Take a fresh look at your lifestyle.

Peti Ais Mini – 5 Jenama Murah dan Berkualiti

0 425

Peti ais mini sangat berguna untuk korang yang ada anak-anak yang duduk hostel atau korang masih lagi bujang tengah menyewa rumah sewa.

Peti ais mini jauh lagi murah berbanding peti ais standard yang ada di pasaran. Kalau korang student atau bujang, harga ini mungkin akan kopak duit korang.

Peti ais mini lagi banyak jimat elektrik dan tak makan banyak ruang di hostel atau rumah sewa korang. Malah, peti sejuk mini boleh juga jadi peti ais tambahan untuk tampung lebihan bahan-bahan dapur daripada peti sejuk yang ada di rumah korang.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 5 peti ais mini murah dan berkualiti yang korang boleh beli hari ini.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Peti ais mini

1. Faber Mini Refrigerator Frigor – Peti ais mini 50 liter

Ia datang dengan waranti untuk compressor dan untuk peti sejuk ini selama 1 tahun. Dengan saiz ruang sehingga 50 liter, memang cukup untuk korang simpan bahan-bahan dapur korang seperti sayu-sayuran, buah-buahan, pencuci mulut dan sebagainya.

Korang boleh adjust rak-rak yang ada dalam peti sejuk ini mengikut citirasa korang.

Kelebihan

  • Ada 1 tahun waranti
  • Ruang peti sejuk ini sampai 50 liter
  • Rak boleh diadjust

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

2. Pensonic Mini Bar With Freezer Compartment

Peti sejuk Pensonic ini datang dengan ruang sebesar 45 liter. Sama seperti peti sejuk mini di atas, ruang ini cukup memadai untuk korang simpan bahan-bahan dapur korang. Ia dipasang dengan ruang kecil khas di dalam peti sejuk untuk korang simpan susu atau susu menyusu untuk baby.

Fungsi tambahan seperti defrost secara semi-auto, kaki peti ais yang boleh diadjust, pintu yang boleh terbalikkan, dan jimat elektrik ada juga dalam peti ais mini ini.

Kelebihan

  • Ada ruang kecil khas untuk simpan susu menyusu bayi
  • Ruang peti sebesar 45 liter
  • Ada fungsi defrost secara semi-auto
  • Jimat elektrik

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

3. Hisense Mini Bar

Peti sejuk Hisense ada 7 mode suhu yang berbeza yang korang boleh pilih. Korang hanya perlu pusing knob untuk set suhu yang korang nak.

Ia datang dengan ruang sebesar 60 liter. Sesuai untuk korang bawa hostel, bawa ke rumah sewa. Korang juga boleh simpan banyak air kegemaran korang untuk keluarga dan tetamu.

Ada ruang sejuk beku di dalam peti ais ini untuk korang simpan ais krim dan makanan frozer seperti nugget, tauhu dan sebagainya. Peti sejuk ini hidup secara senyap dan mempunyai pad pada kakinya supaya ia kekal stabil.

Kelebihan

  • Ada 7 mode suhu berbeza yang korang boleh pilih
  • Ruang sebesar 60 liter
  • Ada ruang sejuk beku di bahagian atas peti ais

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal

4. Baseus Mini Refrigerator

Peti ais mempunyai design yang unik yang buat orang tak sangka ini peti ais. Ia sesuai untuk korang letak kat bilik tidur atau ruang tamu.

Ia datang dengan ruang sehingga 8 liter dan bersaiz ringan senang untuk korang bawa ke mana-mana tempat korang suka. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai peti sejuk, korang boleh ubah jadi alat pemanas untuk korang panaskan semula makanan korang seperti ayam goreng, bubur dan sebagainya.

Peti sejuk ini guna kuasa elektrik yang rendah iaitu bawah 60W. Korang juga boleh guna peti sejuk ini untuk simpan produk skincare korang.

Kelebihan

  • Jimat elektrik
  • 2 dalam 1, boleh jadi peti sejuk atau pemanas makanan
  • Ringan dan senang untuk korang bawa ke mana-mana

Kekurangan

  • Ruang peti sejuk ini hanya 8 liter

5. Baigu Car Refrigerator Portable Cooler Mini Freezer

Korang nak peti sejuk mini yang boleh masuk dalam kereta korang? Korang beli satu peti sejuk mini daripada Baigu ini.

Saiz peti sejuk kecil memang muat untuk korang letak kat atas tempat duduk, kat kaki atau dekat tengah tempat duduk kereta korang. Ia datang dengan tali kabel yang korang boleh pasang terus pada kereta korang supaya ia stabil.

Selain itu, peti sejuk ini juga boleh jadi alat pemanas makanan pada suhu 65C. Jadi, apabila korang nak panas atau sejuk makanan korang, guna sahaja peti sejuk ini.

Kelebihan

  • Boleh bawa masuk dalam kereta, motor, dan van
  • Ada tali kabel yang boleh korang cantumkan untuk stabilkan peti sejuk ini
  • Boleh jadi pemanas makanan

Kekurangan

  • Ruang peti sejuk ini yang agak kecil
Leave A Reply

Your email address will not be published.