Take a fresh look at your lifestyle.

9 Robot Vacuum Cleaner Terbaik dan Berkualiti

0 410

Yang mana sedang mencari maid moden aka robot vacuum cleaner terbaik tu boleh baca ini sampai habis ye…

Sekarang nie macam dah jadi satu trend, setiap rumah mesti ada gajet-gajet viral yang dapat bantu untuk bersihkan rumah. Tambahan bagi korang yang berkerjaya, memamg tak ada masa la kan nak mengemas rumah. Dengan bantuan alatan nie, so dapat memudahkan kerja korang.

Salah satunya, robot vacuum.

Robot Vacuum Cleaner terbaik nie umpama ‘maid’ yang patut ada di rumah. Manakan tidaknya, dengan sebuah alatan ini, ianya mampu untuk melakukan 3 perkara dalam 1 masa.

Robot vacuum cleaner mampu beroperasi dalam 3 mod serentak bergantung kepada kebolehan dan fungsi yang ditetapkan pada sesebuah jenama.

Ianya mampu untuk menyapu, vakum dan juga mop lantai. Ya, ianya fokus kepada lantai rumah sahaja.

Antara tips yang korang perlu tahu jika korang ingin membeli sebuah mencari sebuah robot vacuum cleaner adalah :

  • Kadar kekuatan sedutan iaitu pada fungsi vacuum
  • Fungsi yang disediakan (sapu, vakum dan mop)
  • Harga

So, jom lihat senarai jenama Robot Vacuum Cleaner yang boleh korang pilih.

Robot Vacuum Terbaik dan Berkualiti

1. Clean Robot

Korang jangan tak percaya, pasti korang fikir gajet-gajet ini mestilah harganya mahal kan. Tapi Clean Robot nie harganya bawah RM50 tau.

Walaupun harganya murah, ia mampu membersih dan melakukan tugas setaraf dengan Robot Vacuum Cleaner yang lain.

Robot Vacuum ni diperbuat dari bahan ABD yang berkualiti dan tahan lasak. Selain itu, ia dilengkapi dengan ruang sampah yang besar dan filter berganda untuk melakukan tugasnya semaksimum mungkin.

2. Morgan MRV – VAC 1

Vacuum robot terbaik berjenama Morgan ini juga mempunyai kualiti tip top dimana teknologinya sangat ringkas, namun fungsi menyapunya sangat bagus.

Korang akan dapat melihat lantai yang sangat bersih setiap hari. Reka bentuk mini dan kecil amat mudah untuk disimpan.

Namun, korang perlu cas bateri vacuum robot ini secara manual.

3. Xugel KRV 209

Robot Vacuum berteknologi tinggi , antara fungsinya ialah menyapu, menyedut habuk dan kotoran serta mengelap lantai.

Robot vacuum cleaner dari Xugel KRV 209 ini membuatkan kerja-kerja pembersihan rumah korang akan menjadi lebih mudah.  Ia dilengkapi dengan 10 pasang sensor infrared untuk membolehkan robot vacuum ini bergerak dengan perlahan dan mengelakkan dari jatuh atau berlanggar dengan dinding.  

Robot vacuum XUGEL  ini juga didatangi dengan remote yang membolehkan korang membuat pelbagai pilihan yang ada serta boleh diatur masa cucian yang akan datang dengan lebih awal.

4. ILIFE V5

Mahu kebersihan lantai rumah sentiasa bersih tanpa terlalu risau? Anda mungkin boleh melihat Robot Vacuum Cleaner ILIFE V5.

Robot pembersihan lantai terbaik ini mempunyai reka bentuk yang anggun yang memudahkannya memasuki bahagian bawah tilam, meja, kerusi, sofa, atau perabot rumah lain untuk membersihkan semua habuk, kotoran, dan juga sarang serangga.

Bukan sahaja menyapu lantai, Robot Vacuum Cleaner ILIFE V5 juga boleh membersihkan lantai untuk menjadikannya bersih secara optimum.

Di samping itu, tiada masalah bagi rumah yang besar kerana Vacuum robot ILIFE V5 ini berfungsi membersihkan sehingga 100-130 meter persegi.

Ia juga lengkap dengan sistem anti-pelanggaran dan sensor infrared supaya digunakan dengan cara yang selamat tanpa risiko rosak.

5. Dibea D500B

Robot Vacuum DIBEA D500 boleh membersihkan dan mop secara serentak.

Tangki air mempunyai kapasiti 240 ml yang cukup untuk membersihkan bilik seluas 2,000 kaki persegi atau 185 meter persegi. Jangan risau kerana robot vacuum murah terbaik ini dapat mengenal pasti lantai dan permaidani.

Ia mempunyai pengecaman objek pintar yang dapat mengenal halangan di sekeliling (seperti kabel atau kasut). Disokong oleh teknologi pemetaan sebenar untuk memetakan atau scan bilik dengan tepat.

Anda boleh pantau di aplikasi telefon bimbit walaupun di mana sahaja anda berada. Ia memiliki tangki air yang fleksibel di mana ia boleh digunakan untuk lantai kering ataupun basah.

6. ECOVACS DEEBOT Mini 2

Bilik tidur antara kawasan di dalam rumah yang mana akan korang lihat banyak terdapat rambut gugur, habuk halus dan sebagainya.

Robot vacuum EVOVACS MINI 2 ini adalah jawapan untuk membersih rambut-rambut halus yang berada di merata-rata tempat tidur serta kotoran yang lain.

Dengan dimensi yang kompak, robot vacuum cleaner ini mampu mencuci secara efisien walaupun pada kawasan-kawasan yang sukar untuk dilalui oleh vacuum cleaner biasa. 

Ianya senang dikendali dan mempunyai aplikasi yang membolehkan korang mengatur jadual pembersihan, jenis serta memantau kerja robot vacuum ini walaupun sewaktu korang berada di tempat kerja.

7. I-ROVA C30B

Robot vacuum cleaner I-Rova boleh beroperasi selama 90 minit setelah dicaj sepenuhnya.

Berus berkembar yang ada pada robot vacuum ini membolehkan ia menyapu di setiap sudut tanpa meninggalkan sebarang habuk. 

Walaupun mempunyai daya sedutan habuk dan kotoran yang baik, motor sedutan robot vacuum ini hanya menggunakan 50W untuk berfungsi dengan bagus.

Vacuum cleaner automatik ini juga mudah untuk dikendali dan dicuci. Filternya boleh dicuci dengan air dan digunakan semula.

8. PHILIPS TriActive XL

Robot vacuum cleaner Philips ini dilengkapi dengan nozzle TriActive XL yang membolehkan ia melakukan tugasan pembersihan dengan maksima dan 2 kali lebih pantas dari robot vacuum yang lain.

Bagi rumah korang yang terdapat banyak karpet, Robot Vacuum Cleaner ini amat sesuai kerana ia dilengkapi dengan sistem 4 tayar. Direka dengan rekaan slim setinggi hanya 6cm, ia membolehkan kerja-kerja mencuci di kawasan ruang sempit dengan mudah.

Robot vacuum ini sangat pintar so korang boleh jadualkan 24 jam lebih awal untuk korang mengatur jadual cucian pada masa-masa tertentu dan dilengkapi dengan Smart Detection System, membuatkan kerja-kerja pembersihan lebih efektif.

9. Xiaomi Gen3 Robot Vacuum (Roborock S6)

Mahukan robot vacuum cleaner murah terbaik yang boleh membersihkan lantai? Roborock S6 adalah jawapannya!

Tangki ini bersaiz besar yang boleh memuatkan 290 ml air. Ini cukup untuk membersihkan rumah seluas 200 meter persegi.

Roborock S6 dapat mengesan permaidani, jadi ia tidak akan melepaskan air dan membasahinya.

Terima kasih kepada bateri lithium-ion yang besar, alat ini boleh membersihkan rumah selama 3 jam tanpa henti.

Untuk memulakan dan menghentikan pembersihan, korang boleh bagi arahan melalui pembantu suara. Terima kasih kepada kecanggihannya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.