Take a fresh look at your lifestyle.

Skincare Untuk Remaja Malaysia Yang Terbaik – Nampak Lebih Muda Dari Usia

0 841

Yang sedang mencari skincare untuk remaja, korang kena baca ni sampai habis ye

Perawatan wajah pastinya sudah menjadi salah satu rutin bagi setiap orang dan tidak terkecuali juga kepada anak remaja. Ini kerana ketika berada di dalam umur remaja ini hormon tengah mencanak-canak naik untuk melangkah ke alam dewasa.

Disebabkan itu kebanyakan remaja mengalami kulit bermasalah. Tambahan, mereka aktif menjalankan aktiviti luar yang terdedah dengan sinaran UV dan juga kotoran habuk dan juga asap-asap kenderaan.

Tapi, untuk memilih produk skincare untuk remaja juga tidak boleh dilakukan dengan sebarangan.

Ada banyak hal yang perlu dipertimbangkan mulai dari bahan yang digunakan hingga ke’halal’an sesuatu produk.

Jadi saya senaraikan di sini skincare yang sesuai untuk remaja supaya korang boleh cuba dan lihat keberkesanannya pada kulit korang.

Skincare Untuk Remaja

1. Safi Naturals Facial Mosturizer – Mangosteen – Skincare untuk remaja

Safi natural brightening cream mangosteen extract ini merupakan cream pelembab wajah yang lembut dan mudah menyerap.

Krim ini dapat melindungi kulit dari sinaran matahari serta membantu kulit wajah menjadi tampak lebih cerah, terasa lembab dan segar.

Produk Safi ini sangat efektif mencerahkan kulit wajah dan sangat sesuai untuk korang yang berumur 16 sehingga 25 tahun ke atas.

Kesan pertama ketika pakai ke kulit wajah, cream ini tidak mengambil masa yang lama untuk meresap sempurna kedalam kulit. Lepas pakai pun wajah tak berminyak, kulit wajah jadi cerah dan segar.

Safi White Natural Brightening Cream tidak menimbulkan minyak berlebih pada wajah, namun kulit tetap terasa lembab kerana ia merupakan skincare dari bahan semulajadi.

Sangat bagus sebagai skincare untuk remaja.

2. Nano White Refining Treatment Toner

Lepas cuci muka korang perlulah apply toner bagi mengetatkan liang roma supaya pori – pori tak terbuka dan wajah tampak halus mulus.

Ia juga bertindak sebagai pembantu pelembap agar cepat meresapkan khasiat yang ada dalam pelembap.

Berfungsi sebagai astringen, mengecilkan liang dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.

Diperkaya dengan Teknologi Nano, Omega White-C, allantoin, ekstrak oren, ekstrak lemon dan ekstrak Bilberry mampu merawat sel kulit wajah dan memberi vitamin yang penting bagi penumbuhan sel kulit baru.

Ia sangat sesuai dengan kulit remaja kerana korang tidak akan rasa pedih masa pakai macam sesetengah produk yang kuat bahan alkohol kat dalamnya.

3. Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel – Skincare untuk remaja

Sunplay memang terkenal dalam membina serta mengeluarkan pelbagai jenis pelindung sinaran UV yang bagus.

Salah satu daripadanya adalah Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel SPF50+ PA++++ mempunyai kelebihan melembapkan kulit. Ringan, lembut dan mempunyai formulasi yang ringan (water-light weightless feel).

Ciri-ciri pelindung sinaran matahari yang baik adalah seperti ini iaitu mengandungi SPF 50 dan PA++++. Terutamanya bagi yang mempunyai bekas jerawat kandungan SPF seperti ini sangat bagus digunakan.

Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit kerana dapat memberi kelembapan dan tidak rasa melekit dan berminyak semasa menggunakan pelindung sinaran matahari ini.

Satu bahan yang istimewa di dalam produk ini adalah Brightenyl  yang membantu mencerahkan kulit, menghilangkan tompok gelap (parut bekas jerawat) dan juga jeragat.

4. COSMODERM – Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum 30ml

Produk ni merupakan serum gel yang berasaskan air yang dikuasai oleh ekstrak buah dan diformulasikan dengan minyak Tea Tree dan Vitamin B3 (Niacinamide) bagi mengawal penghasilan minyak yang berlebihan pada wajah korang terutamanya di kawasan T-Zone(dahi, hidung dan dagu).

Ianya amat sesuai bagi korang yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Selain daripada minyak Tea Tree dan Niacinamide, ianya juga mengandungi Aloe Vera dan Chamomile.

Antara kebaikan serum ini adalah membantu mengurangkan jerawat, membantu membersihkan liang-liang pori tersumbat, membantu mengawal penghasilan minyak yang berlebihan di wajah dan juga membantu mengembalikan kelembapan semulajadi kulit.

5. Garnier Light Complete Whitening Serum Cream SPF 19 – Skincare untuk remaja

Untuk pengetahuan korang parut jerawat dan jeragat tak hilang sekelip mata.

Dia akan pudar secara perlahan-lahan dari hari ke hari dan bulan ke bulan, sehingga korang perasan yang kulit korang tu sebenarnya lebih baik dari sebelum korang tak pakai skincare.

Tapi semua tu bergantung pada tahap rajin korang la, lepas tu jenis skincare yang korang pakai.

Dengan menggabungkan kuasa ekstrak asli Lemon Yuzu segar dari Jepun dan Vitamin C, Light Complete Whitening Serum Cream SPF19/PA+++ membantu kulit nampak 3 tona lebih cerah dalam 3 hari. Formulanya ringan dan cepat menyerap untuk kulit normal atau berminyak.

Serum ni dapat buat kulit korang yang kusam kelihatan lebih cerah dan glowing.

6. Wardah Hydra Rose Gel to Foam Facial Cleanser

Wardah Hydra Rose Facial Cleanser ini menghasilkan mengandungi 72 hours Hydrating Active dan Rose Oil di dalamnya dan membuat muka korang bersih dari debu, minyak, kotoran dan sisa-sisa make up.

Ia juga dalam bentuk tekstur gel yang lembut dan sebabkan itu kulit korang tak rasa kering setelah mencuci dengan cleanser nie.

Produk ini amat sesuai untuk kulit yang kering.

So, bagi remaja yang berkulit kering bolehla try skincare nie.

7. OXY 5 Acne Pimple Medication

Masalah kulit biasa yang dialami oleh remaja adalah kulit berjerawat.

Untuk mengatasi masalah jerawat, korang perlu gunakan skincare yang mengandungi bahan benzoyl peroxide.

OXY memang satu produk yang diyakini keberkesanannya dalam menangani masalah jerawat. Dengan tiga ke empat kali guna korang dah dapar resultnya.

Produk ini juga mudah di dapati di mana-mana. So, korang tak perlula tension bila jerawat menjelma.

Kesimpulan

Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kering dan sensitif berpunca dari masalah hormon.

Selain itu, korang juga perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan elakkan makanan-makanan yang berminyak, fast-food, yang boleh menyumbang lagi kepada masalah kulit korang.

Dengan pemilihan skincare yang tepat dapat menyelamatkan kulit muka korang dari jadi keadaan yang lebih teruk. Tapi, korang kena la jugak rajin buat rutin penjagan kulit wajah tue.

Leave A Reply

Your email address will not be published.