Take a fresh look at your lifestyle.

10 Berus Pencuci Muka Facial Brush Terbaik Di Malaysia

0 449

Dah ada Facial Cleansing Brush? Meh sini aku nak review sikit 10 jenis Facial Brush Terbaik untuk bantu korang buat pilihan mengikut jenis kulit korang.

Seperti korang tahu, facial brush ini diperlukan sewaktu kita membasuh muka bagi mendapatkan cucian yang maksimum hingga dapat menanggalkan kotoran sehinga ke liang pori.

Selain itu juga, ia dapat meningkatkan pejalanan darah di kawasan muka kita agar kulit kita kelihatan lebih glowing.

So, jom sama – sama kita lihat 10 jenis Facial Brush Terbaik untuk rujukan korang.

Facial Brush Terbaik

1. OGAWA Beauty Cleansing Brush

Kulit wajah korang akan jadi lebih bersih dan sihat, bintik hitam dan putih pun hilang apabila guna jenama ini. Ni kerana ianya lain dari yang lain kerana terdapat pelbagai jenis berus yang disediakan.

OGAWA Beauty Cleansing Brush ini ada 5 kepala berus yang mempunyai fungsinya tersendiri.

Ianya sangat best digunakan kerana ia dapat mengencangkan kulit dan otot wajah kita, mengecilkan pori-pori kulit,garis halus dan kedutan dan juga meningkatan sel-sel untuk peremajaan kulit.

2. Foreo Luna Mini 3 Facial Cleansing Brush

Jika korang mempunyai kulit kombinasi dan mudah naik jerawat, korang perlu bersihkan muka secara rutin setiap hari bagi mendapatkan kulit yang bersih dan sihat.

Jenama FOREO ni ada mengeluarkan 4 jenis facial cleansing brush untuk jenis -jenis kulit tertentu. So, sudah pasti salah satunya adalah untuk kulit sensitif.

Tambahan, setiap kali cucian tidak mengambil masa yang lama hanya 30-60 setiap satu sesi. Disebabkan itu baterinya tahan agak lama dan kita boleh guna sehinga 650 cucian.

3. 3D Two Side Face Wash Cleanser Brush

Bagi korang yang terikat dengan budget, jangan risau korang boleh guna cleansing brush di atas.

Cleansing brush ini terdapat dua permukaan yang boleh digunakan untuk membersihkan wajah.

Satu sisi adalah berus yang berbulu, dan satu lagi adalah dalam bentuk silikon.

Dengan mengunakan berus ini korang akan tahu kulit korang sesuai dengan berus yang bentuk macam mana.

Tetapi, janganla korang guna dengan kasar kerana dengan harga kita boleh tahu tahap ketahanannya.

4. Etude House My Beauty Tools Jellyfish Silicone Brush

Cleansing Facial Brush ni mesti korang suka kerana ia terlalu cute dan kecik. Ia adalah dalam bentuk silikon berbentuk “Sotong” yang comel.

Nak pegang pun senang.

Ibu-ibu diluar sana bolehla belikan brush nie untuk anak-anak korang kerana ia senang di bawa kemana-mana sahaja.

Ia umpama kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tapi still boleh membersihkan muka kita dengan bersih.

5. Pobling Electric Pore Sonic Vibration Facial Cleansing Brush

Facial Cleansing Brush ni terdapat dalam 3 pilihan warna.

Katanya Pobling ini menghasilkan getaran 1000/minit yang dapat membersihkan wajah kita dengan bersih.

Lagi satu berusnya sangat halus, lembut mikro dan ia sesuai untuk kulit sensitif dan kawasan mata.

Berus ini sangat berkesan untuk menghapuskan sisa-sisa minyak, masalah pori-pori terbuka, masalah jerawat (especially jerawat pasir), dan blackheads melalui getaran ultra sonic.

Mula-mula guna berus ini kita akan rasa pedih dan kemerahan sikit kulit muka kita kerana bekas-bekas jerawat tu, tapi setelah semingu pengunaan kulit kita akan serasi dengan berus ini.

6. Olay Regenerist Facial Cleansing Brush

Ada sesetengah orang kulit mukanya terdapat kawasan yang agak kering dan ada kawasan yang berminyak. Ini bagi orang yang berkulit kombinasi.

Bagi mendapat cucian wajah yang lebih bagus, korang boleh mengunakan Facial Cleasing Brush dari Olay ini.

Ianya dapat membuang sel-sel kulit mati dan membuat muka korang tidak kelihatan kusam.

So, korang dapat rasa kulit korang lebih segar dan bermaya selepas mengunakan Facial Cleansing Brush dari Olay ini.

7. MIINE Silicon Facial Cleansing Pads 1’s

Sekali tengok macam sikat orang lelaki dulu-dulu yang biasa disimpan di belakang poket seluar tue.

Tetapi ini adalah salah satu jenis Facial Cleasing Brush tau. Ianya sangat mudah didapati di drugstore seperti watson dan sebagainya.

Ianya sangat mudah dibawa kemana-mana kerana korang tidak perlu risau jika ketiadan bateri atau elektrik.

Ini kerana korang hanya perlu letakkan pencuci muka dan basahkan brush pad tersebut dan gosok. Senangkan.

8. Mary Kay Skinvigorate Next Gen Set

Mary Kay adalah satu jenama yang agak terkenal di Malaysia. Ini adalah kerana produknya diujikaji akan keberkesanannya sebelum ia dijual.

Brush yang tidak terlalu kasar atau terlalu lembut mengikut kadar kesesuaian tekanan kulit kerana produk Mary Kay dihasilkan dari kajian pakar kulit dan pakar perubatan.

Ianya mampu membersihkan sehinga 85% kotaran di wajah dan ia dapat menyelesaikan masalah whitehead dan blackhead di wajah korang.

9. GINTELL G-Soji Facial Cleansing Brush

Facial brush dari Gintel ni didatangkan dengan 2 warna iaitu purple dan pink.

Fungsi utama brush ini adalah untuk membersihkan make up da juga membantu untuk melembapkan kulit wajah.

Kepala brush daripada silikon lembut dan amat sesuai untuk kulit muka.

Paling best- sebab ada 2 jenis berus silikon. Iaitu yang halus dan biasa.

So tak perlu beli berasingan dah.

Jika korang baru nak guna facial brush, boleh try dari jenama ini.

10. CkeyiN Electric Facial Brush Cleaner Brush

Apa… Facial Cleansing Brush Electric ?

Eh tak berbahaya ke kalau kita guna. Takut nanti kene renjatan elektrik pulak.

Tetapi percayala, ia telah diuji oleh SIRIM dan terbukti selamat untuk digunakan.

Facial Brush ini mempunyai empat mode pembersihan iaitu getaran, getaran sekejap-sekejap, urutan roller dan urutan roller beserta getaran.

Dengan bantuan elektrik, korang tidak perlu risau akan kehabisan bateri dan ianya tidak memerlukan tenaga yang lebih ketika kita mengunakannya.

Yang bagusnya,di bahagian kepala silikon ada fungsi antibakteria. So jangan bimbang, segala kekotoran dan habuk tidak akan tersebar ke dalam kulit korang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.