Take a fresh look at your lifestyle.

Peralatan Penting Untuk Jaga Kebersihan Dapur Dan Tandas

0 360

Terdapat pelbagai bahagian pembersihan rumah yang mesti dijaga, terutamanya kebersihan dapur dan tandas.

Tanpa kita sedari, kesibukan harian kita menyebabkan tandas dan daput tak dibersihkan sebaiknya.

Kesan atau akibat yang akan berlaku jika dapur dan tandas tidak bersih

Menjaga kebersihan adalah satu keperluan bukan sahaja apabila wabak melanda, tetapi juga setiap hari untuk mengelakkan virus dan kuman berbahaya daripada menjangkiti korang dan keluarga korang. Kebersihan dapur dan tandas amatlah perlu dititikberatkan.

Penggunaan makanan yang dah tamat tarikh akan sebabkan keracunan makanan, yang menyebabkan cirit-birit, muntah dan keletihan.

Apa lagi jika tak cuci peralatan memasak dengan baik. Nampak remeh je kan, tapi sebenarnya ia juga menyumbang kepada 1001 penyakit jangka masa panjang.

Penjagaan kebersihan dapur dan tandas perlu diutamakan untuk kesihatan sekeluarga.

Kat sini saya senaraikan apa yang korang perlu ada untuk memastikan daput dan toilet korang bersih dan terjaga.

Kebersihan Dapur Dan Tandas

1. LAVA AIRTIGHT BPA FREE Food Canister Plastic Container

Makanan yang mudah hancur atau dalam bentuk tepung, seperti biskut atau tepung hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara.

Ia bukan sahaja untuk elak daripada cepat rosak, tetapi ia juga selamat daripada semut.

Bekas makanan Lava ialah salah satu jenama bekas yang boleh dipercayai, berkualiti dan kedap udara.

Makanan kering seperti cili kering, rempah ratus, dan serbuk kopi atau teh boleh disimpan dalam bekas ni

Ada banyak saiz dan boleh pilih ikut keperluan dan kegunaan korang.

Dengan bekas Lava ni, ruang penyimpanan lebih teratur dan bersih.

2. Harpic Powerplus Disinfectant Toilet Cleaner

Komposisi cecair pekat Harpic Power Plus menghapuskan 99.9% kuman dengan sekali siram.

Ia juga membersihkan mangkuk tandas dan meninggalkan bau yang harum.

Jangan risau, ia sesuai untuk tandas duduk dan juga mencangkung.

Ini adalah kaedah pembersihan yang paling mudah tanpa menggosok.

Hanya gerakkan muncung Harpic di sekeliling mangkuk tandas, tunggu beberapa saat dan siram!

Kekalkan mangkuk tandas yang bersih dan putih. Nak guna pun tak geli dah!

3. Ambi Pur Room Fresh Air Refreshing Gel Romantic

Pewangi bilik Ambi Pur juga boleh digunakan di dapur dan tandas.

Wangiannya kekal dan tahan lama.

Bila letakkan di dalam sudut dapur atau tandas, ruangan tersebut akan berbau wangi dan sangat selesa.

Korang boleh pilih daripada pelbagai wangian semula jadi seperti lemon, serai, lavender, mawar, dan banyak lagi.

Jadikan dapur dan tandas tempat yang selesa untuk seisi keluarga.

4. Eva Refrigerator Pad Kitchen Anti-fouling Fridge Mat

Pasang pad khas di dalam peti sejuk korang untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan sentiasa segar.

Pad ini bertujuan untuk menangkap lembapan tambahan daripada udara sejuk, yang menyebabkan cendawan dan bau yang tak menyenangkan.

Ia juga boleh dibersihkan dan boleh dipotong mengikut saiz peti sejuk.

5. Microfiber Multi-Colour Square Towels

Periksa tingkap di bilik mandi dan dapur, juga di bawah bahagian dapur.

Siapa tahu ada kawasan yang dah berkulat akibat tumpahan minyak, percikan air atau sisa makanan lain.

Untuk kebersihan, lap dan bersihkan cermin tingkap sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Ia boleh mengelakkan habuk dan kulat berkumpul, yang boleh menyebabkan batuk, selsema dan sesak nafas.

Gunakan tuala microfiber, lebih berkesan untuk lap kotoran. Nak basuh pun senang. Dan paling penting ia cepat kering.

Lagi jimat guna tuala jenama Mr. DIY ni.

6. Scott Disposable Household Towels

Biasanya, bahgian meja dan dapur yang berminyak disebabkan oleh percikan minyak semasa memasak atau tumpahan makanan lain juga.

Semut yang berkeliaran disebabkan tumpahan makanan manis . Jadi, sentiasa bersihkan permukaan lantai dimasak.

Paling mudah gunakan tisu Scott ni. Lepas guna boleh basuh dan perah, kemudian guna lagi. Sangat jimat dah mudah.

Lagi mudah guna tisu jenis ini berbanding kain. Jika pakai kain, kena basuh pula lepas lap minyak.

Bila pakai tisu, boleh terus buang je.

7. Ajax Fabuloso

Pembersih lantai pelbagai fungsi Ajax Fabuloso boleh membuang 99.9% kuman dari permukaan lantai dapur korang.

Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan lantai marmar, jubin, terazo, simen, mangkuk tandas, dan juga kabinet kayu!

Akibatnya, dapur, tandas dan bilik bersih dan bebas bakteria.

Terdapat tiga wangian yang berbeza. Ajax Fabuloso dengan lavender, mawar dan epal hijau.

Tidak akan ada lagi lantai yang kotor dan berminyak!

8. 3M Scotch Brite Quick Sweeper – Reusable Microfiber Cleaning Dust Removal Cloth

Lupakan tentang mop biasa – yang memerlukan korang memerah dan menggunakan banyak daya tenaga untuk membersihkan lantai.

Mop jenama Scotch-Brite adalah mop terbaik dengan lap mikrofiber.

Ia menyerap 5 kali lebih banyak air daripada mop biasa, membolehkan lantai kering lebih cepat.

Mudah guna mop moden ni, ia seakan kita mengemop sambil menyapu. Segala kotoran boleh di bawa dan ditolak bersama.

Mop moden ni boleh juga digunakan untuk lap siling rumah atau pun kipas yang berhabuk.

Paling bagusnya, kain mop ini tahan lama dan mudah dibersihkan.

9. Recycle Composter Aerated Compost Bin Bokashi Bucket

Ini sesuatu yang bagus untuk mereka yang suka berkebun secara moden. Iaitu tanam pokok dalam pasu di rumah.

Bokashi Bucket boleh jadi satu pelengkap kepada hobi menanam korang semua.

Masukkan segala sisa bahan buangan organik ke dalam bekas ini dan ia akan ditukarkan kepada tanah yang kaya dengan nutrien. Sangat sesuai bagus untuk dijadikan baja tanaman

Pada masa yang sama, korang akan menjadi seorang yang menjamin kesejahteraan alam sekitar.

Ia ditutup dengan kedap sepenuhnya dan tidak berbau seperti sampah atau kompos.

Saiz sederhana sangat sesuai untuk korang yang baru berjinak-jinak dalam bidang pertanian.

Leave A Reply

Your email address will not be published.