleh download di smartphone korang dan korang kawal guna app itu jer.

Ia juga sesuai juga untuk keluarga yang ada bayi. Ia boleh on secara mode senyap supaya bayi korang tak terbangun apabila korang on penapis air ini 24 jam.

Kelebihan

  • Design moden dan unik
  • Ada mode senyap
  • Ada 9 sensor penapis untuk memberikan rumah korang udara yang segar

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

2. Philips Series Air Purifier – Penapis Udara Terbaik

Penapis udara ini dipasang dengan HEPA Filiter dan active carbon filter yang berfungsi untuk tapis 99.9% virus dan bakteria di udara. Pada masa yang sama, penapis udara ini dipasang smart sensor untuk mengesan level pencemaran udara.

Ia turut mempunyai 5 level kelajuan berbeza yang boleh naikkan kelajuan penapis udara secara automatik. Korang dah tak perlu tekan banyak-banyak butang lagi, tekan sekali.

Penapis udara ini boleh bersihkan udara kurang setengah jam dengan clean air delivery rate berkelajuan 270m/h.

Kelebihan

  • Dipasang HEPA Filter dan active carbon filter
  • Ada smart sensor untuk kesan level pencemaran udara di rumah korang
  • Ada 5 level mode kelajuan berbeza

Kekurangan

  • Tak sesuai untuk bilik yang besar

3. Sharp Plasmacluster Haze Mode Air Purifier

Dengan teknologi High Density Plasmacluster Ion, ia dapat membunuh partikel udara yang tak bersih dengan cepat di rumah korang.

Kalau korang ada family yang suka hisap rokok atau vape, korang boleh dapatkan penapis udara Sharp. Ia akan hilangkan bau-bau rokok dan vape dalam masa setengah jam.

Ia juga jimat elektrik, korang nak guna 24 jam tak akan melambung tinggi bil elektrik seperti aircond. Penapis udara ini juga sangat senang untuk korang gunakan, budak 7 tahun pun boleh guna.

Kelebihan

  • Ada teknologi High Density Plasmacluster Ion
  • Hilangkan bau-bau rokok dan vape dalam masa setengah jam
  • Jimat elektrik dan mesar pengguna

Kekurangan

  • Kalau penapis dalam kotor, korang perlu buka partnya dan bersihkan dulu.

4. Xiaomi Smart Mi Air Purifier – Penapis Udara Terbaik

Xiaomi bukan sahaja keluarkan smartphone, mereka juga turut keluarkan Penapis udara Xiaomi. Skrin Oled yang digunakan dalam smartphone mereka turut dipasang pada skrin panel penapis udara ini.

Penapis udara ini akan hidup secara ultra senyap dengan bunyi sekuat macam jam tangan yang tak akan ganggu tidur malam korang. Ia dipasang dengan 3 dalam 1 penapis.

Korang juga boleh kawal penapis udara ini dengan mendownload app Xiaomi Home untuk korang control penapis udara ini hanya tekan satu butang melalui fon.

Kelebihan

  • Ada panel skrin Oled
  • Ultra senyap bila dihidupkan, ia tak akan menggangu tidur malam
  • Dipasang dengan 3 dalam 1 penapis.
  • Boleh kawal penapis udara ini guna app ini sahaja

Kekurangan

  • Tak sesuai untuk bilik besar

5. PerySmith Air Purifier Aurora Series

Penapis udara ini dipasang dengan teknologi Aurora UV Light yang berfungsi untuk membunuh virus dan bakteria sehingga 99.9%.

Ia dipasang dengan 4 sistem penapis udara iaitu pre-filter, medium filter, activated carbon deodorization filter dan H12 0.3 micron HEPA filter. Dengan empat penapis ini, korang boleh hirup udara segar di rumah korang.

Penapis udara ini hidup secara ultra senyap denga bunyi sekuat macam jam tangan yang tak akan ganggu tidur malam korang. Ia juga datang dengan skrin yang boleh disentuh untuk korang control penapis udara ini.

Kelebihan

  • Dipasang dengan teknologi Aurora UV Light
  • Ada 4 sistem penapis untuk memberikan udara yang segar di rumah korang
  • Ultra senyap
  • Skrin panel yang boleh disentuh

Kekurangan

  • Banyak guna tenaga elektrik

6. Philips Air Purifier Series

Yang bestnya dengan penapis Philips ini, korang boleh hidupkan dan kawal penapis udara ini hanya guna suara. Sama macam korang guna Siri dekat iPhone korang. Tapi, nak guna korang perlu ada sambungan wifi dan appnya.

Penapis udara ini boleh menapis udara di rumah korang sehingga 99.9%. Virus, allergan, aerosol dan sebagainya mati.

Penapis udara ini mempunyai 2 tahun warranty. Korang juga tak perlu tergesa-gesa nak bersihkan penapis ini setiap bulan, korang hanya perlu bersihkan penapis selepas tiga tahun.

Kelebihan

  • Boleh hidupkan dan kawal penapis udara hanya guna suara
  • Menapis udara di rumah korang sehingga 99.9%
  • Ada 2 tahun warranty

Kekurangan

  • Tak sesuai untuk bilik yang besar

7. Panasonic NanoeX Air Purifier

Ini penapis udara paling unik dalam senarai ini kerana ia ada mode 2 dalam 1 iaitu korang boleh guna sebagai penapis udara atau korang boleh guna sebagai mesin humidifier.

Dengan teknologi Nanoe X, ia akan membunuh virus, bakteria dan allergan. Teknologi ini juga dapat memberi hidrasi kepada kulit dan rambut supaya kulit korang tak akan kering sangat. Apabila kulit kita kering sangat, kulit kita akan cepat pecah dan rosak.

Penapis udara ini datang dengan 1 tahun warranty.

Kelebihan

  • Ada teknologi Nanoe X yang membunuh virus dan bakteria
  • Boleh guna ia sebagai mesin Humidfier
  • 1 tahun waranty

Kekurangan

  • Tak sesuai untuk bilik yang besar
Leave A Reply

Your email address will not be published.