Take a fresh look at your lifestyle.

Penimbang Digital Terbaik – 7 Jenama Pilihan

0 1,275

Tanpa alat penimbang digital terbaik, proses untuk korang buat kek memang susah nak menjadi.

Bahan-bahan yang digunakan untuk buat kek memerlukan ukuran gram dan kilogram yang tepat supaya kek yang korang buat nanti menjadi, sedap dimakan dan menarik dipandang.

Sebab itu korang perlukan penimbang digital. Dengan penimbang digital, bahan-bahan yang korang timbang akan lebih tepat berbanding penimbang jenis jarum.

Dalam artikel ini, saya akan senaraikan 7 penimbang digital terbaik yang korang boleh beli.

Nak tahu?

Teruskan bacaan korang..

Penimbang digital terbaik

1. Russell Taylors Stainless Steel Kitchen Scale KS-10

Ada juga kek dan kuih memerlukan ukuran gram atau kilogram untuk jadi adunan kita menjadi dan sempurna.

Saya sarankan korang beli satu penimbang dari Rusell Taylor ini. Ia boleh menimbang adunan dan bahan-bahan dengan tepat. Korang boleh tukar unit dengan klik butang unit. Ada unit gram, kilogram, ib:oz, fl’oz, dan ml.

Kelebihan

  • Boleh tukar unit kepada ib:oz, fl’oz, atau ml

Kekurangan

  • Boleh timbang berat sampai 3 kg

2. LCD Kitchen Digital Scale – Penimbang digital terbaik untuk serbuk yang ringan

Penimbang Akiro ini sesuai untuk korang timbang bahan yang sangat ringan macam serbuk, cecair, emas, dan seangkatanya. Penimbang ini mendapat kelulusan USA FDA (United States Food and Drug Administration), dimana material yang digunakan untuk buat penimbang ini selamat untuk korang guna.

Korang juga boleh tukar unit timbangan seperti gram (g), carat (ct), pennyweight (dwt), troy ounce (ozt), ounce (oz), grain (gn).

Penimbang dipasang lampu skrin LCD, so mudah untuk lihat nilai timbangan walau dalam keadaan tidak terang.

Kelebihan

  • Ada lampu skrin LCD
  • Ada 6 unit timbangan berbeza seperti (g), (ct), (dwt), (ozt), (oz), dan (gn)
  • Sesuai untuk timbang bahan yang ringan seperti serbuk

Kekurangan

  • Boleh timbang sampai 3kg sahaja

3. Digital Kitchen Scale

Penimbang FurniHome ini diset dengan unit timbangan imperial dan metrics seperti gram (g), mililitre (ml) dan ounce (oz).

Penimbang ini diperbuat daripada stainless steel dengan rekaan yang simple dan mudah untuk korang gunakan.

Ia dipasang dengan skrin LCD untuk korang tahu beberapa banyak berat bahan yang korang timbang. Saiznya juga agak kecil dan senang untuk korang bawa ke mana-mana.

Kelebihan

  • Guna unit timbangan imperial dan metrices
  • Material digunakan diperbuat daripada stainless steel

Kekurangan

  • Skrin LCD terlalu kecil

4. Kubei Digital Electronic Kitchen Scale

Korang nak buat kopi dengan kek? Korang boleh guna penimbang Kubei. Penimbang Kubei yang hampir sama dengannya banyak digunakan di kedai kopi untuk timbang biji kopi secara tepat.

Penimbang Kubei ini mempunyai pelekat kalis air dan saiz yang kecil, senang untuk korang bawa ke mana-mana dan senang untuk korang simpan. Ia datang dengan 9 unit timbangan seperti gram (g), mililitre (ml), troy ounce (ozt), ounce (oz), pound (lb), pennyweight (dwt), grain (gn), dan teralitre (tl). 

Ia diperbuat daripada bahan jenis stainless steel. Jadi, korang boleh guna dengan lama penimbang ini.

Kelebihan

  • Saiz kecil
  • Datang dengan 9 unit timbangan berbeza
  • Diperbuat daripada bahan jenis stainless steel

Kekurangan

  • Ukuran timbang akan lari kalau korang letak bahan seberat 1 kg
  • Butang dalam bahasa cina

5. UTP SF-400 Digital Scale

Ia datang dengan skrin LCD. Walaupun korang letak mangkuk besar di atas penimbang ini, korang masih lagi boleh baca unit ukuran yang ada. Penimbang ini juga bersaiz kecil dan lepar, ia tak makan banyak ruang.

Penimbang ini datang dengan 7 warna berbeza seperti kuning, merah, hijau, biru, putih, jingga, dan ungu.

Penimbang ini boleh timbang berat sebanyak 10kg. Sesuai untuk korang nak buat kek untuk hidangan besar-besaran seperti majlis kahwin, majlis hari jadi, dan sebagainya.

Kelebihan

  • Saiznya yang kecil dan senang untuk korang bawa ke mana-mana
  • Mesra pengguna

6. Electronic Digital Price Computing Weighting Scale – Penimbang digital terbaik

Penimbang ini agak kuno sikit tapi masih lagi berbaloi untuk korang beli sebab ia boleh timbang berat sehingga 40kg. Walaupun penimbang ini kebanyakkan digunakan untuk timbang dan tetapkan harga di kedai runcit, korang masih boleh gunakan untuk buat kek dalam jumlah yang banyak dan besar.

Unit timbangan dalam pemberat ini boleh ditukar dengan tekan butang yang ada di situ. Ia diperbuat daripada material jenis stainless steel dan palstic tebal.

Penimbang ini korang boleh hidupkan dengan guna plug atau korang boleh cas dulu sebelum digunakan.

Kelebihan

  • Boleh ukur berat bahan sehingga 40kg
  • Material diperbuat daripada material jenis stainless steel dan plastik tebal
  • Penimbang boleh dicas

Kekurangan

  • Saiz agak besar
  • Ukuran berat tak tepat kalau berat bahan bawah 2g

7. Portable Spoon Scale

Penimbang ini sesuai untuk buat kek yang bersaiz kecil. Ia boleh timbang bahan dari 0.1g sehingga 500g.

Penimbang ini datang dengan unit timbangan seperti gram (g), ounce (oz), carats (ct), dan grain (gn).

Untuk korang cuci, korang boleh tanggal bahagian sudunya dan basuh seperti biasa.

Untuk korang guna penimbang ini dengan lebih lama,elakkan timbang barang terlalu berat dan elakkan juga dari bahagian timbangan terkena air.

Kelebihan

  • Ringan dan senang dibawa ke mana-mana
  • Ada 4 unit timbangan berbeza
  • Senang untuk korang cuci

Kekurangan

  • Tak boleh timbang bahan berat lebih 500g
Leave A Reply

Your email address will not be published.