6 Sabun Mandi Lifebuoy Terbaik Dan Wangi
Sabun mandi Lifebuoy pun ok kan…
Sejak Covid -19 melanda ni, orang ramai dah mula concerned dan ambil kisah dengan penjagaan kebersihan badan especially dengan basuh tangan dan juga semasa mandi.
Ada yang sanggup berhabis duit untuk beli sabun mahal-mahal dari luar negera yang kononnya boleh bunuh kuman 99%.
Sebenarnya, sabun yang dengan fungsi yang sama tu kita boleh dapat dengan harga yang murah sahaja dalam malaysia ni. Antaranya adalah jenama Lifebuoy.
Jenama ni memang diperakui ramai kerana baunya yang sangat wangi dan juga ada banyak pilihan bau.
Paling penting, ia menawarkan pelbagai fungsi yang bagus untuk kulit termasuklah perlindungan pada bakteria.
Jom kita tengok senarai pelbagai jenis sabun jenama ini yang ada di pasaran.
Sabun Mandi Lifebuoy Terbaik.
1- Lifebuoy Mild Care Antibacterial Shower Gel – Sabun Mandi Lifebuoy Untuk kulit Sensitif
Formula Lifebuoy Mild Care Body Wash mengandungi kebaikan krim susu yang melembabkan,lembut dan membantu kulit korang mengekalkan kelembapan semula jadi semasa mandi.
Lifebuoy Mild Care Body Wash disyorkan khas utuk kulit sensitif.
Dikuasakan oleh Activ Silver di mana ianya dapat memberi korang perlindungan 10 kali lebih baik daripada kuman yang menyebabkan penyakit.
Ianya kaya dengan buih dan secara tak langsung membantu ianya mencapai ke tempat yang sukar dicapai pada badan.
Lifebuoy Mild Care ini juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak.
2- Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Lemon Fresh
Lifebuoy Lemon Fresh ini dihasilkan dengan bahan utamanya iaitu ekstrak buah Lemon.
Lemon adalah merupakan salah satu sumber utama asid sitrik alam semula jadi yang bagus untuk membersihkan dan mencerahkan kulit.
Harumannya membuatkan korang berasa segar sepanjang hari dan melindungi korang dari kuman sebelum dan selepas seharian beraktiviti di luar rumah.
3- Lifebuoy Antibacterial Cool Fresh Shower Gel
Sabun Mandi Lifebuoy Cool Wash Body Wash mengandungi kristal mentol dari minyak daun peppermint yang mampu membersihkan secara mendalam serta membuat tubuh sejuk dan segar sepanjang hari.
Sabun ini boleh menghaluskan dan membersihkan kulit korang secara mendalam hingga ke pori-pori.
Peppermint terkenal sebagai ubat herbal yang mujarab dalam mengubati penyakit.
Oleh yang demikian, korang pun dapat menjalani aktiviti harian dengan nyaman tanpa perlu khawatir dengan serangan kuman penyebab penyakit.
4- Lifebuoy Total 10 Shower Gel – Sabun mandi Lifebuoy dengan Activ Silver Plus
Sabun mandi Lifebuoy Total 10 Body Wash membantu memastikan korang dan seisi keluarga bersih dan dilindungi daripada kuman/bakteria. Ia mengandungi Activ Silver Plus, formula memerangi kuman terpantas.
Sabun ini kaya dengan buih dan dapat mencuci dengan lebih mendalam.Sebab tu, ia membuatkan kulit korang rasa lebih bersih dan segar.
Bantu untuk memastikan keluarga korang selamat daripada kuman dengan pencuci badan yang melembapkan ini.
5- Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Shiso & Pink Clay
Mandian ini diilhamkan dengan kebaikan semula jadi Shiso Jepun. Shiso ini dikenali dengan nama Perilla frutescens var. crispa, sejenis herba yang banyak dijumpai di pergunungan China dan India. Tapi sekarang tumbuhan herba ni sudah boleh dijumpai di seluruh dunia.
Sebut tentang clay atau tanah liat ini memang semua orang tahu, ia memang bagus untuk kulit. Pink Clay dalam mandian ini membantu membersihkan kulit dan detoks secara menyeluruh dari kuman penyebab jerawat untuk membantu tona kulit yang sekata. Jadi ia amat sesuai untuk jenis kulit kering dan sensitif.
6- Lifebuoy Antibacterial Shower Gel Matcha Green Tea & Aloe Vera
Setiap hari kita terdedah kepada haba, habuk dan juga kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kuman ini boleh menyebabkan kita terkena jangkitan kulit seperti ruam.
Dihasilkan dari Teh Hijau mentah, yang kaya dengan antioksidaan dan Aloe Vera yang menenangkan.
Sabun ini juga boleh menyahtoksik kulit korang dengan melawan pencemaran dan kuman yang menyebabkan masalah kulit.