Take a fresh look at your lifestyle.

7 Bateri Kereta Terbaik Yang Murah dan Berkualiti

0 1,699

Yang mana dok cari bateri kereta terbaik tu, boleh refer kat bawah ni ye…

Bateri adalah salah satu komponen yang mempunyai peranan yang agak penting dalam kenderaan kita semua.

Fungsi utama bateri adalah sebagai pembekal elektrik kereta, iaitu signal, lampu, dan lain-lain.

Itulah sebabnya, korang perlu ambil berat di bahagian ini supaya kenderaan korang dapat berfungsi dengan baik.

Untuk memastikan kualitinya, penggunaan bateri kereta terbaik dapat mengekalkan prestasi elektrik kereta yang lebih stabil.

Penyenggaraan tetap adalah baik tetapi menggunakan bateri yang tepat juga amat penting! Dan bateri kereta biasanya perlu diganti setiap 2 hingga 3 tahun, secara purata!

Berikut adalah jenama bateri kereta yang terbaik dan tahan lama yang boleh korang pertimbangkan.

Bateri Kereta Terbaik

1. Amaron Go NS40 38B20L Car Battery

Amaron ialah jenama bateri kereta yang baik dari India.

Bateri direka khas untuk iklim panas jadi tidak perlu menambah air bateri. Dilengkapi dengan perak dan teknologi aloi dalam sel baterinya.

Teknologi ini membantu arus elektrik menjadi lebih stabil daripada guna sel bateri biasa.

Bateri Amaron mempunyai dua jenis, iaitu Hi Life Pro dan Hi Life Duro.

Bateri jenama Amaron Go ini merupakan antara yang terbaik dalam pasaran kerana sesuai untuk korang yang memiliki kereta buatan Malaysia iaitu jenama Perodua. 

Bateri kereta yang terbaik ini bukan hanya untuk kereta Alza, tapi untuk pemilik kereta Axia, Bezza, Myvi, Viva, Kembara, Kancil dan Kelisa juga.

2. Bosch Battery NS60LS Car Battery

Bosch Battery salah satu bateri kereta yang agak terbaik di seluruh dunia.

Kelebihan bateri Bosch ialah mempunyai aloi perak dengan ketumpatan tinggi.

Tujuannya adalah untuk memaksimumkan kekonduksian supaya kuasa yang dihasilkan jauh lebih besar. Kuasa starter juga lebih kuat dan risiko kereta rosak agak kecil.

Selain sesuai untuk kereta Vios, bateri jenis ini juga boleh digunakan untuk kereta Toyota Altis, Nissan Grand Livina dan Almera. 

3. GePRO WET Car Battery NS40ZL

Korang inginkan bateri kereta yang bagus? Bateri kereta terbaik 2019 iaitu GePro WET pilihan yang tepat bagi korang yang memiliki kereta Kancil, Kembara, Kia Picanto atau Honda Jazz kerana merupakan produk yang dikilangkan di Jepun. 

Kapasiti bateri GePRO WET ialah 12 volt G5 amperes dengan tempoh jaminan yang biasanya sehingga 6 bulan.

Selain sesuai untuk kereta Perodua dan Hyundai i10, bateri ini juga boleh digunakan pada kenderaan keluaran Honda yang lain seperti Honda Freed, Honda City dan Honda BR-V.

4. Yokohama Gold NS60S Car Battery

Jika korang mencari bateri kereta bajet terbaik, carilah jenama tempatan!

Yokohama ialah pengilang bateri automotif tempatan yang mengeksport bateri ke lebih 40 negara. Ia ditubuhkan 50 tahun lalu pada 1967, dengan menambah baik bateri penghidup automotif.

Brand ini memperolehi status Superbrand pada tahun 2016. Di samping menjual bateri konvensional dan Maintanance Free (MF), selain itu juga menjual Yokohama Gold MF Series yang merupakan siri premium mereka (selain Platinum MF Series).Yokohama mampu memenuhi permintaan berbagai-bagai jenis saiz bateri.

Yokohama Gold MF Series mempunyai kalsium untuk menguatkan platnya. Walaubagaimanapun, pengguna menyatakan bateri itu hanya bertahan 1-2 tahun.

Maka anda perlu mengambil kira perkara tersebut jika korang ingin mencuba bateri kereta Yokohama Gold MF Series.

5. Oursun EFB Car Battery

Tahukah korang sekiranya kereta korang dilengkapi dengan sistem start-stop, korang memerlukan bateri kereta start stop yang khusus untuk kenderaan korang.

Bateri kereta Start Stop ini juga dikenali sebagai Bateri kereta EFB, iaitu ‘Enhanced Flooded Batteries‘.

Kelebihan utama bateri Start Stop (EFB) ini adalah ianya kebolehan pengecasan yang lebih baik dan ketahanan ‘cycle‘ yang lebih panjang. Secara purata, bateri jenis start stop (EFB) mampu menghidupkan enjin kereta sebanyak 85,000 kali berbanding bateri biasa hanya 30,000 kali.

Namun, ini tidak bermakna bateri EFB tahan lebih lama oleh kerana fungsi start-stop kenderaan korang menggunakan bateri ini lebih kerap berbanding kenderaan biasa.

Dari segi harga, sudah tentu bateri kereta Start Stop (EFB) ini lebih mahal berbanding bateri biasa. Teknologi lebih maju, maka harga pun lebih ‘maju’. Korang perlu membayar sekitar 20-40% lebih mahal berbanding harga bateri biasa.

6. Motolite Heavy Duty MF NS60S Car Battery

Jika korang ingin memiliki dan menggunakan bateri kereta pada harga yang berpatutan tetapi mempunyai kualiti yang baik, bateri kereta Motolite Heavy Duty adalah jawapannya.

Berharga sekitar RM150, bateri kereta Motolite Heavy Duty masih dapat menyediakan pengambilan elektrik terbaik untuk kereta kegemaran korang pada bila-bila masa.

Dengan harga yang murah, bateri kereta Motolite Heavy Duty ini sesuai untuk pelbagai jenis model kereta Proton seperti Saga BLM, Saga FLX, Wira, Satria dan Iriz. 

Sebagai tambahan kepada harga yang berpatutan, sebenarnya, jenama bateri kereta terbaik 2020 ini juga mudah diperoleh kerana ia telah tersebar luas di pasaran.

Bateri ini mempunyai kapasiti 12 volt 55 Ah dengan jaminan sehingga 6 bulan.

Bateri yang dikilangkan di Filipina ini mempunyai saiz yang berdimensi 235mm x 128mm x 203 mm dan beratnya pula 11.9 kilogram. 

7. Varta Black Dinamic Car Battery NS40ZL

Varta Black Dinamic juga merupakan salah satu jenama bateri yang agak popular di Malaysia, termasuk kereta model lama dan baru seperti Viva, Alza, Axia dan Kelisa.

Tidak menghairankan, kerana bateri kereta Varta Black Dinamic bertujuan untuk kereta yang memerlukan sistem pencucuhan yang sempurna untuk menghasilkan prestasi maksimum.

Bateri kereta Varta Black Dinamic datang dalam dua jenis yang boleh anda pilih, iaitu bateri kering dan bateri kereta basah.

Terdapat beberapa sebab yang membuatkan korang dapat memilih bateri Varta Black Dinamic, iaitu bateri kereta terbaik untuk myvi ini dibuat dengan bahan aloi plumbum yang menjadikan bateri kereta terbaik 2021 ini boleh digunakan untuk masa yang lama.

Bateri ini juga menggunakan voltan 12V manakala ia mempunyai ciri 315 CCA. Malah, sesuai digunakan dengan kereta Honda seperti Honda City dan Honda Jazz.

Leave A Reply

Your email address will not be published.