10 Jenis BB Cream Terbaik di Malaysia
Yang mana sedang cari BB Cream Terbaik untuk wajah, boleh baca post ni sampai habis ye…
Siapa pengemar BB Cream kat sini? Kita sama.
Siapa yang gemar memakai BB Cream setiap hari ? Kita serupa juga ! hahaha
BB cream ni bukat setakat krim yang disapu kat muka tu aja malah ada pelbagai fungsi iaitu kat situ lah ada moisturizer, sunblock, primer, foundation, concealer, anti-aging dan lain-lain. Ia amat berlainan dengan foundation, fungsinya adalah untuk menyamaratakan tona kulit yang tak sekata tu.
“BB” bermaksud “beauty balm” atau “blemish balm”. Ia menawarkan perlindungan yang tipis, jadi ia adalah yang terbaik untuk menyembunyikan cela kecil kat wajah tu.
So, jom kita lihat senarai produk BB Cream Terbaik yang ada di pasaran.
BB Cream Terbaik
1. Silkygirl Magic BB Cream
Ia dirumuskan dengan serbuk mineral sebab itu krim ini mudah meresap di dalam kulit dan memberi kemasan semula jadi pada wajah korang.
Dengan adanya Hyaluronic Acid dan Vitamin E, jadi kulit kelihatan lebih muda dan anjal.
Ini kerana dua bahan ini membuatkan kulit korang lebih lembap dan meningkatkan kadar pembaharuan sel kulit untuk menghilangkan kulit kusam.
2. Missha M Perfect Cover BB Cream
Missha M Perfect Cover BB cream adalah BB cream dengan high quality coverage kerana mampu menutup jerawat, bintik-bintik hitam, garis-garis halus, dan sebagainya.
BB Cream nie sesuai untuk dipakai setiap hari kerana teksturnya yang ringan dan mudah dipakai.Terdapat kandungan SPF 42 di dalamnya sehingga tidak perlu memakai sun screen lagi.
Ia dapat merawat muka korang seperti anti aging, menghaluskan dan menjaga kelembapan kulit.
3. Wardah Lightening BB Cream
BB Cream Wardah mempunyai multi-fungsi dengan SPF 32 PA+++ dalam Krim BB, Ia membuat kulit korang lebih berseri, licin dan lembap.
Dirumus dengan kawalan minyak dan Triple Lightening System, krim ini tidak melekit, jadi boleh mengawal minyak pada wajah.
Sesuai untuk kulit sensitif dan disyorkan untuk merawat kulit kusam.
4. IN2IT BB Bright 5 in 1 Make-up Cream
Krim BB berasaskan air yang memberikan 5 faedah termasuk asas, asas solekan, primer, concealer dan pelindung matahari dengan SPF40 PA+++ yang melindungi daripada sinaran UVA /UVB matahari.
Menyediakan litupan ringan hingga sederhana dengan kalis air dan tahan lama selama 12 jam.
Ia dirumus dengan vitamin E dan ekstrak aloe vera untuk menyuburkan kulit korang.
5. Pixy UV Whitening 4 Beauty Benefits BB Cream
BB Cream dari jenama PIXY ini adalah antara BB Cream yang menjadi pilihan ramai.
Dengan kuasa ketahanan sehingga 12 jam, kulit korang akan kelihatan cerah walaupun seharian di luar.
Boleh diaplikasikan dengan menggunakan jari, berus solek atau pengisar kecantikan mengikut keselesaan penggunanya. BB Cream ini membantu korang untuk mencapai kulit yang lebih cerah semula jadi dengan kemasan seperti berbedak atau tidak.
UV Whitening BB Cream hadir dalam rona 01 Ocher (untuk nada kulit kekuningan), 02 Cream (untuk nada kulit yang cerah & medium) dan 03 Beige (untuk nada kulit yang lebih gelap).
6. YUBISO BB Cream Powder Shake
BB Cream YUBISO antara produk yang mampu milik. Maksud aku, murahla tue. So, bagi muda-mudi diluar sana yang baru nak belajar make-up tue bolehla dapatkan BB Cream nie.
Walaupun harganya murah, tapi coveragenya Tip Top.Ianya dapat melindungi kulit korang dari sinaran UV dan juga meratakan tona kulit yang sekata.
7. L’Oreal Paris Magic Skin Beautifier BB Cream
L’Oreal BB Cream ini memberi full coverage kepada kulit wajah dengan menyembunyikan cela yang ada.
Selain itu, ia dapat membuatkan warna kulit wajah korang kelihatan sekata dan shining.
Terdapat 5 jenis variasi krim yang boleh dipilih oleh korang mengikut kesesuaian dan penggunaannya.
8. FCC BB Cream 50 ml
BB Cream ini dirumus khas dengan bahan-bahan 7 dalam 1 iaitu Minyak Macadamia, Minyak Argan, Kolagen, Protein Sutera, Ekstrak Oat, Vitamin B3 dan SPF 15 membantu melindungi, membaiki dan menutup ketidaksempurnaan kulit korang tanpa menyumbat pori-pori untuk kulit kelihatan lebih licin.
Terdapat 2 pihan warna BB Cream ini iaitu Light to Medium dan Medium to Dark.
BB Cream ini sesuai untuk lelaki dan wanita dengan SPF untuk kulit berminyak, sensitif, kering dan berjerawat.
9. PURITO CICA Clearing BB Cream 30 ml
BB Cream ini dibuat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia tidak mengandungi bahan berbahaya seperti minyak pati dan tiada pewangi yang boleh menimbulkan kerengsaan apabila korang memakainya.
Terdapat penapis UV di dalamnya serta beberapa bahan hebat seperti ekstrak Centella Asiatica yang menyembuhkan kulit korang.
Selain itu , ada juga niacinamide untuk mencerahkan dan menjadikan pori-pori kulit muka korang kurang kelihatan. Ia juga termasuk anti-penuaan.
Terdapat dalam enam warna yang kelihatan semula jadi.
10. IMAGES BB Cream Moisture Beauty Cream
BB Cream ini juga antara produk termurah di pasaran. Walaupun murah tapi produk ini tidak akan mengecewakan korang.
Ia mampu membuatkan kulit korang lebih mulus dan akan melindungi kulit korang dari bahan bahaya yang ada di udara.
BB Cream ini tidak akan menyumbatkan liang pori-pori korang yang akan membuat jerawat tumbuh bagaikan “cendawan tumbuh selepas hujan”.